Perasaan rindu adalah tanda bahawa kita sayang pada seseorang. Rindu yang mendalam boleh membuatkan kita tidak keruan, menjadi serba salah, segala kerja tidak menjadi. Sebelum tidur dia adalah orang pertama yang kita ingat dan bila bangun tidur, dia jugalah orang pertama yang kita ingat. Bak kata Jamal Abdillah ~ Kekasih Awal dan Akhir.
Kita
mungkin rindu kepada suami/isteri, mama/abah, anak-anak, adik beradik,
sahabat dan sesiapa sahaja yang pernah rapat dengan kita. Mereka ini
masih hidup cuma tidak lagi tinggal bersama kita. Cara untuk melepaskan
rindu kepada mereka mungkin dengan pergi berjumpa dengan mereka. Ataupun
menelefon dan bercakap dengan mereka. Mungkin juga dengan menghantar
surat atau kad sebagai tanda kita ingat dan rindu kepada mereka.
Kadang-kadang
rindu pada mereka diatas, lebih baik bersarang dihati dan tidak perlu
dikongsi. Mudah-mudahan ia akan baik sendiri bila tiba waktu tanpa janji.
Kita
juga rindu pada orang-orang yang telah lama meninggalkan kita. Mungkin juga
orang-orang yang saya sebut di atas tetapi sudah pergi meninggalkan alam fana
ini. Rindu sebegini membuat kita mengeluh panjang dan mungkin menitis
airmata. Doa dan sedekah Al-Fatihah adalah jalan untuk kita berhubung
sebagai tanda bahawa mereka masih didalam ingatan kita sentiasa.
Ada
kemungkinan juga kita merindui orang yang tidak pernah kita temui
selama berhubung dengan dia. Ingin sekali kita bertemu dengan dia agar
dapat melihat sendiri bagaimana rupa dia yang sebenarnya. Rindu sebegini
tidak begitu meyakinkan kerana kita hanya "melihat" dia di alam maya
atau melalui surat menyurat sahaja.
Walaubagaimanapun,
saya pasti kita sangat-sangat ingin menemui Allah SWT dan Nabi Muhammad
SAW walaupun kita tidak pernah menemui mereka. Walaupun tidak pernah
menemui Rasulullah tetapi setiap hari kita mengamalkan sunnah baginda
sebagai tanda kasih sayang pada baginda. Sebagai seorang Islam, saya
yakin kita ada menanam impian untuk bertemu Rasulullah di dalam mimpi kita.
Kita juga yakin bahawa Sunnah rasulullah adalah sebahagian daripada
sumber rujukan shariah selain daripada Al Quran al Karim.
Rindu pada Pencipta kita hanya boleh dilepaskan dengan sentiasa berkomunikasi dengan Dia melalui zikrullah, membaca ayat2 suci al Quran dan melihat ciptaanNya sambil menyebut " Rabbana Maa Khalaqta Haaza batilaa Subhanaka Faqina azaabannar".
Mudah-mudahan setiap kerinduan kita pada manusia dilepaskan dengan sebaik-baiknya mengikut hukum shara'. tetapi kerinduan pada Allah dan RasulNya adalah puncak kenikmatan rindu yang tidak boleh dilafazkan dengan kata-kta. Hanya Allah yg Maha Mengetahui betapa dalamnya rindu kita kepadaNya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan