hidup ini penuh ragam-ragam disisi manusia. bila aku pertaruhkan kehidupan yang aku sayangi pada tempat yang salah, kesakitan yang aku terima sebelum ini sungguh memeritkan. hidup ini hanya sekali dalam hayat, itu yang aku bisikan dihati aku sendiri. apabila aku meletaknya ditempat yang salah, aku melakukan kesilapan dan aku mahu kembali bangkit memperbetulkan kembali apa yang sudah terjadi sebelum ini. aku ingin bernyawa dgn tenang.
aku buka hati ini pada orang yang salah. aku cuba berikan yang terbaik pada manusia yang aku sangka ditakdirkan untuk aku walaupun akhirnya benda yang diimpikan langsung tidak terjadi. tetapi, aku cuba anggap ianya satu masalah sebenarnya. aku bertanggungjawab membuka hati aku ini, maka aku harus mengambil usaha menutupnya kembali. kuasa itu berada pada diri aku.
terima baik dan buruk.
pernahkan sebelum ini aku membuka hati dan menyerahkannya kepada seseorang demi memulakan hubungan, aku telah melihatkesan baik dan buruk yang datang secara pakej apabila aku menerimanya dalam hidup aku. selalunya manusia akan terlepas pandang perkara sebegini dan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat apabila benda yang istimewa telah bertukar menjadi duka bagi diri aku
cinta...
satu perasaan yang istimewa ini seperti dadah sebenarnya. dalam kuantiti yang kecil ianya tidak memberi sebarang erti. dalam kuantiti yang sederhana dan berpatutan ianya memberi kebaikan dan kesenangan sepertimana ubat. tetapi, apabila dalam kuantiti yang terlampau banyak dan berlebihan ianya bakal memudaratkan. ini cuma pandangan peribadai aku berdasarkan pengalaman sebelum ini.
banyak hubungan berakhir walaupun sebenarnya ianya tidak perlu berlaku. manusia sebenarnya memang suka membiarkan emosi dan sifat ego menguasai sehingga hilang pertimbangan. dalam satu ketika, nafsu marah memuncak, ego mencanak, emosi menerajang sehingga sendiri akan lupa diri. keputusannya ??? bila tersedar dan tersentak baru akan menyesal sendiri. jangan membiarkan sesuatu yang indah itu hilang begitu sahaja akibat kelalaian diri.
- @#$%! bila hati ini sudah rosak ianya akan menjadi keras, tertutup dan dingin. sekarang ianya memerlukan usaha yang kuat untuk membuka kembali dan menjadi panas semula. tetapi sekali peluang diberi dan dikhianati mungkin ianya akan tertutup selamanya selepas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan