masa bukan pengukur sesuatu perhubungan ???
persahabatan dan percintaan dua perkataan yang amat berbeda maksud. ianya dipisahkan oleh garis yang amat halus. jangan terlajak mengangap persahabatan dan perkenalan terlampau lama itu didefenasikan akan membawa kepada percintaan walaupun hakikatnya tidak. cuba logikan akal luaskan pemikiran dalam kehidupan ini. ada yang telah berkenalan lama sehingga membuahkan bibit percintaan walaupun akhirnya terlerai akhirnya da kembali kepada persahabatan. iti boleh dikatakan bernasib baik kerana masih boleh berhubung. ada kemungkinan akan kehilangan kedua-duanya sekali, percintaan dan persahabatan tidak dapat dikekalkan dalan hati ini. ada juga yang bercinta dengan sahabat baik dapat mendirikan perkahwinan. takdir manusia lain-lain, itu yang telah ditetapkan oleh-Nya.
senyum seorang diri dimalam ini.
berusaha menghadapi semua ini dengan hati terbuka, usah terlalu memikirkan atau menumpukan kepadanya. cuna larikan tumpuan ini kepada perkara yang lain, diri ini boleh melakukannya. agar diri ini mempunyai ruang untuk berfikir apa yang terbaik untuk kehidupan ini. bagaikan seorang guru memberikan nasihat kepada sekempulan pelajar di dalam kelas seperti mana diri aku ikuti semasa di sekolah dahulu. solat istikharah (bagi mendapatkan petunjuk dan sebagainya) tetapi tidak lapangkan dada dan fokus hanya mahukan orang yang disukai, maka kadangkala petunjuk yang kita dapat sebenarnya disebabkan keinginan dihati yang berlebihan dan tidak mahu menerima kalau ada perkara yang lain muncul.
aku tarik nafas, ada benar semua ini omel hati aku sendirian.
cinta sejati tidak akan datang dengan mencari pasangan yang sempurna, tetapi belajar dengan melihat pasangan yang tidak sempura itu sebagai sempurna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan