Khamis, 8 September 2011

mencari kekuatan kasih sayang dalam derita adanya bahagia


terima kasih ingin aku ucapkan.

sudah lama aku x update blog. tiada cerita yang menarik untuk diceritakan, yang ada cuma cerita sedih. aku x mahu sedih hanya cerita sedih itu. kebanyakan orang dalam hidup ini akan rasa dan lalui benda ini, termasuklah diri aku yang lemah. hahaha, gelak seorang diri dalam hati sambil tersenyum lebar. ada yang meninggalkan atau yang ditinggalkan. that's what some relationship was ??? perasaan ini aku akan rasa bukan saja dengan pasangan, tapi bila juga seorang teman yang rapat dengan aku pergi secara tiba-tiba. mesti tertanya-tanyakan kerana tiada khabar berita dari mereka. mungkin ada sesetengah akan usha dari jauh. itu memang tidak dinafikan sebab aku pun memang begitu juga. apa yang mampu aku buat jika itu yang telah ditakdirkan yang dia  bukan milik aku dan juga sebaliknya. " %$#@sight @#$% " hati tetap kenang orang itu walau kita bersama yang lain tika itu.

tapi...

siapa kata... dalam bahagia itu hanya kerana sering dilihat berkongsi ketawa ???
bahagia itu adalah ketawa dan air mata. begitulah diri aku juga.

aku tidak pandai melukis tetapi kehidupan seumpama lukisan hidup, sendu dan ceria adalah warna asasnya. aku pernah jatuh terduduk menangisi rasa sakit. adakalanya ketawa seorang diri mencari makna dari guruan dunia. aku juga pernah bergaduh bermasam muka, adakala rasa rajuk cemburu menghiasi rasa dihati ini semua ini adalah kerana cabaran yang datang tidak terduga. ada dugaan datang mengundang suka. ada juga mengalirkan airmata. aku tidak mahu bermimpi yang mengimpikan bahagia itu akan hadir begitu sahaja.

kini aku memulakannya dari bawah kembali. memijak satu persatu tangga hidup dan masa. memintal jerih yang tidak akan aku lupakan. jangan dilihat mewah dengan bahagia, gerun masih ada. perjalanan aku mendaki tangga ini adanya cerun dan lembah. semalam dan hari ini, aku seperti biasa .esok, tidak ada sesiapa yang dapat meneka.

di benak hati... semoga cerahlah juga esok dan lusa dan selama-lamanya.
#@$!*   kotak hati- moga kekuatan itu terus kekal.

semoga segala urusan dipermudahkan. impian yang dimulakan semula dengan langkah perlahan dan kata-kata sokongan daripada manusia yang aku hormati, aku sungguhnya berdoa semuanya berjalan lancar sehingga masa menentukan apa yang dirancang.

Tiada ulasan: