Isnin, 27 Januari 2014
Sabtu, 21 Disember 2013
- My little Wijdan.
My little Wijdan Iffah Hanani join kenduri hari ni, ini tidak adil... Huhuhu sangat2 cemburu dgn semua orang. Awesome bila Tomey2 iffah selfie pict sendri. Rindunya.
Isnin, 26 Ogos 2013
HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN.
>>> Muhasabah diri untuk hari ini. Hati berasa salah.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah S.A.W bersabda : “ Pada hari kiamat kelak Allah berfirman : “ Hai anak Adam, Aku sakit. Mengapa tidak engkau kunjungi Aku ??? ”
Jawab anak Adam : “ Wahai Tuhanku. Bagaimana mungkin aku mengunjungi Engkau padahal Engkau Tuhan semesta alam?”
Firman Allah :
“ Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan sakit, mengapa kamu tidak mengunjunginya ??? Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu kunjungi dia, kamu akan mendapati-Ku disisinya ??? ” " Hai anak Adam. Aku minta makan kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku makan ??? ” Jawab anak Adam : “ Wahai Tuhan. Bagaimana mungkin aku memberi Engkau makan, padahal Engkau Tuhan semesta alam ??? "
Firman Allah :
“ Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan minta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberinya makan. Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu memberinya makan nescaya engkau mendapatkannya di sisi-Ku ??? ”
“ Hai anak Adam. Aku minta minum kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku minum ??? ” Jawab anak Adam: “Wahai Tuhan, bagaimana mungkin aku memberi Engkau minum padahal Engkau Tuhan semesta alam ??? ”
Firman Allah : " Hamba-Ku si fulan minta minum kepadamu, tetapi kamu tidak memberinya minum. Ketahuilah seandainya kamu memberinya minum, nescaya kamu mendapatkannya di sisi-Ku.”
Selasa, 21 Mei 2013
Harapan Yang Tiada Noktah..
“Setiap orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan...
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan...
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan...
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia...
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka...
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis...
Pasti ada...
Kerana dia juga manusia...
Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah...
Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan...
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui...
Ada...
Cuma,
Mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak...
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga....
Ada insan lain,
yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya...
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu...
Pujuk hatimu...
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada...
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu...
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-kali mengkhianati kepercayaan kamu... ”
p/s: sy yakin dengan perasaan sy pd awk.. insyaAllah,hati ini tak akan mengkhianati..percayalah...
Langgan:
Catatan (Atom)










