hidup ini penuh kejutan. jalannya jarang-jarang damai dan tenang. biasanya bergelora dan penuh rintangan yang hadir tiba-tiba. namun, siapalah aku untuk menolak takdir Tuhan ??? pahit, manis, suka, duka, derita, bahagia, serta cinta dan benci. inilah perasaan-perasaan yang mewarnai kehidupan. teringat pada dialog dalam sebuah filem, "betapa peristiwa-peristiwa yang telah berlaku barangkali akan kita terlupa tapi tidak pada rasa"
benar, sebuah perasaan memang sukar untuk terhapus dari memori ingatan. keriangan bersama teman, bahagia bersama keluarga, terluka kerana cinta dan kecewa atas kegagalan. itu semua masih berbekas di jiwa. kemudian baru-baru ini seorang lagi sahabat aku menurut langkah serupa, mengikat janji sepanjang hayat bersama wanita pilihan. arrrhhhhhh... aku masih merasa diri terlalu muda dan sukar untuk menerima walau aku sedar semakin ramai yang memilih untuk melalui jalan itu.
namun, aku yakin perkahwinan di usia muda atau tua sama sahaja. ia tetap sebuah perkahwinan. jika mengira mahu bersedia, selamanya kita tidak akan dapat mempersiapkan diri. maka, bila tiba sudah seruan, apa salah kiranya ia disahut dengan memohon berkat dan redha-Nya ??? ya, memang sebaik-baiknya bagi seorang perempuan yang sudah cukup umur itu adalah perkahwinan.
perkahwinan.
keluarga yang bakal dibina dan keluarga yang bakal ditinggalkan. sungguh, kalau ditanya pada aku... aku tidak mungkin dapat meninggalkan keluarga aku lagi. sungguh perkahwinan tidak memutuskan hubungan kekeluargaan malah ia lebih menyatu dan mengeratkannya. namun, sebagai lelaki aku sedar betapa keutamaan yang perlu aku letakkan. maka selagi masih punya masa, aku ingin terus bersama keluarga.

pelajaran dan waktu. antara sebab utama mengapa perkahwinan tidak digalakkan dalam usia muda.
kerana kita masih di dalam pengajian. memang masih boleh terus belajar, malah bergraduat dengan cemerlang.
namun, pasti ianya berbeza jika kita sendirian. seperti di atas juga, kita lelaki dan ada keutamaan yang perlu diutamakan. selagi boleh dielakkan wajar untuk terus dipertimbangkan.

dakwah dan tarbiyah. hidup sendiri memberikan kita lebih kebebasan waktu. dan ia boleh disumbangkan ke jalan agama yang memang sentiasa memerlukan jiwa-jiwa muda untuk berjuang. memang perjuangan tidak akan terhenti dengan perkahwinan. namun, masa akan semakin terhad untuk kita menghabiskannya dalam jalan perjuangan kerana jihad seorang suami itu ternyata ada keutamaannya.

mental dan fizikal. persiapan untuk menghadapi segala perkara baru. itu perlukan keberanian dan tawakal yang tinggi. sungguh, ia bukan mudah. orang kata, 10 tahun pertama perkahwinan adalah tempoh yang paling mencabar. selain itu persiapan ilmu-ilmu rumahtangga lainnya juga perlu dititik beratkan. kita tidak mahu melangkah ke alam rumah tangga tanpa ilmu yang akhirnya menimbulkan seribu satu kesulitan pula. huhuhuu... banyak sekali yang perlu difikirkan. dan jika terus berfikir memang sukar rasanya untuk mendirikan perkahwinan dalam usia muda. barangkali, kurangkan berfikir pada kemungkinan buruk dan bersangka baiklah. yakinlah Tuhan ada di sisi. dia akan sentiasa menunjuki jalan yang lurus. ku sedar, usia tidak akan bergerak ke belakang. ia akan terus meningkat, dan mahu tidak mahu satu persatu teman saya akan memilih untuk menamatkan kehidupan solo masing-masing. ya, aku juga begitu.
namun, saat ini bukanlah waktu yang paling sesuai melainkan atas beberapa sebab :
pertama :- sudah jatuh cinta dan bimbang akan membawa mudarat pada hati dan perhubungan jika ia tidak di ikat dengan jalan yang sah.
kedua :- terdesak atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti menjaga maruah keluarga dan sebagainya.
aku berkira, selagi kita masih mampu untuk meneruskan perjuangan ini sendiri, kita wajar meneruskannya. aku yakin petunjuk dan hidayah tidak datang dari manusia sebaliknya dari Allah semata-mata. keyakinan akan janji Allah betapa tiap jodoh, pertemuan, ajal dan maut telah tertulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan