Jumaat, 19 November 2010

aku, kau, kita dan Allah


aku...

tidak terasa lama  untuk menulis di blog ini. kadang kala tidak tahu apa yang hendak ditulis, tiada cerita katakan tapi. kadang-kadang teras ingin melonjak-lonjak untuk menulis tetapi bila berada dihadapan keyboard hati menjadi kosong, jari menjadi kaku, otak macam tidak berfungsi. huhuhu, apa la diri aku ini, lalu aku putuskan tidak menulis sepotong ayat malahan sepatah kata-kata.

senyap... sunyi... dan terus diam...

tapi hari ini hati kau teringin sangat mahu menulis. tapi bila on laptop, duduk mengadap langit senja yang indah. hati tiba-tiba menjadi sayu. apa yang mengangu hati aku, jiwa aku ??? yang pasti aku sedang bersedih. sambil mendengar lagu jason mraz- i'am yours, tapi paling best aku dengar lagu yuna- dan sebenarnya, aku ulang berkali-kali dengar bait-bait ayatnya.

ya.Allah... 

aku ingin kembali. kembali kepada fitrahnya, tidak sanggup aku jelajahi rimba. kadang-kadang aku berfikir, kenapa aku tidak sekuat dulu ??? kadang-kadang aku berfikir, semua ini terjadi kerana apa ??? adakah kerana kifarah dosa-dosa yang terdahulu ??? 

ya.Allah... 

mudah-mudahan ianya kifarah dosa terdahulu. melihat langit senja yang indah aku kagum kejadian-NYA. aku bermonolong sendirian.

aku perlu kuat dan menjadi lebih kuat untuk menempuhi kehidupan aku yang akan datang. Allah uji aku sikit untuk melihat keimanan dan ketakwaan aku kepada-NYA. kenapa kadang-kadang aku tidak sedar ??? aku menangis sendirian. aku menangis semahunya. aku tahu aku tidak sendiri di dunia ini. biarlah orang tinggal aku. kerana apa adanya aku. tapi Allah sentiasa ada buat aku. kenapa aku harus bersedih ??? aku merenung langit malam. indah, nyaman, hati kecil ini puas aku merasakan sesuatu yang mengalir deras,  laju, terus menusuk ke hati bisikan kalimah ilahi menerjah nubari nan layu. hmmm., aku mengeluh sendirian. untuk apa aku harus bersedih ??? untuk apa ??? Allah telah mentakdirkan yang terbaik untuk aku. untuk apa aku merungut. ini hakikat kehidupan sebegini. aku kematian kata-kata. dimana bait-bait indah dari hati aku yang dahulu ??? aku sendiri tidak ketahui. menghilang tanpa jejak. bagaimana aku harus untuk berbicara ??? aku membiarkan diri ini bersendirian. melayan kehendak hati. melayan luahan perasan sendiri.

kau...

sentiasa tenang di situ dan sedang masih berdiri. mendiamkan diri dengan membiarkan rasa hati dengan dunia. membiarkan rasa hati dengan al-khaliq

kita...

kenapa wahai hati ??? kenapa aku sering bertanya ??? kenapa Allah menguji kita ??? sedangkan aku dan kau sudah tahu bahawa Allah itu menguji atas dasar kasih sayang-NYA pada kita. aku mengejar cinta. walaupun ada kalanya aku rasa aku sudah kecundang. tapi kau datang membangkitkan rasa. kau memberi halwa sejuk pada hati aku.

ya.Allah...

begitu susah engkau mahu menuruti janji-NYA, menuruti perintah sang pencipta, kenapa engkau degil, tidak yakinkah engkau dengan janji Allah, bahawa setiap kesusahan itu akan tiba pula kesenangan, engkau terlalu degil, engkau terlalu menurut hatimu, wahai hati.

aku...

terdiam lagi. menarik setiap deru nafas kurniaan sang pencipta kepada aku yang hina ini. memastikan setiap hembusan nafas ini hanya untuk-NYA. adakah begitu yang kau buat ??? hati aku berbicara kembali. aku, kau, kita dan Allah. aku tidak mahu jauh dari Allah. aku tidak mahu kau jauh dari Allah. aku tidak mahu Allah tinggalkan aku dan kau. aku dan kau mahu kesana. aku  mahu bercinta sampai ke syurga-NYA bersama-sama kau. aku mahu kesana bersama kau dengan jiwa. aku tidak mahu bersendiri. aku mahu kau bersama. Allah berikan ujian untuk kita jadi lebih kuat, untuk kita lebih tabah. kenapa kita begitu sombong membiarkan keadaan itu berlalu pergi tanpa kita sedari ??? aku., hati yang ego. aku, hati yang tidak menghargai cinta. aku, hati yang hanya pentingkan diri sendiri. aku membiarkan kau lagi. aku membiarkan hati aku bermonolong sendiri. kau senang begitu. kau lebih tahu keadaannya. aku hanya melihat dengan senyuman menguntum. kau senyum lahir dari hati yang baru. hati yang baru hadiah dari Ilahi. kita terlihat senyumannya. ya, hati kita telah tersenyum. senyum kerana telah radha akan takdir yang telah Allah takdirkan buat kita. hati kita, nampak tenang. hati kita, nampak berseri-seri. aku mendekati kau. aku dan kau mendekati rasa bersyukur aku dan kau mendekati dengan sejuta kegembiraan. aku dan kaun mendekati dengan sejuta persoalan. tetapi aku tidak akan bertanya kenapa ??? mengapa ??? tiba-tiba hati ini berubah ??? aku akan terus mendekati kau. hati itu riang. hati itu terasa bahagia. bahagia bersama rasa cinta sang pencipta-NYA.

cinta aku pada tuhan adalah ciptaan-NYA, cinta aku terhadap seseorang yang aku sayangi itu adalah perasaan dicipta-NYA


damai...
aku melihat jauh,
aku berjalan mendekati,
aku mengambil,
aku mengambil,
aku mengambil,
aku terus simpan di tempatnya,
di tempat hati aku dan kau,

Tiada ulasan: