Khamis, 24 Jun 2010

soal hati aku














بسم الله الرحمن الرحيم


Lepas pulang shopping dengan my dear wijdan bersama rodhiah rock aku lepak sekejap di rumah tamu bertemankan baba shukur yang keletihan di bilik tayangan… sambil-sambil  itu aku menulis  kembali apa yang aku terpikir hari ini…

Aku teringat kembali masa awal-awal aku nak berceritakan mengenai my.dear.wijdan kepada ummi, macam-macam alasan aku berikan…

2 tahun yang lalu semasa hendak menghadapi peperikssan semester pertama…

Al-kisahnya bermula begini bila aku bercakap telefon dengan ummi,

Aku betanya kepada ummi, “ mana satu pilihan hati??? Adakah orang yang aku sayangi atau orang yang menyayangi aku??? ”

Ummi menjawab, “ kedua-duanya bukan… ”

Aku memikirkanya dan menjawab, " kenapa bukan ??? " ...ummi bergelak kecil.

" Pilihan hati ummi adalah yang sayangkan diri kita kerana Allah " jawab ummi… aku menarik nafas dalam-dalam.

Aku bertanya lagi, “ macam mana kita nak ketahui orang itu sayangi kita sebab apa??? ”

Ummi diam seketika memikirkan kemudian menjawab…

Adakah Ummi sudah dapat menduga apa yang sedang bermain dalam pemikiran aku??? "

Aduhai
Mana mungkin aku dapat menyembunyikan rahsia hati aku dari ummi sedangkan sebelum ini ummi dapat membaca dengan sekilasnya, tetapi yang paling mengetahui hanya Allah…

Ummi bergelak kecil dengan aku…
“ hanya Allah sahaja yang dapat membaca hati hamba-Nya… ” ummi menyusun kata-kata dengan aku, “ … dan keikhlasan kerana Allah itu akan terselah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan seseorang itu… ”

" Aduhai… Bila ummi pandai berkata-kata ??? " aku memikirkan sejenak, aku tidak dapat memahami…

Ummi menyambung… “ cinta di dalam jalan Allah, bertemu kerana sama-sama mencari keredhaan Allahsetiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasangan-pasangan… Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan seorang isteri adalah satu fitrah… Contohnya seperti daya tarikan magnet  ”

Huhuhu
Nampaknya aku sudah terperangkap, sedikit cemas bila ummi dapat mengesan gelora jiwa muda aku ini…

Ummi menyambung lagi “ …setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi… ” yang menjadi persoalan ummi, “ Siapakah jodohnya itu??? ” ummi berhenti seketika.

Aku tidak dapat berkata apa-apa, cuma senyap sahaja… 


Tiada ulasan: