Jumaat, 27 Januari 2012

Demi janji itu.

Buzzz...
Buzzz... Buzzz...
Buzzz... Buzzz... Buzzz ~ Assalamualaikum !!! 

Haluuu semua, lama juga tak jenguk blog sendiri apatah lagi blog orang lain. Maafkan aku sebab terlalu fokus pada exam. Tediaaa ~ fokus la sangat.

Alhamdulillah ~ exam pun sudah berakhir pada tangal dua puluh empat bulan satu tahun dua puluh dua belas. Syukur sepanjang exam selama enam belas hari ini kesihatan aku tidak terganggu. Selalunya migrain sentiasa mengiringi diri aku selama itu.

Selamat Tahun Baru Dua Puluh Dua Belas (2012) ~ tahun ini tiada azam baru untuk dituliskan disini. Apabila difikirkan sedalam-dalamnya tentang tahun baru ini yang aku rasa untuk diri aku ini, maka aku telah buat keputusan.  Aku kena berubah tahun ini, cuma inginkan cepat habis belajar sekarang ini. Usia sudah pun meningkat sekarang ini ke angka dua puluh tiga, perangai masih belum matang lagi. Huhuhu...

Terima Kasih ~ kepada orang-orang tersayang aku yang memberi keyakinan yang cukup untuk meneruskan perjuangan seorang diri di Cairo. Kepada insan-insan yang memberi semangat yang tinggi kepada aku semestinya orang-orang berkenaan.

Dan kepada orang-orang yang dekat dengan diri aku dan di sekeliling ini yang sudi berterus terang tentang perangai negetif aku ini telah memberi nasihat semangat untuk aku berubah dan yakin pada diri sendiri. Kepada yang pernah memberi nasihat kepada aku, ingin ucapkan terima kasih sangat-sangat. Aku lebih selesa orang itu (direct) bercakap terus terang dengan aku tapi dengan cara yang sopan.


-@#$%! ~ 25 JANUARI 2012, genab setahun. Teruskan berlari dengan penuh kegemilangan Egypt.

Khamis, 19 Januari 2012

What's i'm searching ???

Me are just like little children who are still searching for a golden thread to the meaning of life ~ i'm still waiting Wijdan.


this is the only piece picture that I have.