Sabtu, 10 Mac 2012

Iman itu cermin.



Hakikat iman kepada Allah S.W.T. adalah satu hakikat besar yang mencakupi seluruh kehidupan manusia. Apabila iman bersemi di dalam hati seseorang, maka iman itu akan terus menjelmakan kesannya dalam bentuk amal perbuatan, kegiatan dan perjuangan yang mengharapkan Allah S.W.T. atau redha Allah S.W.T.. Dia taat kerana Allah S.W.T. Dia tunduk dan patuh kepada titah perintah Allah S.W.T. sama ada kecil atau besar.

Tidak bersekongkol bersama-sama hakikat Iman itu hawa nafsu dan syahwat yang sering mengajak manusia menyeleweng daripada ajaran Allah S.W.T. Bahkan iman itu akan mengajak nafsu dan syahwat untuk tunduk mengikut ajaran Muhammad S.A.W. yang didatangkan daripada Allah S.W.T..

Imanlah yang akan mencernakan keseluruhan aspek kehidupan manusia yang meliputi bisikan jiwa, cetusan hati, keringinan roh, kecenderungan fitrah, gerakan jasmani, tindak balas pancaindera dan semua perbuatan sama ada semasa bersendirian mahu pun di depan orang ramai mengikut kehendak Allah S.W.T.



!@#$% ~ Akibat terlalu banyak dosa ketika ini. Aku manusia penuh dengan noda .Aku dalam proses pengubahsuaian pada hati, iman, jiwa dan otak. Aku cuba mahu mengawal hati, iman, jiwa dan otak. Moga sentiasa senyum selalu disaat gembira atau sedih.


Tiada ulasan: