Sabtu, 27 November 2010

Tidak mudah menuju ke syurga.


" perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak, manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat " demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.

Syurga.
ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya.kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.
 
Neraka. 
pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan). sebaliknya jalan melayakkan diri ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu.amat mudah melakukan kejahatan.


sudah terbentang jalan dihadapan . terpulang pada diri kita jalan mana untuk diikuti . tepuk dada dan tanya pada iman >>> tidak pada selera hanya pada nafsu . tidak mudah menuju ke syurga, kerna diri ini perlu bermujahadah atau berjuang melawan nafsu demi kebaikan . amat mudah diri berbuat kejahatan dan tidak mampu melakukan kebajikan apabila nafsu dan syaitan ada dalam diri .

tidak mudah menuju ke syurga ???

orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. " ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu ". semua manusia inginkan hidup senang. kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.

" kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik "

syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. kita gembira apabila dipuji manusia. timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.


perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. ini maknanya Allah mendahului kita. jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. jadi soal pahala tak timbul. sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.

utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka