Khamis, 28 April 2011

Percaturan Hidup I


assalamualaikum wrt. wbt.

salam sejahtera semua. semoga Allah meredhai setiap dari kita. Ameen.

sekarang ini berada di CAIRO. tiada lagi hari-hari terakhir bersama keluarga, jiran-jiran, dan juga rakan-rakan setelah berangkat pulang pada 19 April 2011. mohon doa dari semua untuk aku hadapi hari-hari akan mendatang ini.

tabahkan hatiku ya.Allah

selepas ini aku tidak boleh berehat seperti biasa apabila menjejakakan kaki ke Cairo buat kali ke-3. ia merupakan bulan terakhir sebelum aku menghadapi exam semester ini yang ditunda akibat revolusi rakyat Mesir. 

MESIR, telah mengajar aku erti kejujuran, kasih sayang, sabar dan redha. 

Ada apa dengan Januari 2011 ???

23 Januari last exam.
Tarikh Tasyrik (Sejarah Perundangan) subjet terakhir aku jawab untuk exam hari ini. 

25 Januari revolusi bermula.
tiada siapa sangka hari cuti umum menjadi hari kebangkitan untuk untuk disaksikan aku di bumi Mesir ini. aku sendiri sudah ada plan sendiri untuk dibuat bersama rakan-rakan aku dari Jordan untuk jelajah Mesir. namun perubahan situasi ini terasa apabila trip ke Sinai batal akibat masalah yang tidak dapat dielakan. 

26 Januari menyelusuri perjalanan ke Iskandariah.
hari kedua protes berlangsung tidak mematahkan semangat aku untuk bercuti ke Alexandria. jam 830pagi aku bertolak ke alex. perjalanan pagi ini memang luar biasa kerana mengambil masa 2jam untuk keluar dari Cairo menaiki van ke lebuh raya laluan trafik mula sesak dari tempat tinggal aku. ini menjadi perkara yang luar biasa bagi aku kerana sebelum ini hanya megambil masa cuma 30minit walaupun laluan trafik sesak seperti hari-hari biasa. apabila melalui jambatan yang merentasi Sungai Nile menuju ke lebuh raya, kelihatan polis yang setia menanti di atas jambatan berhampiran Medan Tahrir. perubahan situasi ini terasa ketika dalam perjalan ke Alex.  destinasi pertama aku di Alex adalah perpustakaan Iskandariah. terasa tenang hati aku apabila van menghampiri pesisiran pantai menuju ke maktabah Alex angin laut Mediterranean terasa segar. hampir setahun sudah lama aku tidak menjejakan kaki aku  di Iskandariah sejak awal tahun 2010.

ISKANDARIAH, telah mengajar aku erti kejujuran pada orang yang aku sayangi. harus jujur dalam kasih sayang pada hati agar menghargai orang yang menyayangi diri aku ini. terima kasih kepada Wijdan dan Nur kerana telah menyedarkan aku daripada terus hanyut dibawa angin laut Mediterranean.

WIJDAN, siapa gerangan empunya nama sebenarnya ??? aku teringat semasa pertama kali aku bertemu Wijdan, aku tidak celoteh berbicara manakala Wijdan berceloteh memanjang. bila hari terakhir kami bertemu pertama kali aku baru aku bersuara dengan Wijdan. aku masih lagi simpan number telefon Wijdan yang tidak cukup 1angka yang ditulis sendiri Wijdan. aku fikir sampai sini sahaja pertemuan aku bersama Wijdan, hanya melambai tangan apabila bus yang membawa Wijdan bergerak perlahan meningalkan tempat yang menjadi titik pertemuan aku bersama Wijdan di Ulu Kenas. tapi cerita ini tidak berakhir, ia bersambung apabila aku ke Cairo menyambung pelajaran. aku masih ingat lagi hari itu, selepas solat asar  sewaktu aku berjalan kaki dari teratak aku menuju ke maktabah darulsalam telefon aku berbunyi. sayup-sayup suara wanita berbicara, aku terkapai-kapai siapa gerangan wanita yang bercakap dengan penuh excited ??? aku terkejut bila, mendapat panggilan ini. dengan penuh excited wijdan bercakap dengan aku. Wijdan masih ingat lagi tak panggilan perbualan kita berdua sewaktu pertama kali bercakap ??? " ang dan ku ", tidak aku sangka dengan panggilan pertama ini aku dapat mengenali Wijdan dengan hati aku sendiri.

NUR,  tidak dapat aku mengenali sebenarnya diri ini ??? aku masih tertanya jawapan sebenar dari Nur. siapa Nur ??? asal dari mana ??? tinggal dimana ??? apa kesukaan Nur ??? terus terang sampai hari ini aku masih tidak dapat mengenali Nur. Nur, mengapa kita boleh mengenali ??? adakah ini kesilapan bila kita berdua mengenali ??? dari gengaman dua tangan menjadi satu bermulanya sebuah cerita.









Tiada ulasan: