PERTUNANGAN adalah peluang keemasan buat si gadis dan si teruna idaman. Sekejap atau lama bukanlah soal utama. Apa yang penting bagaimana kita mengisi tempoh itu. 2 tahun, 3 tahun atau 4 tahun lebih bermakna andai diisi dengan amal islami dari sebulan, 2 bulan tapi berpacaran. Yang lama terasa sekejap bila mana, masing-masing sibuk dengan urusan dakwah dan meningkatkan kualiti diri sebelum diijabkabulkan.
Allah berfirman dalam Surah Ar-Rum ayat ke-21.
Maksudnya: “ dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan ( yang menimbulkan kesedaran ) bagi orang-orang yang berfikir. ”
Sudah pasti cabaran untuk menjejaki hari bahagia itu sungguh besar. Namun meneliti ayat ini, seharusnya mengingatkan kita akan persiapan untuk menghadapinya. Hanya dengan rahmat dan kuasa Allah, kita akan bahagia dan bersenang hati. Dan apakah kita lupa, Allah akan menguji untuk tahu siapa yang lebih baik imannya ???
Berapa ramai berkata sayang pada isteri, tup tup 5 tahun, 10 tahun kemudian sudah meminta 'cawangan' sedangkan isteri masih mampu mengurus rumahtangga. Ada yang didera dan ada yang ditinggal sendirian. Silapnya di mana ??? Bukan silap sesiapa, silap diri sendiri tidak memberi peluang dan menerima kekurangan. Sikap kita yang bermasalah kerana mengikut nafsu dari mencari rahmat Illahi.
Justeru fatrah ini adalah persediaan untuk kita menghadapi hari perkahwinan. Belajar dari pengalaman orang lain setidaknya membuka mata akan realiti yang bakal dihadapi. Fatrah ini juga adalah tempoh untuk kita mencerna matlamat perkahwinan ke tahapan yang lebih tinggi.
Coretan seorang penulis. Katanya,
" Di dalam persoalan perkahwinan dan pembentukkan rumahtangga muslim, Islam tidak menyempitkan tujuannya hanya untuk menyediakan suasana yang subur bagi mendapatkan anak-anak yang soleh, meskipun ini adalah satu tujuan utama. Islam juga tidak membataskan tujuannya sekadar untuk mengekang pandangan atau menjaga kehormatan, meskipun ini juga matlamat perkahwinan. Islam juga tidak menghadkan tujuannya sekadar untuk menyalurkan nafsu secara syar’i. Bahkan, Islam telah menentukan matlamatnya dengan yang lebih tinggi, yang lebih mulia dan yang lebih jauh jangkauannya. Matlamatnya berkait rapat dengan matlamat kemasyarakatan, jihad dan perlaksanaan amal Islami yang luas. "

Maka, sudah bersediakan kita menghadapi semua itu. Mampukah mengapai matlamat pembinaan perkahwinan yang lebih tinggi. Ada yang kata mustahil. Ramai pasangan yang aku kenal berjaya mengekalkan rumahtangga dengan mawaddah dan rahmah. Formulanya mudah sahaja, Allah tempat pulang mencari jalan keluar terhadap segala dugaan.
Moga Allah redha dengan usaha kita mencari cinta-Nya.
Moga Allah redha dengan usaha kita mencari cinta-Nya.
1 ulasan:
andai dtnya ap y ak mahu lakukan d dunia ini..ternyata tidak terkata sgala kinginan..kerna ak berpijak d bumi Allah..y dijanjikan hanya sementara maka ak bina sbuah benteng keimanan bg sgala keinginan ku didunia...
terasa sayu mengingatkan btape alpa nya kita mlayan nikmat ddunia sdgkan dakhirat sne syurganya bganda2 dr nikmat dn kindahan ddunia...
smoga jodoh kita dr insan y terpilih y akn mmimpin kita k syurga Allah..krana tiada apa y lbih bharga dr bersama2 mndekati Allah bersame insan y kita cintai...
Catat Ulasan