Ahad, 25 April 2010

kekuatan kasih sayang I





Wahai hati,
Maafkan diri aku ini yang lemah,
Pada hati nilai kesetiaan,
Pada penantian nilai kepercayaan,
Pada pengorbanan nilai kejujuran,
Pada cinta nilai kasih dan sayang,
Usah kau bertanya aku,
Mengapa aku harus begini,
Mungkin ini bukan masanya,
Kerana aku harus sendiri,
Kita memang pernah bersama,
Berjanji untuk selamanya,
Tapi apakan dayanya,
Ternyata aku mungkiri janji,
Itu yang aku pinta,
Kepercayaan dan kejujuran,
Itu yang aku rasa,
Kasih dan sayang,
Mungkin ini bukan waktunya,
Untuk kita saling mencintai,
Biarkan aku terus sendiri,
Kerana sendiri lebih baik,
Makin hari,
Aku makin kenal diri aku,
Apa yang aku suka ,
Apa yang aku tidak suka,
Apa yang aku mampu,
Apa yang aku tidak mampu,
Jatuh aku,
Bangun aku,
Aku akan terus kekal menjadi diri aku,
Suka aku,
Duka aku,
Masih lagi menjadi diri aku,
Aku tidak akan sedih kerana siapa-siapa,
Aku adalah diri aku,
Yang akan terus menemani diri aku,
Tidak akan langsung aku tinggalkan diri aku,
Itu janji diri aku kepada aku,

Tiada ulasan: