Sabtu, 18 Disember 2010

perkongsian rasa hati


bila tidak menyukainya, menyebutnya sebagai bebanan. bila tidak serius dengannya, menyebutnya satu permainan. bila tidak memilikinya, menyebut satu impian. bila tidak mendambakannya, menyebut satu takdir.

adakalanya...
ALLAH,  sememangnya mengetahui yang terbaik tetapi diberi kesusahan untuk menguji aku.
adakalanya...
melukai hati, supaya nikmat cinta itu lebih dihargai.

bila aku kehilangan. pasti ada alasan disebaliknya. alasan yang terlalu sulit untuk diertikan. namun aku tetap harus percaya bahawa ketika ALLAH menguji aku dengan wijdan dengan mengambil sesuatu. aku harus bersedia untuk hadapi apa yang terjadi dimasa akan datang, moga ianya lebih baik untuk aku dengan wijdan bersama.

kenapa harus sesuatu cinta itu mengambil masa ???
kerana... walaupun aku ingin membuat satu keputusan, aku tidak ingin tergesa-gesa. kerana... walaupun keputusan itu tergesa-gesa, aku tidak ingin membabi buta. kerana... walaupun aku ingin segera bersama wijdan, aku tidak ingin sesat bersama dan tidak mahu kehilangan arah hala tuju dalam proses pencarian bersama.

aku ingin berlari, aku perlu belajar berjalan dahulu. aku ingin berjalan,  aku perlu belajar merangkak dahulu. aku ingin berenang, aku perlu belajar mengapung dulu. aku ingin dicintai, aku harus belajar mencintai dahulu. belajar mencintai yang satu.

aku tidak mahu tergesa-gesa mencari orang yang aku inginkan. aku tidak mahu menimbang untuk memilih apa yang ada. aku hanya menerima orang yang aku cintai dengan tidak memuaskan diri aku dengan apa yang ada. aku hanya mencintai orang yang aku cintai dengan menghargai diri dia dengan sebaik-baiknya. aku cuba bersabar untuk mencari yang terbaik kerana sesungguhnya hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan.

tiada bunga yang mekar semalaman,
tiada kota yang boleh terbina dalam sehari,
inikan kehidupan yang perlu dikandung dahulu selama sembilan bulan,
cinta agung perlu disemai dan didewasakan bersama kehidupan,

sesuatu perkara yang indah dalam hidup ini tidak terjadi dalam sekelip mata. adakalanya perlu mengambil masa yang lama tetap akan aku tunggu. harap segala penantian itu tidakkan sia-sia. walaupun penantian itu memerlukan - keimanan, kesabaran, keberanian dan pengorbanan - penantian yang diberkatiNya menjanjikan satu cinta indah yang tidak terbayangkan.

Khamis, 16 Disember 2010

pemberian tanda sayang

berusaha dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata... kerana semakin tinggi keikhlasan didalam diri semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam kedaan sedar mahupun tidak sedar.


kita mahukan coklat mereka belikan.
kita mahu mainan mereka belikan.
kita mahu baju mereka belikan.
kita mahu kasut mereka belikan.




Selasa, 14 Disember 2010

exam hampiri...


walaupun x suka tapi aku nak cuba...
sudah serik dengan kisah lalu...
tapi kejayaan datang bukan dengan cara yang mudah...
Ya Allah...
bantulah aku yang lemah ni...

LA TAHZAN my.dear



AIRMATA...
ada  kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih-buih kekecewaan yang akan menghimpitkan perasaan dalam kehidupan ini.

TANGIS... 
adalah basahan kehidupan. hidup kita dimulakan dengan tangis dan diakhiri dengan tangis. manusia sentiasa dalam dua tangisan.
tangisan pertama - titisan para syuhada.
tangisan kedua - titisan airmata yang jatuh kerana takutkan Allah.

" boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi mu "

" menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari "







Isnin, 13 Disember 2010

Kesedapan teramat sedap --- GO ALONG LIVING IN cairo AND alexandria



attention to AMIRA ZAKIAH MALEK dont jeles with me


huuhuhuh... time tgh updte blog ni suhu skrng 10-14°C.
telah mencabar kewibaan diri aku sebagai seorang pelajar, 
tapi semasa ribut pasir masa ari jumaat-sabtu-ahad, suhu mencapai 4-12°C.
tergoda aku dibawah lihaf.



THE BEST IN EGYPT
tempat yang besh aku makan dengan khairulzaman, huzaifah dan ibrahim lepas shoping hardware computer and  laptop baru di ROKSI...
xtahu ade ke x d malaysia ni???
ini dalam bahasa arab...
 bila di terjemah ke english bunyi macamni " chicken tikka " 
kalau dalam bahasa melayu lak " ayam tikka "


dinner plate... price, EGP40.00-60.00



ni panggil ape tah ??? lupa lak... 1 plate klau x silap harga xlebih dari EGP10.00



ini pun da besh... sedap tu












NEXT...
cake my favorite
tapi lebih suka chocklet cake yang di buat oleh sesiapa yang penah buat untuk aku.
terima kasih kepada :- azizah aziz ( pah punya awek), zainab burhanuddin (isteri pak.koq),
azlena ali raman (umo dah tua tp x panggil akak pun) yang penah buat cake utk aku.
harap2 ikhlas ye cake tu.
still menanti cake dari mahir rahman dan nur sakinah.

ni cake beli time sambut ulang tahun kelahiran husna ibrahim.
sorry una, zuri beli dan xmam cake dgn una tapi una...
zuri mam cake ni dgn nana gebu-dhiah.
una jangan jeles ye sbb xleh mam cake ni.

selamat hari lahir husna ibrahim
ini husna ibrahim























bila musim  sejuk datang la...
STRAWBERRY @ FARAWALLAH
farawaLlah atau lebih mudah la strawberry salah satu jenis berry la
5biji dh penuh 1 tapak tangan.
klu d malaysia 10biji msti xpenuh tangan lagi...
























malaysian food taste... betul kot aku eja,
bila dah ramai2 stay dlm bilik, ini la kerja bila dh buhsan...
kerja main masak dengan huzaifah-ibrahim-khairul.zaman-nasrul
air tangan aku.. isi ikan goreng tepung



ni air tangan huzaifah



cabai hijau oleh khairul zaman
ikan kering oleh ibrahim








Ahad, 12 Disember 2010

memories


noor faiz zuhaily


friday,
10 december 2010,
0038am.

together we are a charity Al-Fatihah for him.
May Allah place him among the faithful.

Isnin, 6 Disember 2010

SEMAKIN HENDAK BERUBAH SEMAKIN BANYAK UJIAN... tabahkan hatiku ya.Allah


aku petik kata-kata Hamka.
cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.
cinta bukan mengajar kita menghina diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. 
kepada mereka yang masih percaya, walaupun cinta telah dikhianati. 
kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya.
dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

aku berbicara.
sungguh, perubahan itu menuntut pengorbanan
segala yang dulunya aku cintai, perlu dihindar
semua yang awalnya aku sukai, perlu dibuang
ahhh... aku tidak mahu mengeluh
 pendek kata, segala yang dilakukan bukan atas dasar Islam dan Iman, wajib dikorbankan.

kadangkala hati aku terdetik
sampai bila aku mampu bertahan ???
sejauh mana mampu aku melangkah ???
melawan bisikan halus syaitan
yang tidak kenal erti putus asa

ya Rabb, aku pohon pada-Mu
berikan aku kekuatan
kekuatan untuk terus istiqamah
istiqamah di atas jalan-Mu


kejujuran dan kasih sayang aku insha.Allah akan terus bersama



1432hijrah.



“ Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia. ” – (Hadis Riwayat Bukhari)


Apakah makna hijrah?

Makna Hijrah.

Penghijrahan komuniti Muslim pada zaman Rasulullah SAW berlaku sebanyak tiga kali. Pertama, hijrah ke Habsyah pada 615 masihi, kedua juga ke Habsyah pada 617 Masihi dan ketiga ialah hijrah Rasul SAW ke Yathrib pada 622 masihi.

• Secara bahasa, hijrah bererti berpindah tempat . Sedangkan secara syarak, para fukaha mendefinisikan hijrah sebagai keluar dari darul kufur ke Darul Islam.
Darul Islam dalam definisi ini adalah suatu negara yang menerapkan syariat Islam secara total dalam segala aspek kehidupan dan yang keamanannya berada di tangan kaum Muslim.
Sebaliknya darul kufur adalah negara yang tidak menerapkan syariat Islam atau keamanannya bukan di tangan kaum Muslim, sekalipun majoriti penduduknya beragama Islam.

Apakah penghayatan yang dapat dilihat dalam hijrah rasulallah ???

Penghayatan dalam peristiwa hijrah rasulallah

• Kehidupan sosial yang saling membantu untuk keamanan.
Ia membabitkan semua peringkat masyarakat yang terdiri daripada belia yang diwakili oleh Saidina Ali, golongan dewasa yang diwakili oleh Abu Bakar As Siddiq, golongan korporat yang diwakili oleh Abdul Rahman Auf, golongan wanita yang diwakili oleh Asma’ Abu Bakar. Pembabitan kalangan bukan Islam sebagai penunjuk jalan yang diwakili oleh Abdullah Uraiqit juga membantu dalam menjayakan misi penghijrahan ini.

• perancangan strategik dengan melihat ruang dan peluang di tempat baru.
Apabila rasulallah berhijrah ke yatrib, baginda telah dilantik menjadi pemerintah disana. Baginda telah merangka piagam madinah. Hal ini telah menguntungkan agama islam itu sendiri.

• Membentuk nilai kasabaran, ketabahan, ketaatan dan sebagainya.

• Bagaimanakah kita mengaplikasikan nilai hijrah dalam pembentukan jiwa, mental dan fizikal ???

Hijrah dalam Pembangunan Jiwa
Pembangunan jiwa merupakan suatu proses yang bertujuan untuk melahirkan jiwa yang bertakwa. Ianya merupakan unsur yang perlu difahami dan dititikberatkan oleh semua umat. Ketiadaan jiwa yang bertakwa akan mengakibatkan fungsi akal dan fizikal menjadi lumpuh. Manusia secara umumnya akan menggunakan kecerdasan akal dan juga kekuatan yang ada pada tubuh badannya untuk membina tamadun material. Justeru pembangunan jiwa ini seharusnya diaplikasikan dengan sebaik mungkin untuk memastikan tamadun material yang akan terbina kelak tidak akan sia-sia.

• jiwa insan perlulah diisi dengan perasaan cintakan Allah dan Rasul serta cinta kepada kehidupan akhirat.
Ini seterusnya akan dapat menyedarkan manusia tentang matlamat hidupnya di atas muka bumi ini. Dan di sini seluruh manusia perlu memikul dua tanggungjawab utama iaitu selaku hamba Allah dan selaku khalifah Allah.


Hijrah dalam Pembangunan Mental
Modal insan juga mestilah menitikberatkan pembangunan mental (akal).

• Akal manusia mestilah diisi dengan pelbagai jenis ilmu yang dianjurkan oleh Islam untuk mempelajarinya.
Antara ilmu yang perlu dititikberatkan ialah ilmu berkenaan dengan Fardhu Ain seperti ilmu Tauhid, Feqah dan juga Tasawwuf serta ilmu-ilmu pengetahuan yang lain seperti ilmu Sains dan Geografi. Melalui ilmu tersebut, para pelajar tidak akan sahaja mengenali hakikat sesuatu kejadian berdasarkan kepada sifat tabiinya sahaja, bahkan mereka akan cuba berfikir bahawa di sebalik segala kejadian tersebut, ada Penciptanya iaitu Allah s.w.t. Kesan sampingan yang akan timbul ialah mereka akan berasa takjub atas kekuasaan Allah ini dan seterusnya akan mendorong jiwa mereka untuk tunduk patuh kepada perintah-Nya.

• Selain daripada pengisian ilmu yang bermanfaat, akal juga haruslah dibangunkan dan dibentuk melalui perbincangan, penyelidikan dan juga pembacaan. Aktiviti-aktiviti lain seperti mengembara dan melancong juga akan dapat menajamkan akal.

Sewaktu mengembara, kita tentunya akan memperolehi banyak pengalaman, pengajaran dan hikmah kejadian alam sejagat. Bermusyawarah dan berbincang juga secara tidak langsung akan dapat menghasilkan kefahaman yang lebih mendalam kepada akal kita. Di samping itu, Islam juga menganjurkan kita supaya menjaga adab-adab bermusyawarah supaya manfaatnya akan terhasil semaksima mungkin. Hasil perbincangan dan penyelidikan tentang sesuatu perkara seperti muzakarah tentang hukum, sudah tentu dapat dimanfaatkan oleh sekalian muslimin.

Hijrah dalam Pembangunan Fizikal
Sekiranya jiwa dan akal sahaja dibangunkan, tetapi fizikal lemah, maka tamadun Islam dan peribadi muslim juga akan terhalang pembinaannya. Kalau diamati, apakah faedah yang dapat diperolehi daripada seorang manusia yang lemah tubuh badannya?

• Oleh itu, kita perlu memiliki fizikal yang sihat untuk membina tamadun Islam selaras dengan kehendak Allah s.w.t yang mahukan hamba-Nya menjadi khalifah di muka bumi ini.
Untuk meningkatkan taraf kesihatan diri, kandungan makanan yang diambil perlulah seimbang iaitu memenuhi segala keperluan seperti protein, karbohidrat, garam galian, vitamin dan sebagainya. Makanan yang akan diambil juga mestilah berpunca daripada sumber yang halal dan cara penyediaannya juga mestilah mengikut kehendak syarak.

Setelah memenuhi kesemua aspek yang telah diterangkan tadi, maka kita akan dapat merasakan berlakunya suatu perubahan yang amat ketara di dalam jiwa dan minda kita. Dan di sini sudah tentunya proses pembinaan insan sudah mula tercapai dengan sebaik yang mungkin.

Terangkan perkara-perkara yang perlu dititik beratkan dalam proses penghijrahan masa kini dan kesan-kesan perubahan dalam penghayatan hijrah tersebut?

Aspek- aspek penting dalam proses penghijrahan pada masa kini

1. HIJRAH IMAN

Usaha untuk mempertingkatkan iman mestilah melalui peringkat pembersihan hati dan jiwa dari sifat mazmumah yang tercela lagi keji kepada melazimkan dengan sifat mahmudah yang terpuji lagi disukai. Dengan cara ini hati akan dipancari cahaya yang akan melihat kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.

peningkatan iman juga perlu melalui banyak berfikir mengenai kejadian alam semesta, kejadian makhluk ciptaan Allah dan juga sentiasa mengingati tentang alam akhirat yang kekal abadi.

2. HIJRAH ILMU

Penghijrahan dalam sudut ilmu juga haruslah dititik beratkan daripada jahil kepada berilmu. cabaran dari sudut ilmu merupakan perkara penting yang banyak dibahaskan dan menjadi persaingan yang hebat di kalangan masyarakat, khususnya masyarakat terpelajar dan profesional. Sesungguhnya ilmu itu cahaya, jahil itu berbahaya. Ungkapan ini mempunyai maksud yang dalam. Kejahilan yang menyelingkar kehidupan manusia hari ini sukar untuk diungkap dengan kata-kata lagi.

3. HIJRAH AMAL

Terdapat dalam mafhum hadis Nabi s.a.w yang menyatakan : " Sebaik-baik amal adalah berkekalan biarpun sedikit". Harus difahami, bahawa ungkapan ini tidaklah dimaksudkan oleh Baginda supaya mengurangkan amalan. Ianya membawa pengertian perbandingan iaitu amalan sedikit tetapi konsisten lebih baik berbanding dengan membuat amalan yang banyak tetapi tidak konsisten, bahkan yang lebih baik adalah membuat banyak amalan berserta konsisten.

Kesan Perubahan dalam penghayatan hijrah
Setelah proses pembinaan insan sudah meresap di dalam diri dan minda kita, maka sudah tentulah mudah untuk kita mencurahkan segala sumbangan yang bermanfaat sama ada untuk kebaikan agama, masyarakat dan juga negara.

• Dari segi agama kesan perubahan kepada penghayatan Islam yang sebenar, sudah tentu dapat mengelakkan sebarang perselisihan ataupun kekeliruan berkenaan perkara-perkara asas dalam agama Islam itu sendiri. Malahan jauh sekali untuk kita mengenepikan golongan ulama yang merupakan pewaris para nabi di dalam hal-hal yang berkaitan dengan ajaran Islam.

• Sumbangan kepada negara juga dapat dicapai dengan menjauhkan sentimen perkauman ataupun perasaan anti pembangunan. Umat yang terbaik ialah umat yang berfikiran secara optimis dengan melihat bahawa setiap pembangunan yang dilaksanakan ada kebaikannya.
Namun, pembangunan material dan pembangunan insan mesti dipastikan berjalan seiringan di antara kedua-duanya. Ini penting supaya negara yang wujud kelak berkeadaan aman dan makmur serta terhindar dari segala unsur-unsur yang boleh memusnahkan pembangunan ummah dan negara itu sendiri. Apabila sesebuah masyarakat itu kukuh, maka akan lahir pula tokoh-tokoh yang berwibawa yang menjadi pemimpin bagi setiap kelompok masyarakat.

Kesimpulan
Kesimpulannya, tuntutan penghayatan hijrah dalam erti kata perubahan diri dari segi jiwa, mental dan fizikal kini semakin mendesak. Ini memandangkan kepada suasana sosial yang semakin parah dewasa ini. Umat Islam kini tidak ada pilihan lain selain daripada merealisasikan tuntutan hijrah dalam pengertiannya yang sesuai bagi menjamin kejayaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Pelbagai cara dan pendekatan telah diambil oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memantapkan lagi proses pembinaan insan yang berkualiti dan bertakwa. Namun, apa yang pentingnya ialah inisiatif dalam diri kita untuk mengaplikasikan konsep hijrah itu sendiri. Dan perlu juga diingatkan bahawa segala usaha yang dibuat bagi pembinaan insan yang kamil dari segi jiwa, mental dan fizikal hendaklah berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.

Jumaat, 3 Disember 2010

TIDAK MAHU RISAU BILA DIRI AKU SUDAH BERPUNYA...



tabahkan hatiku ya.Allah,
TIDAK MAHU RISAU BILA DIRI AKU SUDAH BERPUNYA...
mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat aku untuk terus melangkah menggapai cita-cita....


jangan bohong tentang kasih sayang...
isha.Allah hati ini tetap terus bersama... 
kasih sayang sentiasa dihati..

lama mana pun masa tetap akan menanti...

aku tidak sebaik seperti yang disangkakan. aku sentiasa mencuba untuk bersabar dengan peneguhan kata " kerana Allah " . tidak dapat aku selesaikan sebaik-baiknya dengan sempurna ragam, kerenah dan tabiat buruk aku. begitu juga dengan masalah aku yang tidak dapat selesaikan dengan sebaik-baiknya.

aku memikirkan masalah yang tidak dapat aku selesaikan ???
ya... sebenarnya ada masalah yang perlu aku hadapi dan hidup denganya tapi tidak selama-lamanya.

adakah ianya tidak dapat diselesaikan dan tidak diselesaikan ???
mengapa ??? 
adakah Allah sudah mentakdirkan sebegitu ???
siapa diri aku ini yang hendak melawan kehendak Allah. Allah buat begitu supaya aku merintih pada-NYA. 
kenapa ???

xmahu peningkan kepala aku, Allah sedang menguji aku.
tidak mudah untuk aku memiliki seorang isteri ianya seolah-olah diri ini ibarat dunia dan seisinya. jalan untuk mendapatkan sesuatu yang teristimewa amat penuh dengan dugaan dan liku cabaran kehidupan di dunia ini. jangan putus asa wahai diri aku yang lemah lagi hina ini. aku terasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap perbuatan yang aku lakukan setiap waktu.

aku tidak dapat menegakkan tiang taqwa ini dengan utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat diri aku kerana Allah. aku tidak mahu rumah tangga ini menjadi tawar dan hambar apabila semuanya sudah dirasai dan terbiasa... hendak rasa nikmatnya apanya lagi ??? aku tidak mahu bakal anak-anak aku menjadi mangsa. menerima hukuman di dunia seadanya teramat pedih, perit dan sakit. namun, tidak terlalu sedikit apabila dibandingkan pedihnya hukuman abadi di hari kebangkitan.


la tahzan

Sabtu, 27 November 2010

Tidak mudah menuju ke syurga.


" perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak, manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat " demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.

Syurga.
ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya.kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.
 
Neraka. 
pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan). sebaliknya jalan melayakkan diri ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu.amat mudah melakukan kejahatan.


sudah terbentang jalan dihadapan . terpulang pada diri kita jalan mana untuk diikuti . tepuk dada dan tanya pada iman >>> tidak pada selera hanya pada nafsu . tidak mudah menuju ke syurga, kerna diri ini perlu bermujahadah atau berjuang melawan nafsu demi kebaikan . amat mudah diri berbuat kejahatan dan tidak mampu melakukan kebajikan apabila nafsu dan syaitan ada dalam diri .

tidak mudah menuju ke syurga ???

orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. " ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu ". semua manusia inginkan hidup senang. kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.

" kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik "

syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. kita gembira apabila dipuji manusia. timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.


perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. ini maknanya Allah mendahului kita. jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. jadi soal pahala tak timbul. sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.

utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka