Sabtu, 18 Disember 2010

perkongsian rasa hati


bila tidak menyukainya, menyebutnya sebagai bebanan. bila tidak serius dengannya, menyebutnya satu permainan. bila tidak memilikinya, menyebut satu impian. bila tidak mendambakannya, menyebut satu takdir.

adakalanya...
ALLAH,  sememangnya mengetahui yang terbaik tetapi diberi kesusahan untuk menguji aku.
adakalanya...
melukai hati, supaya nikmat cinta itu lebih dihargai.

bila aku kehilangan. pasti ada alasan disebaliknya. alasan yang terlalu sulit untuk diertikan. namun aku tetap harus percaya bahawa ketika ALLAH menguji aku dengan wijdan dengan mengambil sesuatu. aku harus bersedia untuk hadapi apa yang terjadi dimasa akan datang, moga ianya lebih baik untuk aku dengan wijdan bersama.

kenapa harus sesuatu cinta itu mengambil masa ???
kerana... walaupun aku ingin membuat satu keputusan, aku tidak ingin tergesa-gesa. kerana... walaupun keputusan itu tergesa-gesa, aku tidak ingin membabi buta. kerana... walaupun aku ingin segera bersama wijdan, aku tidak ingin sesat bersama dan tidak mahu kehilangan arah hala tuju dalam proses pencarian bersama.

aku ingin berlari, aku perlu belajar berjalan dahulu. aku ingin berjalan,  aku perlu belajar merangkak dahulu. aku ingin berenang, aku perlu belajar mengapung dulu. aku ingin dicintai, aku harus belajar mencintai dahulu. belajar mencintai yang satu.

aku tidak mahu tergesa-gesa mencari orang yang aku inginkan. aku tidak mahu menimbang untuk memilih apa yang ada. aku hanya menerima orang yang aku cintai dengan tidak memuaskan diri aku dengan apa yang ada. aku hanya mencintai orang yang aku cintai dengan menghargai diri dia dengan sebaik-baiknya. aku cuba bersabar untuk mencari yang terbaik kerana sesungguhnya hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan.

tiada bunga yang mekar semalaman,
tiada kota yang boleh terbina dalam sehari,
inikan kehidupan yang perlu dikandung dahulu selama sembilan bulan,
cinta agung perlu disemai dan didewasakan bersama kehidupan,

sesuatu perkara yang indah dalam hidup ini tidak terjadi dalam sekelip mata. adakalanya perlu mengambil masa yang lama tetap akan aku tunggu. harap segala penantian itu tidakkan sia-sia. walaupun penantian itu memerlukan - keimanan, kesabaran, keberanian dan pengorbanan - penantian yang diberkatiNya menjanjikan satu cinta indah yang tidak terbayangkan.

Tiada ulasan: