Jumaat, 29 April 2011

kian malap, kian hilang.





kasih sayang kian malap...
kemana hilangnya keagungan kasih sayang ini ??? namun dimana asanya kasih sayang ini bermula dan dimana berakhirnya kasih sayang ini ??? dimana asas kekalan kasih sayang didalam hati ini demi cinta pada masa kini ??? aku tidak penah berjanji untuk hidup semati, mati berdua hanya mainan kata-kata sewaktu bercinta.

cinta aku pada tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya, cinta aku terhadap seseorang yang aku sayangi itu adalah kerana perasaan dicipta-Nya.

tetapi berlalunya musim perkenalan, kasih sayang itu semakin hari semakin terhakis. oO0oh, mengapa ianya terjadi ??? aku tidak mahu salahkan diri sendiri kerana tiada lagi prinsip " kerana Allah " . rasa syak wasangka, marah melulu, kecewa, jemu, buhsan, jeran dan terancam mula bersarang dalam jiwa pabila bukan kerana kalimah " kerana Allah " .

tabahkan hatiku ya.Allah.

kasih sayang kian hilang...
jasad yang rapat disisi tapi hati sekain terpisah. hidup segan mati tak mahu biar mesra asalkan tak pisah. aku tidak mahu membuat keputusan untuk berpisah. aku terus bersabar. adakah bernasib baik bila bersabar ??? yang sabar mungkin akan mendapat kebahagian yang lebih dari apa yang pernah dialami dan dirasai sendiri. itu adalah berkat sabar. kesabaran itu adalah sebahagian daripada iman. dan dalam iman itu terselit satu roh kalimah " kerana Allah " . sesungguhnya orang yang bersam Allah adalah orang yang sabar.

aku ingin belajar walaupun seteruk mana karenah pasangan aku, aku cuba menerima seadanya. dia bersabar dan menerima karenah diri aku. aku cuba berubah hakikatnya aku tidak boleh berubah mengikut apa yang dikehendaki sepenuhnya.

bagaimana hidup dengan masalah yang tidak dapat di selesaikan ??? ya, sebenarnya dengan adanya masalah perlu hadapi. ia memang tidak dapat di selesaikan dan tidak perlu di selesaikan. mengapa ??? adakah Allah telah takdirkan begitu ??? siapa diri aku ini yang hendak melawan kehendak Allah. Allah buat begitu supaya aku selalu merintih.

Tiada ulasan: