tabahkan hatiku ya.Allah,
TIDAK MAHU RISAU BILA DIRI AKU SUDAH BERPUNYA...
mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat aku untuk terus melangkah menggapai cita-cita....
jangan bohong tentang kasih sayang...
isha.Allah hati ini tetap terus bersama...
kasih sayang sentiasa dihati..
lama mana pun masa tetap akan menanti...
aku tidak sebaik seperti yang disangkakan. aku sentiasa mencuba untuk bersabar dengan peneguhan kata " kerana Allah " . tidak dapat aku selesaikan sebaik-baiknya dengan sempurna ragam, kerenah dan tabiat buruk aku. begitu juga dengan masalah aku yang tidak dapat selesaikan dengan sebaik-baiknya.
aku memikirkan masalah yang tidak dapat aku selesaikan ???
ya... sebenarnya ada masalah yang perlu aku hadapi dan hidup denganya tapi tidak selama-lamanya.
adakah ianya tidak dapat diselesaikan dan tidak diselesaikan ???
mengapa ???
adakah Allah sudah mentakdirkan sebegitu ???
siapa diri aku ini yang hendak melawan kehendak Allah. Allah buat begitu supaya aku merintih pada-NYA.
kenapa ???
xmahu peningkan kepala aku, Allah sedang menguji aku.
tidak mudah untuk aku memiliki seorang isteri ianya seolah-olah diri ini ibarat dunia dan seisinya. jalan untuk mendapatkan sesuatu yang teristimewa amat penuh dengan dugaan dan liku cabaran kehidupan di dunia ini. jangan putus asa wahai diri aku yang lemah lagi hina ini. aku terasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap perbuatan yang aku lakukan setiap waktu.
aku tidak dapat menegakkan tiang taqwa ini dengan utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat diri aku kerana Allah. aku tidak mahu rumah tangga ini menjadi tawar dan hambar apabila semuanya sudah dirasai dan terbiasa... hendak rasa nikmatnya apanya lagi ??? aku tidak mahu bakal anak-anak aku menjadi mangsa. menerima hukuman di dunia seadanya teramat pedih, perit dan sakit. namun, tidak terlalu sedikit apabila dibandingkan pedihnya hukuman abadi di hari kebangkitan.
la tahzan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan