tahun pertama >>>
aku terjumpa gambar ni sewaktu membelek xternal hard disk aku yang sudah berabuk. rindunya aku pada diri aku yang begitu. diri ini kadang kala kuat dan sentiasa tersenyum, kadang kala sedih dan menangis tanpa memikir apa kesan pada diri sendiri ini. lebih kepada berdikari dan cuba menjaga hati manusia disekeliling aku. masa diri aku ini cuba dihabiskan dengan membaca, memasak di arau cafe kaherah, mengikuti usrah, kuliah-kuliah terbuka dan sebagainya. kadang kala aku mula sibukan diri aku dengan tuntutan kerja dan program yan menimbun. aku mula kehilangan semua itu bila aku tersilap langkah memilih dalm hidup ini. tapi aku tidak mahu salahkan sesiapa kerana diri aku yang patut salah dalam hal ini. alasan sebenarnya, kerana saat itu diri aku sudah lemah dan terpaksa memilih kesihatan diri yang merosot secara tiba-tiba. demi diri sendiri, aku jauh dari mereka yang aku sayangi dan mengejar duniawi.
tahun kedua >>>
setahun selepas itu inilah gambarnya. sakit dan dihimpit kesusahan, tetapi aku masih tegar mengukir senyuman dan berusaha kuat untuk diri sendiri dalam menghadapi kehidupan ini. perubahan masih belum nampak dengan jelas dalam diri ini. cuma yang pasti aku cuba memburu setiap apa yang aku mahukan dengan berusaha segigih mungkin mengejar cita-cita ataupun angan-angan aku dambakan. satu persatu cuba aku tempuhi 2untuk berjaya dan aku sedar, disitu aku mula berusaha menikmati saat tamat belajar. apakan daya diri aku ini yang lemah, tahun kedua aku ini masih seperti di tahun pertama.
tahun ketiga >>>
ada seorang teman yang menyatakan kepada aku, dia menyukai aku yang dahulu. diri aku yang sebelum ini. bukan suka dalam erti kata menyintai, tetapi istilah menyenangi diri aku yang terdahulu. aku yang lama mungkin seorang diri, tiada sesiapa disisi tetapi seorang yang pendiam yang kadang kala petah berbicara. diri aku masih suka ketawa dan ceria bersama-sama orang di sekeliling walaupun hati ini yang sedih kadang kala terpaksa berlakon gembira demi menjaga semua pihak yang berada disisi aku. aku cuba mempertahankan prinsip yang tersimpang di dalam diri aku walau 1 prinsip yang aku cuba pegang selama ini telah gagal. moga allah ampuni dosa diri aku ini yang hina.
adakah diri aku yang hari ini telah banyak berubah ??? terlalu banyak sehingga aku mungkin tidak dapat mengenali siapa diri aku yang sebenarnya. aku biakan kesakitan memenuhi dalam diri demi menjaga manusia yang berada disamping aku. aku cuba kuatkan diri ini dan mengajar diri ini menjadi tabah dan berdikari kerana aku sudah punya kudrat untuk mencari rezeki. kelemahan aku cuba tutup dengan senyuman dan gelak ketawa walaupung disulami dengan kepahitan yang tersekat di salur pernafasan penyambung nyawa. senyum aku, demi memastikan manusia di sisi aku dapat merasa bahagia bersama-sama.
dan untuk hari ini aku cuba bangun, aku masih xdapat lagi. aku cuba menjadi manusia beku yang melawan kesakitan dan cuba bangkit menelan kepayahan demi menjadi diri aku sendiri. akut takut lemah dihadapan manusia lain.
aku bagaikan ceritera atau hikayat lama yang sering digelar katak yang hodoh. aku tidak dapat bertukar menjadi seorang petera raja yang megah, kerana aku tetap akan kekal menjadi sekor katak. cuma yang pasti, aku sedang berusaha kuat untuk berubah walaupun perubahan itu mungkin memusnahkan diri dan sedikit apa yang aku cuba pertahankan selama ini. betapa rindunya kepada diri aku yang terdahulu.
boleh engkau cuba maafkan manusia yang kini bernama zuri ??? topeng baru dicipta agar aku mampu melunaskan segala kepahitan dan mengantikan dengan senyuman yang wajar dan bahagia. mungkin aku akan menangis melihat engkau yang kini, meraung melihat engkau yang mula berkelubung seperti dahulu, tetapi ketahuilah didasar hati aku tidak ada sesuatu yang pernah berubah. aku masih seperti dahulu, cuma luaran sahaja yang berubah mengikut pemahaman yang gila-gila.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan