Sabtu, 31 Disember 2011

penutup DUA PULUH SEBELAS aku akhiri dengan..

DUA PULUH SEBELAS ~ akan melabuhkan tirai dengan pelbagai peristiwa berlaku. setiap apa yang berlaku mesti meninggalkan kesan dan pengajaran untuk memberikan yang lebih baik pada tahun dua puluh dua belas yang akan menjelma tidak lama lagi. tahun dua puluh sebelas aku tinggalkan dengan penuh dengan kegembiraan, kegirangan, keriangan dan kedukaan. tahun yang  tidak mengenal erti penat dan lelah berusaha mencapai apa yang aku impikan tidak semudah yang disangkakan. mungkin ada juga yang sudah menjadi milik aku, mungkin ada juga yang terlepas dari gengaman serta ada juga yang aku lupakan dalam perjalan hidup iini. hidup di dunia ini perlu diteruskan lagi.

SENYUM.
itulah benda yang aku tidak pernah tinggalkan dalam hidup sepanjang dua puluh sebelas walaupun, dalam senyuman palsu sebenarnya kekuatan hidup bertambah dengan adanya benda lain untuk mengalihkan tumpuan dari terus berduka. bukankah hidup ini perlu terus ceria tidak mengira apa dugaan yang bakal melanda. akan akan pastikan senyuman itu tidak akan menjauh dan terus dibawa ke tahun hadapan dan seterusnya. aku tidak mahu senyuman itu lekang kerana ia dapat mengusir derita walaupun orang kata itu satu langkah berpura-pura. aku tidak tahu bila aku akan tersenyum lagi nanti.


~ Januari.
bersedai untuk menghadapi peperiksan 2010/2011, salah satu benda wajib dalam proses pembelajaran aku sebagai seorang pelajar. walaupun tidak suka tetapi aku perlu cuba kerana sudah serik dengan kisah lalu. kejayaan datang bukan dengan cara yang mudah. di penghujung januari aku diuji apabila selesai exam berlaku revolusi egypt yang telah memberi satu pengalaman dalam kehidupan apabila berada di sebuah negara yang sedang bergolak. aku masih lagi selamat berada cairo apabila darurat satu Egypt sewaktu itu.

~ Februari.
bulan ini menyaksikan perkara yang tidak terduga iaitu pulang ke Malaysia secara mengejut. aku transit di Jeddah selama 3 hari sebelum sampai dengan selamat di Kuala Lumpur. protes di Egypt berlarutan dengan penuh keganasan sehingga perintah darurat dikeluarkan. akan aku simpan rapi setiap kenangan, lantas aku jadikan pengajaran dan pedoman walaupun ianya hanya sebuah kisah suram yang diiringi tangisan walau hidup hanya bergelumang dengan kegelapan. hidup aku dahulu hanya sebuah kekalutan semalam yang tiada dikunjungi bintang mahupun bulan. namun hanya wujud kesepian jauh bergelinangan. gelap disamping kelam malam yang suram tiada berteman mahupun dihiasi gemelapan. tahniah untuk Nasrul Che Ali dan Hannan Zukifli selamat melangkah ke alam rumah tangga. aku tumpang gembira.

25 febuari 2011 ~ nasrul che ali dan hannan zulkifli


~ Mac.
ana MASRY wa ana unibbu MASRY. saat ini aku bergelumang dengan seorang anak kecil yang aku pelihara. Iffah Hanani, nama yang kau berikan. seorang anak kecil yang mengajar aku erti kesabaran dan kasih sayang seorang manusia.kemana hilangnya keangungan kasih sayang ??? namun dimana asasnya kasih sayang ini bermula dan dimana berakhirnya kasih sayang ini ??? dimana asas kasih sayang didalam hati ini demi cinta pada masa kini ??? aku mendoakan semoga Iffah Hanni menjadi seorang anak yang solehah.

Tengku Iffah Hanani


~ April.
aku cuba fokus mengenai apa yang berlaku dalam hidup aku dan manusia disekeliling aku. masa ini aku sudah buang segala perasaan mengarut aku pada benda yang tidak membawa kepentingan langsung. percaturan hidup setalah berada di Cairo. tiada lagi hari-hari terakhir bersama keluarga, jiran-jiran dan juga rakan-rakan setelah berangkat pulang pada 19 April. aku ingin belajar walaupun seteruk mana karenah pasangan aku, aku cuba menerima seadanya. dia bersabar dan menerima karenah diri aku. aku cuba berubah hakikatnya aku tidak boleh berunah mengikut apa yang dikehendaki sepenuhnya. aku cuba lupa segala masalah dan memberi tumpuan lebih banyak pada diri sendiri dan keluarga. 25 April - aku menginjak usia dua puluh dua tahun.

~ Mei.
la tahzan... jangan bersedih, kerana bersedih itu merupakan satu penderaan pada diri sendiri. bersedih hanya akan mendorong kepada keburukkan. hidup ini perlu diteruskan. aku seperti biasa, hadam segala duka, telan segala kepahitan supaya tidak akan ada jiwa yang tercedera. cukuplah dengan apa yang aku rasa dihati ini.

~ Jun.
kegembiraan kadangkala akan dicemari dengan pelbagai insiden yang tidak disangkakan sehingga merobekan hati sebagai manusia. herdikan dan makian yang aku terima saat itu daripada manusia yang aku pernah kagumi telah merubah persepsi aku terhadap apa yang kita panggil berhemah dan rasa hormat aku terhakis serta merta. apa yang berlaku saat itu, aku masih punya kasih sayang yang sentiasa percaya dengan aku. Alhamdullilah.

~ Julai.
bersedai untuk menghadapi peperiksan fasa dua 2010/2011.

~ Ogos.
awal ramadhan disambut dengan penuh kesederhanaan seperti biasa. 27 Pgos - di penghujung bulan, aku cuma manusia biasa yang lemah. walaupun sekeras mana hati aku ini masih ada bahagian yang lemah disisi aku. aku cuba meletakan kejujuran aku di tangga pertama dalam pembinaan kasih sayang aku ini. bila kejujuran aku tidak dapat digapai walaupun kesilapan yang aku lakukan sebesar zarah. aku terus mengalah tetapi bukan bererti aku telah kalah. aku cuma gagal dalam memegang amanah yang terbina dalam mempertahankan kasih sayang ini, aku bukan seorang pelakon. aku cuba mengundur diri supaya dapat melihat manusia di sisi aku ,emgukir senyuman kegembiraan, melarikan diri sejauh mungkin agar manusia di sisi aku menemui kebahagiaan.




~ September.
aidilfitri yang menjelma pada penghujung ogos disambut dengan penuh pengalaman baru. aku berada di Aswan selama tiga minggu. kali pertama aku menyambut raya bersama-sama orang arab di sekeliling yang memberi seribu erti pengalaman kehidupan di Egypt.

 dihadapan Mahzan Nabi Yusuf di Aswan, Egypt.




~ Oktober.
banyak hubungan berakhir walaupun sebenarnya ianya tidak perlu berlaku. manusia sebenarnya memang suka membiarkan emosi dan sifat ego menguasai sehingga hilang pertimbangan.




~ November.
aku sudah dimarahi berbaldi-baldi. aku hanya mampu menahan telinga mendengar leteran yang tidak akan terhenti selagi aku msaih berada di rumah batu bewarna kuning itu. sakit dan aku keseorangan. ya, memang sudah kembali keseorangan. cepatnya masa berlalu.sudah berada di penghunjung November terasa cepat masa itu berlalu.

alamat rumah batu bewarna kuning.




~ Disember.
its disember- exam semakin hampir...

Khamis, 29 Disember 2011

Aida Al Ayoubi - Nami






tidur ~ tidur ~anak kecil ku. tidur bersama diatas haseera (permaidani). tidurlah dipangkuan tangan aku. esok matahari membawa kehangatan dan kasih sayang. esok matahari mengumpul membawa sinar untuk jiran-jiran. esok baba pulang membawa matahari bersinar dimatanya dan selendang untuk membuat anda panas di musim sejuk. engkau anak burung ( anak kecil ) dengan rambut hitam lembut semua orang suka anda dan mencium anda dan semua melihat anda seorang yang baik.



Selasa, 27 Disember 2011

Jadual Exam Aku.

JADUAL PEPERIKSAAN FASA 1
UNIVERSITI AL AZHAR
 KULIAH BAHASA ARAB KAHERAH
FAKULTI AM TAHUN SATU 2011/2012



9 / 1 / 2012 - ISNIN - ilmu lughah.
11 / 1 / 2012 - RABU - english.
14 / 1 / 2012 - SABTU - tarikh adab.
18 / 1 / 2012 - RABU - qaah bahas.
21 / 1 / 2012 - SABTU - fannul maqal.
24 / 1 / 2012 - SELASA - arud qafiyah.

Sabtu, 24 Disember 2011

Sabtu, 10 Disember 2011

Warna Kehidupan Adalah Warna Kasih Sayang.


malam ini aku berasa sedih dan sebak sangat-sangat. aku teringar arwah sepupu aku yang pergi tinggalkan aku setahun yang lepas " Noor Faiz Zuhaily". aku teringat kenangan-kenangan dengan arwah, yang paling aku tidak dapat lupakan adalah semasa eidulfitri 1432H aku pulang cuti musim panas tahun lepas. teringat kata-kata arwah yang teringin nak minum air kelapa ( ayaq nyok ) pada hari raya pertama semasa berkumpul keluarga ramai-ramai di rumah datuk dan nenek aku. tanpa tukar pakaian aku capai galah dan parang terus kait buah kat belakang rumah seorang diri. terus aku kupas dan panggil Faiz untuk minum bersama-sama. kemudian berceretik sepupu-sepupu aku yang lain datang minum besama.

kadang-kadang aku terngiang-ngiang suara Wa Afandi Senawi pangail arwah dengan nama "po0O0on", itu adalah nickname yang selalu dipanggil.

Sabtu, 3 Disember 2011

"Madad Madad" by The Burdah Ensemble - Official Video




aku tengok video ni kat ustaz Ahmad Kamal Yusoff .

susahnya nak ziarah orang susah


Orang sakit adalah orang yang lemah, yang memerlukan perlindungan dan sandaran. Perlindungan (pemeliharaan, penjagaan) atau sandaran itu tidak hanya berupa metarial  sebagaimana anggapan banyak orang, melainkan dalam bentuk metarial dan spiritual sekaligus.

Menjenguk si sakit ini memberi perasaan kepadanya bahawa orang di sekitarnya (yang menjenguknya) menaruh perhatian kepadanya, cinta kepadanya, menaruh keinginan kepadanya, dan mengharapkan agar dia segera sembuh. Faktor-faktor spiritual ini akan memberikan kekuatan dalam jiwanya untuk melawan serangan penyakit lahiriah. Oleh sebab itu, menjenguk orang sakit, menanyakan keadaannya, dan mendoakannya merupakan sebahagian dari pengubatan menurut orang-orang yang mengerti. Maka pengubatan tidak seluruhnya bersifat metarial (kebendaan).

Kerana itu, hadits-hadits Nabawi menganjurkan “menjenguk orang sakit” dengan bermacam-macam kaedah dan dengan menggunakan bentuk targhib wat-tarhib (menggemarkan dan menakut-nakutkan yakni menggambarkan orang yang mematuhinya dan menakut-nakutkan orang yang tidak melaksanakannya).

Diriwayatkan di dalam hadits sahih muttafaq ‘alaih dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi saw. bersabda,“Hak orang muslim atas orang muslim lainnya ada lima: menjawab salam, menjenguk yang sakit, membawa jenazahnya, mendatangi undangannya, dan mendoakannya ketika bersin.”

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ari, ia berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Berilah makan orang yang lapar, jenguklah orang yang sakit, dan tolonglah orang yang kesusahan.”

Imam Bukhari juga meriwayatkan dari al-Barra’ bin Azib, ia berkata, “Rasulullah saw. menyuruh kami melakukan tujuh perkara … Lalu ia menyebutkan salah satunya adalah menjenguk orang sakit.”



Apakah perintah dalam hadits di atas dan hadits sebelumnya menunjukkan kepada hukum wajib ataukah mustahab? 
Para ulama berbeza pendapat mengenai masalah ini.

Imam Bukhari berpendapat bahawa perintah disini menunjukkan hukum wajib. Sedangkan menurut Ibnu Baththal, “Kemungkinan perintah ini menunjukkan hukum wajib dalam erti wajib kifayah, seperti memberi makan orang yang lapar dan melepaskan tawanan; dan boleh jadi mandub (sunnah), untuk menganjurkan menyambung kekeluargaan dan berkasih sayang.”

Ad-Dawudi memastikan hukum yang pertama (yakni fardhu kifayah). Beliau berkata, “Hukumnya adalah fardhu, yang dipikul oleh sebahagian orang tanpa sebahagian yang lain.”

Jumhur ulama berkata, “Pada asalnya hukumnya mandub (sunnah), tetapi kadang-kadang boleh menjadi wajib bagi orang tertentu.”

Sedangkan ath-Thabari menekankan bahwa menjenguk orang sakit itu merupakan kewajiban bagi orang yang diharapkan berkahnya, disunnahkan bagi orang yang memelihara kondisinya, dan mubah bagi orang selain mereka.

Imam Nawawi mengutip kesepekatan (ijma’) ulama tentang tidak wajibnya, yakni tidak wajib ‘ain.

Adapun masyarakat secara umum, maka hukumnya sunnah muakkadah, dan kadang-kadang boleh meningkat menjadi wajib bagi orang tertentu yang mempunyai hubungan khusus dan kuat dengan si sakit. Misalnya, kerabat, tetangga yang berdampingan rumahnya, orang yang telah lama menjalin persahabatan, sebagai hak guru dan kawan akrab, dan lain-lainnya, yang sekiranya dapat menimbulkan kesan yang macam-macam bagi si sakit seandainya mereka tidak menjenguknya, atau si sakit merasa kehilangan terhadap yang bersangkutan (bila tidak menjenguknya).

Barangkali orang-orang macam inilah yang dimaksud dengan perkataan haq (hak) dalam hadits: “Hak orang muslim terhadap muslim lainnya ada lima,” karana tidaklah tergambarkan bahawa seluruh kaum muslim harus menjenguk setiap orang yang sakit. Maka yang dituntut ialah orang yang memiliki hubungan khusus dengan si sakit yang menghendaki ditunaikannya hak ini.

Disebutkan dalam Nailul-Authar: “Yang dimaksud dengan sabda beliau (Rasulullah saw.) ‘hak orang muslim’ ialah tidak layak ditinggalkan, dan melaksanakannya ada kalanya hukumnya wajib atau sunnah muakkadah yang menyerupai wajib. Sedangkan menggunakan perkataan tersebut -yakni haq (hak)- dengan kedua arti di atas termasuk bab menggunakan lafal musytarik dalam kedua maknanya, karena lafal al-haq itu dapat dipergunakan dengan erti ‘wajib’, dan dapat juga dipergunakan dengan arti ‘tetap,’ ‘lazim,’ ‘benar,’ dan sebagainya.”


Keutamaan dan Pahala Menjenguk Orang Sakit

Diantara yang memperkuat kesunnahan menjenguk orang sakit ialah adanya hadits-hadits yang menerangkan keutamaan dan pahala orang yang melaksanakannya, misalnya:

1. Hadits Tsauban yang marfu’ (dari Nabi saw.), “Sesungguhnya apabila seorang muslim menjenguk orang muslim lainnya, maka ia berada di dalam khurfatul jannah.”

2. Dalam riwayat lain ditanyakan kepada Rasulullah saw., “Wahai Rasulullah, apakah khurfatul jannah itu?” Beliau menjawab, “iaitu taman buah surga.”

3. Hadits Jabir yang marfu’, “Barang siapa yang menjenguk orang sakit bererti dia menyelam dalam rahmat, sehingga ketika dia duduk bererti dia berhenti disitu (didalam rahmat).”

4. Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah saw. Bersabda, “Barang siapa menjenguk orang sakit maka berserulah seorang penyeru dari langit (malaikat), ‘Bagus engkau, bagus perjalananmu, dan engkau telah mempersiapkan tempat tinggal di dalam syurga.”

5. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw. Bersabda, “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla akan berfirman pada hari kiamat, ‘Hai anak Adam, Aku sakit, tetapi kamu tidak menjenguk-Ku.’ Orang itu bertanya, ‘Oh Tuhan, bagaimana aku harus menjengukMu sedangkan Engkau adalah Tuhan bagi alam semesta?’ Allah menjawab, ‘Apakah kamu tidak tahu bahwa hamba-Ku si Fulan sedang sakit, tetapi kamu tidak menjenguknya? Apakah kamu tidak tahu bahwa seandainya kamu menjenguknya pasti kamu dapati Aku di sisinya?’ ‘Hai anak Adam, Aku minta makan kepadamu, tetapi tidak kamu beri Aku makan.’ Orang itu menjawab, ‘Ya Rabbi, bagaimana aku memberi makan Engkau, sedangkan Engkau adalah Tuhan bagi alam semesta?’ Allah menjawab, ‘Apakah kamu tidak tahu bahwa hamba-Ku si Fulan meminta makan kepadamu, tetapi tidak kau beri makan? Apakah kamu tidak tahu bahwa seandainya kamu beri makan dia niscaya kamu dapati hal itu di sisiKu?’ ‘Wahai anak Adam, Aku minta minum kepadamu, tetapi tidak kamu beri minum.’ Orang itu bertanya, ‘Ya Tuhan, bagaimana aku memberi-Mu minum sedangkan Engkau Tuhan bagi alam semesta?’Allah menjawab, ‘Hamba-Ku si Fulan meminta minum kepadamu, tetapi tidak kamu beri minum. Apakah kamu tidak tahu bahwa seandainya kamu memberinya minum niscaya akan kamu dapati (balasannya) itu di sisi-Ku?”

6. Diriwayatkan dari Ali r.a., ia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Tiada seorang muslim yang menjenguk orang muslim lainnya pada pagi hari kecuali ia didoakan oleh tujuh puluh ribu malaikat hingga petang hari; dan jika ia menjenguknya pada petang hari maka ia didoakan oleh tujuh puluh ribu malaikat hingga pagi hari, dan baginya kurma yang dipetik di taman surga.” (HR Tirmidzi, dan beliau berkata, “Hadits hasan.”)

Sumber : Fatwa-fatwa Kontemporer (Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

Mengulas seidikit sebanyak tentang tradisi menjenguk orang sakit yang semakin menghilang dalam generasi anak muda kini amatlah membingungkan. " tak suka pergi hospital", "tak berapa kenal buat apa nak jenguk", " tak cukup masa" dan pelbagai lagi alasan yang tumbuh. Seakan sudah hilang rasa tanggungjawab yang telah ditetap oleh ALLAH S.W.T kepadanya. Semoga syawal yang mulia ini mampu memupuk minat ziarah dalam kalangan anak muda bukan sahaja ketika mereka sakit, malahan ketika sanak saudara dan sahabat handai masih sihat.

Rabu, 30 November 2011

welcome disember ~

its disember ~
cepatnya masa berlalu. terasa macam baru masuk tahun 2011. tengok-tengok sekarang penghujung tahun 2011 bulan disember. sudah  tidak panjang lagi masa untuk menghadapi exam semester ini.

banyak yang dipelajari dengan membaca. aku tamak bila tiba soal membaca kerana aku tahu, semakin banyak aku membaca, semakin banyak benda yang aku jumpa, dan semakin jahil rupanya aku yang kekurangan ilmu. maka, dengan membaca, aku belajar lebih banyak dalam menampung pengetahuan aku yang sempit.





Sabtu, 26 November 2011

layakah aku mengucapkan lafaz sakinah itu.


1 MUHARRAM 1433 ~ cepat sungguh masa berlalu.
26 /11 / 2011 selamat hari lahir aku ucapkan untuk Baizuliana Baharom 


-@#$%! ~ kalau cinta itu datang kerana Allah, sejauh  mana pun pergi, kita akan dapat balik. kalau cinta itu kerana nafsu suka-suka, mula-mula memang sakit, lepas itu tiada apa-apa... ingin aku bertanya kata-kata yang tertulis pada empuya diri ini

Salam Awal Muharram semua, semoga yang terbaik menjadi milik kalian semua. 


PENGORBANAN
satu kalimah yang tidak asing, semua orang selalu memperkatakan. sebenarnya dalam  hidup ini kita akan selalu berkorban. terpaksa mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lain. disebalik pengorbanan, insha.Allah terselit kemanisan yang dapat dirasai oleh jiwa yang berkorban. tetapi pernahkah aku berkorban atau membuat pengorbanan ??? aku memikir dan tertanya seorang diri apa pengorbanan yang kau telah lakukan ??? 

TAHNIAH.
tahniah buat sahabat yang melangsungkan majlis pertunangan.
tahniah buat sahabat - sahabat yang sudah bergelar isteri ataupun suami.
tahniah juga buat sahabat - sahabat yang sudah bergelar ummi ataupun abah.
tahniah buat sahabat-sahabat yang menamatkan pengajian dengan cemerlangnya.


 -@#$%! ~ proses pembelajaran aku tidak akan berhenti dan aku sememangnya masih ragu-ragu dengan keputusan dan pilihan aku sendiri . istilah kesal tidak wujud dalam diri kerana aku percaya, perjalanan itu perlu sampai ke destinasi.


NOTA KAKI ~  aku ingin memohon doa paling tulus agar mereka yang sentiasa berada di sisi aku hidup baik-baik dan gembira sahaja. mendoakan diri agar dijauhi dengan situasi yang menduga. aku ingin melangkah lebih jauh dalam memperbaiki cara kehidupan dan juga sahsiah diri. moga ianya disambut dengan senyuman, dilalui dengan penuh redha dan tabah demi apa yang dipanggil kejayan.

Isnin, 14 November 2011

kutub sittah

Kutub Sittah ertinya buku-buku yang enam. Buku yang enam tu apa? Kitab-kitab yang secara rasmi di iktiraf sebagai Kutub Sittah ini ialah Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Jami’ Tirmizi, Sunan Nasai’e dan Sunan Ibn Majah.



Kesemua kitab ini merupakan kitab yang mengumpulkan hadith Rasulullah saw.



1. Kitab Sahih Bukhari dikarang oleh Abu ’Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Bukhari. Imam Bukhari merupakan Amir al-Mukminin di dalam bidang hadith. Selain Sahih Bukhari Imam Bukhari menulis juga karya-karya lain.



Nama penuh Sahih Bukhari ialah: ”Al-Jami’ al-Sahih al-Musnad min Hadith Rasulillah sallallahhu ’alaihi wa sallam wa sunanihi wa ayyamihi.”



2. Sahih Muslim pula dikarang oleh Imam al-Hafiz Abu al-Husin Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi al-Nisaburi.



3. Sunan Abi Daud dikarang oleh Abu Daud Sulaiman bin al-Asy’ath bin Ishaq bin Basyir bin Syaddad al-Azdi al-Sijistani. Beliau merupakan al-Imam Syaikh al-Sunnah Muhaddith Basrah.



4. Abu ’Isa Muhammad bin ’Isa bin Surah bin Musa bin al-Dhahhak al-Tirmidhi mengarang Jami’ Tirmidhi. Imam Tirmidhi memiliki banyak karya lain juga.



5. Kitab Sunan al-Nasai’e ditulis oleh al-Imam Abu ’Abd al-Rahman Ahmad bin Syua’ib bin ’Ali bin Bahr al-Nasai’e. Kitab Sunan ini juga dikenali sebagai Sunan al-Mujtaba.



6. Sunan Ibn Majah, rangkaian kitab Sunan Sittah ditulis oleh Abu Abdillah Muhammad bin Yazid bin Majah. Beliau juga dikenali sebagai Ibn Majah al-Quzwini.

Jumaat, 4 November 2011

apa yang penting ??? kerja gila.

‎1 / 11 / 11 berlalu seperti biasa,
21 / 11 genap 2tahun,

aku sudah dimarahi berbaldi-baldi. aku hanya mampu menahan telinga mendengar leteran yang tidak akan terhenti selagi aku masih di rumah batu berwarna kuning itu. sakit dan aku keseorangan. ya, memang sudah kembali keseorangan..

aku sedang mengumpul kekuatan menghadapi hari yang mendatang kerana impian yang telah dicoretkan di atas laluan telah menunjukkan perkara yang dimahukan. bila kebenaran mula terserlah, jangan pernah biarkan diri terhijab dengan kesilapan yang sama.

kelmarin jumaat.
hari ini masuk sabtu.
esok hari ahad, hari 'eid adha.
tiga minggu ini yang sungguh menyemakan kepala. pelbagai ragam yang terjadi. moga sempena 'eid adha ini dapat mengeratkan ukhuwah silaturahim diantara aku dan juga KPP (keluarga pelajar-pelajar perlis). segala apa yang terjadi sebelum ini sebagai pengerat hubungan.

AIDILADHA 1432H.
untuk tahun ini, Alhamdulillah masih dapat beraya bersama-sama teman di perantauan. mungkin raya haji ini terakhir di sini . jesteru itu, terasa ingin melakukan perubahan tahun ini antaranya mahu pergi solat awal supaya tidak terkejar-kejar dan berebut saff seperti tahun-tahun sebelumnya.



Rabu, 5 Oktober 2011

maaf - rasa mahu tutup hati ini menjadi peribadi.


hidup ini penuh ragam-ragam disisi manusia. bila aku pertaruhkan kehidupan yang aku sayangi pada tempat yang salah, kesakitan yang aku terima sebelum ini sungguh memeritkan. hidup ini hanya sekali dalam hayat, itu yang aku bisikan dihati aku sendiri. apabila aku meletaknya ditempat yang salah, aku melakukan kesilapan dan aku mahu kembali bangkit memperbetulkan kembali apa yang sudah terjadi sebelum ini. aku ingin bernyawa dgn tenang. 

aku buka hati ini pada orang yang salah. aku cuba berikan yang terbaik pada manusia yang aku sangka ditakdirkan untuk aku walaupun akhirnya benda yang diimpikan langsung tidak terjadi. tetapi, aku cuba anggap ianya satu masalah sebenarnya. aku  bertanggungjawab membuka hati aku ini, maka aku harus mengambil usaha menutupnya kembali. kuasa itu berada pada diri aku.

terima baik dan buruk.
pernahkan sebelum ini aku membuka hati dan menyerahkannya kepada seseorang demi memulakan hubungan, aku telah melihatkesan baik dan buruk yang datang secara pakej apabila aku menerimanya dalam hidup aku. selalunya manusia akan terlepas pandang perkara sebegini dan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat apabila benda yang istimewa telah bertukar menjadi duka bagi diri aku

cinta...
satu perasaan yang istimewa ini seperti dadah sebenarnya. dalam kuantiti yang kecil ianya tidak memberi sebarang erti. dalam kuantiti yang sederhana dan berpatutan ianya memberi kebaikan dan kesenangan sepertimana ubat. tetapi, apabila dalam kuantiti yang terlampau banyak dan berlebihan ianya bakal memudaratkan. ini cuma pandangan peribadai aku berdasarkan pengalaman sebelum ini.

banyak hubungan berakhir walaupun sebenarnya ianya tidak perlu berlaku. manusia sebenarnya memang suka membiarkan emosi dan sifat ego menguasai sehingga hilang pertimbangan. dalam satu ketika, nafsu marah memuncak, ego mencanak, emosi menerajang sehingga sendiri akan lupa diri. keputusannya ??? bila tersedar dan tersentak baru akan menyesal sendiri. jangan membiarkan sesuatu yang indah itu hilang begitu sahaja akibat kelalaian diri.

- @#$%!      bila hati ini sudah rosak ianya akan menjadi keras, tertutup dan dingin. sekarang ianya memerlukan usaha yang kuat untuk membuka kembali dan menjadi panas semula. tetapi sekali peluang diberi dan dikhianati mungkin ianya akan tertutup selamanya selepas ini.


aku nak kahwin dengan ???


seorang kawan datang memberitahu aku sewaktu berbicara serdua-duaan di malam hari, 
" aku seorang lelaki. aku ingin berkahwin. aku nak kahwin dengan wanita yang muda dari aku... yang bertudung labuh dan tidak mahu yang berasal dari kelantan " 

bagi aku... aku xambil kisah lansung mengenai kelantan kerana bagi aku manusia itu sama sahaja. status negeri bukanya menjadi penentu kebahagian sebuah keluarga yang bakal terbina nanti.

sebenarnya kurang tepat dalam memberi kriteria sebegini dalam pemilihan calon. bagi aku yang pentingnya sekarang ini adalah si dia itu adalah orang yang bertuah kerana membuat kita jatuh cinta. memakai tudung labuh bukan faktor wanita itu adalah wanita yang terbaik di pandangan mata kita ini. bagi pandangan mata aku adalah wanita yang menekankan berpakain menutup aurat dan bukanya wanita yang bertudung labuh. satu  lagi sifat yang jarang dimiliki oleh wanita ialah sifat malu. kadang-kadang ramai yang menutup aurat tetapi tidak ada sifat malu. bercakap dengan nada yang kuat semasa berbicara, suka bergurau senda dengan budak-budak lelaki yang lain dan ramah dengan mana-mana lelaki yang ditemui.

aku sekarang ini lebih suka mengambil sikap memerhati dari semasa ke semasa supaya aku boleh mengemaskini kelakuan wanita. pakaian hanya luaran sahaja. aku tidak boleh menilai tahap pemikiran seseorang itu dengan melihat buah fikirannya semasa bercakap di dalam kelas atau di luar kelas. menutup aurat sahaja tidak mengcukupi jika tahap pemikiran masih lagi kebudak-budakkan dan tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri.

" cinta jangan dicari, biar ianya datang sendiri... kelak nanti pedih tak terperi... melihat cinta yang dicari... bukan yang dimimpi... melihat si dia yang berlagak ngeri dan aku ditinggal sepi dan sendirian "


- @#$%! aku jauh ditinggal sepi.

Isnin, 3 Oktober 2011

bila nak kahwin ???


Bila baca status FB rakan-rakan yang lain semenjak dua menjak ini tiada berita yang terkini, melainkan cerita kahwin yang dibangkitkan oleh Sharzwani Akmal. Rasanya idea status of mind dalam FB tercetus mungkin disebabkan oleh beberapa orang rakan telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Aku hanya mula berfikir mengenai perkahwinan semasa ditahun pertama pengajian. Itu pun selepas terjadi perkara yang di luar kotak fikiran semasa umur masih mentah lagi. Sekarang ini aku berfikir yang aku mungkin akan kahwin selepas habis belajar dan bukanya semasa belajar sekarang ini. 

Fenomena ingin berkahwin ini hanya berlaku apabila melihat teman berkahwin. Bagi aku itu adalah perkasa biasa. Mungkin ianya hanyalah sementara sahaja di kotak fikiran orang muda, selepas itu... bila merasa ingin berkahwin biarlah ianya datang dari dalam diri ini bukanya dari orang lain.

Sekarang ini aku cuba mengubah segala-galanya yang terdapat dalam kotak fikiran aku. Sedang menasihati diri aku ini yang lemah supaya dapat menamatkan pelajaran aku ini dalam masa empat tahu dari sekarang walaupun aku sudah ketinggalan tiga tahun yang lalu dengan ragam kehidupan dunia. Aku cuba  ingin bekerja dahulu sebelum mengambil keputusan untuk berumahtangga, sekurang-kurangya mas kahwin datangnya dari hasil penat lelah aku sendiri. Cincin kahwin itu datangnya dari pilihan dan kocek poket aku sendiri. Moga ini berlaku akan dapat kepuasan diri dan keyakinan untuk mengdapat penghormatan dari isteri dan keluarga isteri yang kau mampu untuk berdikari dan mempunyai kematangan diri untuk membentuk sebuah keluarga.

- @#$%!     psssttt... cuti panjang berada di penghunjung, moga hati ini terus tenang.

Sabtu, 1 Oktober 2011

wijdan.


wijdan...
bukan untuk ku minta belas kasihan atau menaruh harapan atau meminta simpati dari wijdan. tapi apa yang ku tulis ini semua adalah dari hati ku sendiri sebenarnya.

wijdan... ku minta maaf, ku tidak pandai untuk berkata-kata, ku tidak pandai untuk menulis. maaf, bila wijdan baca sampai tidak faham sebab ayatnya mungkin berbelit-belit. ini yang hati ku katakan. cuma ku tidak tahu macam mana cara untuk ku berbicara dengan wijdan apabila ku berdepan dengan wijdan sebelum ini.

wijdan...
ku nak minta maaf dari wijdan bila ku marah wijdan, ku berkasar dengan wijdan, ku emosi dengan wijdan, ku pegang atau sentuh wijdan tanpa niat dan ku minta maaf atas segala-galanya dari wijdan walaupun ada yang tidak tertulis atau ku tidak ingat. ku minta halal makan, minum, duit, harta benda wijdan dari hujung rambut sampai kuku ibu jari kaki. termsuk darah merah yang mengalir dalam tubuh ku ini.

ku minta maaf sebab tidak jaga telefon wijdan seperti mana ku tidak jaga perhubungan dengan wijdan. ku cuba jaga sebaik-baiknya tetapi ku telah gagal. entahla ku tidak reti nak terangkan secara mudah supaya wijdan dapat memahaminya. apa yang boleh ku katakan, telefon wijdan rosak ku kehilangan wijdan.

moga wijdan bahagia selamat sihat sejahtera ku doakan di dunia mahupun akhirat. jaga diri wijdan sebaik-baiknya, jaga kesihatan wijdan. apa yang ku tidak tulis atau ku ceritakan pada wijdan biar ku seorang diri yang simpan semuanya. terima kasih wijdan untuk segala-galanya. ku minta maaf.

Jumaat, 16 September 2011

kepimpinan dan usrah ???


definasi usrah.
dari segi bahasa - perkataan usrah ( bahasa arab ) bermaksud keluarga. kamus dewan bahasa edisi ketiga menyatakan, usrah ialah perkumpulan yang melibatkan kegiatan seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk dan sebagainya.

dari segi istilah - usrah kelompok manusia yang beriman dan berusaha tolong menolong sesama sendiri untuk memahami dan menghayati islam, berusaha mempertingkatkan ilmu dan amal, dan menghindari maksiat dan permusuhan berdasarkan firman Alah.
( maksudnya ) :- bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolong berbuat dosa dan anaiya dan takutlah kepada allah. sesungguhnya allah sangat keras seksanya. ( al-maidah, 5 : 2 )

tujuan usrah.
adalah menghubungkan diri dengan allah, merapatkan ukuwah islamiah dan kejiranan, memelihara dan menghubungkan diri sesama manusia dan alam, mendalami fardu ain, meluaskan fahaman terhadap islam dan memberi galakan dan bimbingan dalam ibadah kepada generasi muda,

apa yang dilakukan dalam usrah pada permulaannya ialah berkenalan (taaruf) iaitu mengenali sesama sendiri dan berkasihsayang dengan semangat cinta kepada allah. seterusnya  dengan bersefahaman (tafahum) iaitu bersefaham dalam memahami dalam diri manusia itu sendiri

Khamis, 15 September 2011

aku bukan seorang pelakon.


aku cuma manusia biasa yang lemah. walaupun sekeras mana hati aku ini masih ada bahagian yang lemah disisi aku. aku cuba meletakkan kejujuran aku di tannga pertama dalam pembinaan kasih sayang antara kita berdua. bila kejujuran aku tidak dapat digapai walaupun kesilapan yang aku lakukan sebesar zarah. aku terus mengalah, tetapi bukan beerti aku telah kalah. aku cuma gagal dalam memegang amanah yang terbina dalam mempertahankan kasih sayang ini.

aku cuba mengundur diri supaya melihat manusia di sisi aku mengukir senyuman kegembiraan. melarikan diri sejau mungkin agar manusia di sisi aku menemui kebahagian.

aku senyum sendirian melihat manusia di sisi ini mengingatkan aku bahawa walaupun zaman telah berubah tetapi manusia kadangkala tidak akan melepaskan benda yang digelar kasih sayang. hidup ini penuh dengan amanah dan tanggungjawab.

aku pernah terjatuh.
ada kesan parut yang tinggal daripada terjatuh itu. tetapi parut itu bukan kesan sebagai tanda peringatan betapa sengsara dan sakitnya aku, tetapi ianya sebagai peringatan supaya aku kuat menghadapi dan melalui kesakitan yang terdahulu. 

kadangkala aku kena lalui hidup ini dengan mengetapkan gigi dan ukir senyuman sedaya upaya. bukan itu menjadikan diri ini lebih dari manusia yang lain, cuma, hidup dalam dunia ini bukan ada aku sahaja. jika ingin kembali berpaling dan merasai sesuatu yang tidak mampu diterjemahkan, mari bersama berbincang supaya ada jalan penyelesaian dan bukan semakin jauh meninggalkannya.

Rabu, 14 September 2011

siapalah aku sebagai manusia


diri aku bukan mudah sebenarnya untuk merelakan sesuatu yang sudah ditanam jauh ke dalam untuk dikorek kembali oleh orang-orang disekeliling aku yang langsung tidak dikenali mahupun mengenali. bila menyebut satu nama yang boleh membuatkn aku terfikir, wanita itu mengajar aku banyak benda tentang hidup walaupun kehadirannya hanya bersifat sementara dalam pelbagai ertai kata. kasihsayang, cinta dan anehnya, sakit dan benci juga cuma sekejap.

aku perlukan masa yang lama untuk  menjalinkan perhubungan dengan manusia yang lain. bukan hanya pada percintaan tetapi pada perhubungan persahabatan dan sebagainya. tidak perlu masa yang panjang untuk mencipta kenangan tetapi perlukan masa yang panjang untuk memusnahkan sebuah kehidupan dan impian. diri aku mungkin bertuah dalam masa minit pertama dan mungkin derita akan menyusul untuk minit yang berikutnya. diri aku tidak dapat menduga apa yang akan berlaku hatta satu saat yang akan aku lalui.


- @#$%!   aku pernah terjatuh.
ada kesan parut yang tinggal daripada terjatuh itu. tetapi parut itu bukan kesan sebagai tanda peringatan betapa sengsara dan sakitnya aku, tetapi ianya sebagai peringatan supaya aku kuat menghadapi dan melalui kesakitan yang terdahulu.

Selasa, 13 September 2011

cinta memang tidak pernah mati, tetapi manusia akan mati.


pernah berbicara dengan rakan aku di arau cafe kaherah mengenai cinta. cinta pertama itu segalanya yang akan menjadi kepada cinta seterusnya jika cinta yang pertama itu gagal. ada mungkin juga cinta pertama itu akan berkekalan sehingga ke akhir hayat bersama dengan manusia yang telah ditakdirkan jadi milik kita. itu cuma pendapat aku dan rakan aku bila berbicara, masing-masing ada pendapat atau pandangan tersendiri. tetapi, apa salahnya mulakan hidup baru jika cinta pertama itu gagal dan pasangan ( bekas pasangan ) telah dapat mulakan hidup baru. 

tidak ada ruginya walaupun berbuat baik pada diri sendiri. moga dapat berikan peluang untuk diri aku supaya dapat mengecapi bahagia. salahkah aku cuba mengecepi kebahagiaan tatkala orang aku pandang sudah mengalihkan tumpuan kepada tanggungjawab dan amanah yang dia kendong atas impian dia sekarang ini ??? dengan tidak melupakan kenagan lalu  telah membuat aku menyeksa cinta baru yang sedang memerhatikan dengan penuh kedukaan. aku tidak mahu kesengsaraan mengekori kehidupan aku sepanjang usia ini. 

diri aku pernah berkongsi perasaan kepada manusia yang pernah berkongsi rasa dan cinta ini. aku cuba bertanya diri aku sendiri ini, apakah pernah berusaha ??? memberikan tumpuan kepada perkara yang lebih utama ??? cinta itu memang tidak pernah mati, tetapi manusia itu yang akan mati. ini yang patut aku cuba tanamkan dalam hati.

- @#$%!  masih mahu terus mencari, berhenti atau menanti ??? aku yang tentukan sendiri. dunia ini tidak seindah syurga. aku cuma ada dua perkara, senyum dan ketawa walaupun ianya bakal memusnahkan ketabahan dan kekebalan yang terbina sejak dahulu lagi.

Isnin, 12 September 2011

hati kering tak dapat dikekalkan untuk beberapa perkara.


masa bukan pengukur sesuatu perhubungan ???
persahabatan dan percintaan dua perkataan yang amat berbeda maksud. ianya dipisahkan oleh garis yang amat halus. jangan terlajak mengangap persahabatan dan perkenalan terlampau lama itu didefenasikan akan membawa kepada percintaan walaupun hakikatnya tidak. cuba logikan akal luaskan pemikiran dalam kehidupan ini. ada yang telah berkenalan lama sehingga membuahkan bibit percintaan walaupun akhirnya terlerai akhirnya da kembali kepada persahabatan. iti boleh dikatakan bernasib baik kerana masih boleh berhubung. ada kemungkinan akan kehilangan kedua-duanya sekali, percintaan dan persahabatan tidak dapat dikekalkan dalan hati ini. ada juga yang bercinta dengan sahabat baik dapat  mendirikan perkahwinan. takdir manusia lain-lain, itu yang telah ditetapkan oleh-Nya.

senyum seorang diri dimalam ini.

berusaha menghadapi semua ini dengan hati terbuka, usah terlalu memikirkan atau menumpukan kepadanya. cuna larikan  tumpuan ini kepada perkara yang lain, diri ini boleh melakukannya. agar diri ini mempunyai ruang untuk berfikir apa yang terbaik untuk kehidupan ini. bagaikan seorang guru memberikan nasihat kepada sekempulan pelajar di dalam kelas seperti mana diri aku ikuti semasa di sekolah dahulu. solat istikharah (bagi mendapatkan petunjuk dan sebagainya) tetapi tidak lapangkan dada dan fokus hanya mahukan orang yang disukai, maka kadangkala petunjuk yang kita dapat sebenarnya disebabkan keinginan dihati yang berlebihan dan tidak mahu menerima kalau ada perkara yang lain muncul. 

aku tarik nafas, ada benar semua ini omel hati aku sendirian.

cinta sejati tidak akan datang dengan mencari pasangan yang sempurna, tetapi belajar dengan melihat pasangan yang tidak sempura itu sebagai sempurna.


Sabtu, 10 September 2011

kekal atau lari bila bermasalah ???


tidak semua apa yang aku mahukan atau impikan akan aku gapai dengan mudah. kadangkala kegembiraan yang berada di hati ini membuatkan aku berasa seronok dengan penuh bahagia walaupun aku menyedari ianya hanya sementera. aku cuba berpegang kepada prinsip, setiap orang perlu bergembira, layak menikmati gembira dan mampu untuk ketawa.

dalam satu peringkat, aku mungkin akan menemui hubungan yang bermasalah dengan pasangan. bukan setakat cinta antara lelaki dengan perempua, malahan juga termasuk dengan hubungan keluarga, rakan sekerja dan sebagainya. aku tidak mahu melihat sesuatu yang sangat menakutkan dan disitu aku mula melihat ujian yang kecil yang boleh membawa kepada malapetaka yang tidak dapat aku bayangkan dengan benak minda jika ianya terjadi di masa akan datang.

mungkin disaat itu aku akan terhantuk dan tertanya-tanya ??? - apakah bila sesuatu sehubungan itu berantakan, apa yang perlu aku lakukan ??? adakah cuba kekal disamping mereka ataupun lari sahaja dari masalah yang mungkin akan menjejaskan diri aku ini ???

pilihan itu ada ditangan aku...

- @#$%! hidup ini kita yang tentukan, jangan pernah berharap dengan orang lain yang akan membuat keputusan untuk diri aku ini.

penatnya pertahankan cinta ini. lepaskanlah ???


tahun pertama >>>
aku terjumpa gambar ni sewaktu membelek xternal hard disk aku yang sudah berabuk. rindunya aku pada diri aku yang begitu. diri ini kadang kala kuat dan sentiasa tersenyum, kadang kala sedih dan menangis tanpa memikir apa kesan pada diri sendiri ini. lebih kepada berdikari dan cuba menjaga hati manusia disekeliling aku. masa diri aku ini cuba dihabiskan dengan membaca, memasak di arau cafe kaherah, mengikuti usrah, kuliah-kuliah terbuka dan sebagainya. kadang kala aku mula sibukan diri aku dengan tuntutan kerja dan program yan menimbun. aku mula kehilangan semua itu bila aku tersilap langkah memilih dalm hidup ini. tapi aku tidak mahu salahkan sesiapa kerana diri aku yang patut salah dalam hal ini. alasan sebenarnya, kerana saat itu diri aku sudah lemah dan terpaksa memilih kesihatan diri yang merosot secara tiba-tiba. demi diri sendiri, aku jauh dari mereka yang aku sayangi dan mengejar duniawi.

tahun kedua >>>
setahun selepas itu inilah gambarnya. sakit dan dihimpit kesusahan, tetapi aku masih tegar mengukir senyuman dan berusaha kuat untuk diri sendiri dalam menghadapi kehidupan ini. perubahan masih belum nampak dengan jelas dalam diri ini. cuma yang pasti aku cuba memburu setiap apa yang aku mahukan dengan berusaha segigih mungkin mengejar cita-cita ataupun angan-angan aku dambakan. satu persatu cuba aku tempuhi 2untuk berjaya dan aku sedar, disitu aku mula berusaha menikmati saat tamat belajar. apakan daya diri aku ini yang lemah, tahun kedua aku ini masih seperti di tahun pertama.

tahun ketiga >>>
ada seorang teman yang menyatakan kepada aku, dia menyukai aku yang dahulu. diri aku yang sebelum ini. bukan suka dalam erti kata menyintai, tetapi istilah menyenangi diri aku yang terdahulu. aku yang lama mungkin seorang diri, tiada sesiapa disisi tetapi seorang yang pendiam yang kadang kala petah berbicara. diri aku masih suka ketawa dan ceria bersama-sama orang di sekeliling walaupun hati ini yang sedih kadang kala terpaksa berlakon gembira demi menjaga semua pihak yang berada disisi aku. aku cuba mempertahankan prinsip yang tersimpang di dalam diri aku walau 1 prinsip yang aku cuba pegang selama ini telah gagal. moga allah ampuni dosa diri aku ini yang hina.

adakah diri aku yang hari ini telah banyak berubah ??? terlalu banyak sehingga aku mungkin tidak dapat mengenali siapa diri aku yang sebenarnya. aku biakan kesakitan memenuhi dalam diri demi menjaga manusia yang berada disamping aku. aku cuba kuatkan diri ini dan mengajar diri ini menjadi tabah dan berdikari kerana aku sudah punya kudrat untuk mencari rezeki. kelemahan aku cuba tutup dengan senyuman dan gelak ketawa walaupung disulami dengan kepahitan yang tersekat di salur pernafasan penyambung nyawa. senyum aku, demi memastikan manusia di sisi aku dapat merasa bahagia bersama-sama.

dan untuk hari ini aku cuba bangun, aku masih xdapat lagi. aku cuba menjadi manusia beku yang melawan kesakitan dan cuba bangkit menelan kepayahan demi menjadi diri aku sendiri. akut takut lemah dihadapan manusia lain.

aku bagaikan ceritera atau hikayat lama yang sering digelar katak yang hodoh. aku tidak dapat bertukar menjadi seorang petera raja yang megah, kerana aku tetap akan kekal menjadi sekor katak. cuma yang pasti, aku sedang berusaha kuat untuk berubah walaupun perubahan itu mungkin memusnahkan diri dan sedikit apa yang aku cuba pertahankan selama ini. betapa rindunya kepada diri aku yang terdahulu. 

boleh engkau cuba maafkan manusia yang kini bernama zuri ??? topeng baru dicipta agar aku mampu melunaskan segala kepahitan dan mengantikan dengan senyuman yang wajar dan bahagia.  mungkin aku akan menangis melihat engkau yang kini, meraung melihat engkau yang mula berkelubung seperti dahulu, tetapi ketahuilah didasar hati aku tidak ada sesuatu yang pernah berubah. aku masih seperti dahulu, cuma luaran sahaja yang berubah mengikut pemahaman yang gila-gila.