Sabtu, 10 September 2011

patah tumbuh ???


bila sayang akan teringat, terkenang dan senang cakap rindu. kadang-kadang bila sesuatu yang tiada dalam hidup ini, depan mata ini, baru akan rasai bahawa ianya sangat penting untuk diri ini. sedangkan selama ini, buat tidak endah. aku tidak mahu cari peganti kepada yang hilang itu. mungkin aku akan jumpa atau tidak jumpa. tidak semua yang diharapkan akan terjadi dan dapat digapai dalam hidup ni dan yang pasti apa dan setiap yang terjadi dalam hidup ini pasti dan telah dijanjikan oleh-Nya. pasti ada hikmah disebalik segalanya. 

patah tumbuh hilang berganti tetapi yang tumbuh baru x mungkin sama dengan yang patah itu "

kadangkala gagal untuk capai impian dan cita2, tetapi Dia sudah janjikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang aku sangka terbaik untuk diri aku ini. aku gagal, aku kecewa, aku menyesal dengan apa yang telah berlaku da atas pilihan yang telah aku lakukan dalam perjalan hidup. kotak hati aku berkata sabar, yakin setiap apa yang berlaku pasti ada sebab dan hikmah. cuma ada aku dapat sedarinya dengan cepat atau lambat.

sering kali menghadapi persoalan dalam kehidupan, sering akan berfikir apakah keputusan itu untuk disi sendiri ataupun manusia yang berada sekeliling. apakah keputusan yang bakal dilakukan bakal mempengaruhi semua orang di atas dunia ataupun hanya aku sahaja yang bakal menikmati kegemberiaan. tidak mustahil jika dengan membuat keputusan tersebut, aku yang bakal terluka walaupun ada pihak lain yang menikmati bahagia atas air mata yang aku tahan demi membuat keputusan.

adakah dengan hanya memikirkan diri sendiri kita manusia yang hiporkit ??? manusia yang beku tanpa secalit perasan disebabkan kita enggang menghadapi kedukaan yang perit ??? aku enggan menjerit ??? disebabjan kehidupan terasa agak pahit ini ???

demi kebaikan yang lebih utama, aku duduk sebentar dan berfikir apa yang aku lakukan sekarang ini memenuhi kehendak manusia lain ataupun sekadar kita sahaja.

‎- @#$%! kalau cinta itu datang kerana Allah, sejauh mana pun ia pergi, kita akan dapat balik. Kalau cinta itu kerana nafsu, suka-suka, mula-mula memang sakit, lepas itu tiada apa-apa.

Tiada ulasan: