Isnin, 9 April 2012

Zina.




Apa Maksud Zina ???

Zina adalah memasukkan zakar ke dalam faraj perempuan dan dengan kadar hasyafah ( kepala zakar ). Walau bagaimanapun, bagi pasangan yang belum berkahwin yang melakukan perbuatan seperti yang dinyatakan adalah perbuatan yang terkutuk yang dilaknat oleh Allah serta malaikat yang berada di kiri dan kanan mereka kerana perbuatan tersebut adalah muqaddimah zina.

Firman Allah dalam surah al-Isra' ayat 32 yang bermaksud : 

" dan jangan kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk"


!@#$%~ padaMu ya.Allah aku memohon keampunan.




Sabtu, 7 April 2012

Apa Itu Cinta ???


Mana mungkin manusia akan terlepas dari cinta. Cinta adalah fitrah manusia. Cinta juga adalah satu anugerah yang amat bernilai dari Allah kepada hambanya. Kerana cinta itu indah dan ianya sukar dilafazkan dengan kata-kata.

Apabila cuba memahami makna sebenar cinta... aku sendiri sebenarnya kurang jelas mengenainya. Aku cuba mencari jawapan dan cuba membuat kesimpulan berdasarkan sepanjang pemerhatian terhadap orang yang berada disekeliling aku dan pengalaman sendiri yang masih muda ini. 

Cinta itu memiliki sifatnya tersendiri. Cinta itu tidak semestinya hanya khusus kepada apa-apa sahaja. Cinta itu sebenarnya merangkumi keseluruhan kehidupan kita ini.

Cinta itu sebenarnya adalah,

" Cinta itu datang dari hati, bukannya boleh dibuat-buat. Cinta itu bukan sekadar rasa tetapi hadir bersama amanah. "






Cinta itu amanah dan tanggunjawab.

AMANAH itu bukan nafsu, bukan kehendak dan bukan juga hak yang perlu dituntut. Apabila jatuh cinta kepada seseorang seolah-olah kita memerlukan dia untuk didampingi dan berharap ianya terbalas. Tidak salah mahu didampingi orang yang disayangi, tidak salah mahu memiliki kasih sayang dan hati mereka. Tetapi... itu bukan yang lebih utama. Orang yang kita sukai belum tentu menyukai kita. Orang yang kita cintai belum tentu mencintai kita. 

Dengan rasa cinta yang diamanahkan oleh Allah itu, hulurkan apa yang terbaik buat meraka. Apabila dapat memikat hatinya jagalah sebaik-baiknya. Tetapi jika tidak, usahlah mengungkit atau berdendam.

TANGGUNGJAWAB itu bermakna perlu memberi namum tidak semestinya menerima. Cuba lindungi mereka, sayangi mereka, kasihi dan berikan yang terbaik kepada mereka. Sentiasa hadir ketika memerlukan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Ada pepatah menyatakan, " Cinta  itu adalah dua jiwa menjadi satu ". Apabila cinta itu tidak berbalas mula mempersoalkan : 

                    Kenapa cinta aku tidak berbalas ???

                    Apa salah aku ???

                    Apa kekurangan aku ???

                    Kenapa tidak menerima cinta aku ???

                    Aku sangat ikhlas mencintainya, tetapi kenapa dia buat aku begini ???

Adakah ini ini satu luahan perasan ??? Huhuhu, bagi aku ianya adalah luahan. Ada segelintir orang akan mengaku bahawa dirinya ikhlas mencintai seseorang. Namun pada hakikatnya sedang menipu diri sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan ikhlas ??? Jika ianya hanya sekadar rasa cinta yang jujur kepada seseorang, itu bukannya ikhlas.

IKHLAS itu ialah melakukan sesuatu kerana Allah, tanpa mengharapkan apa-apa balasan daipada manusia. TIdak nampak keikhlasan seseorang sehinggalah dia disakiti dan apabila dia tidak dapat apa yang diingingkan. Mereka berkata bahawa mereka ikhlas dalam bercinta tetapi apabila ditinggalkan mereka mengungkit mula bercerita satu dunia bahawa keikhlasan mereka dikhianati.


!@#$%~ Cinta itu adalah amanah dan tanggunjawab untuk menyayangi dan mengasihi. Tidak kira sama ada ianya baik ataupun buruk atau ianya bersatu ataupun berpisah. Tanggunjawab kita ialah mencintai atau menunaikan amanah yang telah diberikan.

*** aku cuma berdiam diri apabila ditanya CINTA dengan orang disekeliling ini. 



Rabu, 4 April 2012

Yang Wajib Ialah Menutup Aurat.




Apabila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita muslimah keseluruhannya. Harga diri seoranga wanita terlalu mahal. Sebab itu Islam menetapkan supaya wanita pakaiannya adalah pakaian yang longgar dengan warna yang tidak menarik menutup seluruh badan dari kepala sampai ke kaki.

Kalau dilihat pada nilaian dunia, barang-barang berharga seperti intan dan berlian dibungkus rapi dan disimpan pula di dalam peti keselamatan. Begitu juga wanita, kerana wanita bermaruah dia tidak disuruh ditonjolkan tanpa keperluan yang tertentu dengan batas tertentu . Dia mesti bergelangan dalam gelangang yang boleh dan sesuai untuknya sahaja yang telah ditentukan garis-garis oleh Islam. Wanita tidak selayaknya mengorbankan maruah dan dirinya sendiri.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita... Sekarang telah ramai wanita menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dan di sana sini kita dapat saksikan para wanita kita memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari orang bawah hingga orang atasan, dari peringkat pelajar-pelajar sekolah hinggalah ke pekerja-pekerja di pejabat-pejabat.

Namun begitu, pelbagai gaya tudung dipakai. Tudung kadangkala tidak lengkap dipakai, pakai tudung tapi masih nampak batang leher, nampak dada, pakai tudung tetapi di masa yang sama pakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai gaya tudung dipakai. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok didalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu semua bukannya untuk mengelakkan fitnah tetapi menambahkan fitnah ke atas wanita.

Sepatutnya pakaian bagi seorang wanita muslim itu adalah bukan sahaja menutup auratnya malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita dan tidak berhias-hias yang manakan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Dan pakaian yang boleh melindungi wanita dari jadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bila wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik,up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas.Bertudung tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak rasa diri ini hina, masih banyak dosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh pakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung yang masih cari boy friend. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung,perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita tutup aurat tetapi tidak terus memperbaiki diri lahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi baikilah diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, suka berdengki, suka berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Kalau sudah mula menutup aurat elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan boy friend. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada pengaturan Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama bila dalam waktu bekerja. Cuba didik diri jadi orang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengkeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam ini indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk amalkan Islam. Baru orang bukan Islam hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekelian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.


Ahad, 1 April 2012

wanita o0O0o wanita




Wanita perindu Allah dapat mengawal rindunya pada dunia, kekayaan, kemewahan, pembaziran, kecantikan dan segala isi dunia. Wanita ‘abidah perindu Allah dapat mengubah nafsunya daripada nafsu-nafsu jahat kepada nafsu-nafsu yang baik melalui mujahadah. Yakni daripada nafsu marah kepada memaafkan, dengki kepada kasih sayang dan. Maka jadilah wanita ‘abidah itu bagaikan tiang negara yang menyangga sesebuah negara daripada runtuh.

Sebab itu Rasulullah bersabda :
Untuk menjadi wanita ‘abidah, perindu Allah, tidak semudah menjadi wanita berkerjaya yang cuma dilatih akalnya. Sedangkan wanita ‘abidah perlukan didikan fizikal, mental dan jiwanya sekaligus. Mereka bukan sahaja diperkenalkan dengan dunia, tetapi juga dengan alam barzakh dan alam akhirat. Bahkan juga dikenalkan dengan Allah swt.

Dunia amat perlukan wanita yang tidak lagi menurutkan nafsunya tapi memusatkan perhatian dan rindunya kepada Zat yang paling hampir dengannya dan terus-menerus mengawasi hidupnya, Yakni Zat Allah SWT
Sembahyang yang dilakukan merupakan pertemuan dan penyerahan dirinya secara total kepada Allah. Ia dirasakan terlalu indah dan amat bermakna. Setiap ucapan dihayati dan dilafazkan dengan penuh kusyuk. Rukun-rukun fi’li dikerjakan dengan komitmen jiwa yang penuh kehambaan. Dan perilakunya sewatu mengadap Allah, seolah-olah takut dan hormat sekali. Maka hasil daripada ucapan dan perbuatan dalam sembahyang, wanita ‘abidah mendapat rasa tawadhuk, tawakkal, rendah diri, takut, cinta, yakin, rindu dan kagum kepada Allah kekasihnya. Itulah iman dan taqwa.

Orang yang berakhlak sahaja yang boleh bahagia tatkala ditimpa ujian. Tanpa akhlak, tidak akan ada seorang pun manusia yang dapat merasa bahagia hidup di dunia.
Kerana, hidup ini memang tidak akan lepas daripada ujian. Siapa yang tidak bahagia dunia nescaya tiada harapan untuk bahagia di akhirat.

Gabungan rasa-rasa itu mencetuskan akhlak yang sangat agung; sabar, redha, penyayang, pemaaf pemurah, rendah diri dan lain-lain lagi. Akhlak-akhlak yang mulia ini lebih mahal daripada sijil dan harta-harta duniawi,  sebab ia dapat mncegah daripada perbuatan keji dan mungkar .

Bila seseorang itu kenal akhirat dan Allah, dunia ini menjadi kecil baginya. Hidupnya tidak lagi untuk memburu dunia tetapi memburu syurga di akhirat. Mereka tidak lagi merindukan kenikmatan sementara tetapi mengalihkan rindunya kepada Allah swt. Umur dihabiskan untuk beribadat kepada Allah. Apa juga kerja yang dibuat, semuanya untuk dan kerana Allah. Dan itulah yang Allah minta untuk kita lakukan.

Firman Nya:
“Dunia ialah perhiasan. Sebaik-baik hiasan ialah wanita solehah.”
“

Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah, Tuhan seru sekalian alam. ”