Ahad, 25 Mac 2012

Semua Orang Tidak Sempurna.


Aku tidak faham. Sangat-sangat tidak faham. Kenapa ada manusia yang suka cari kelemahan orang lain tapi kelemahan diri sendiri dia tidak nampak. Jangan pandai nak mengkritik tapi tidak mahu untuk membantu. Dalam sesuatu program yang kita buat memanglah  akan ada  kelemahannya tambah-tambah kalau program tu merupakan program yang sepenuhnya dikendalikan oleh orang baru dan mereka yang belum biasa mengendalikan program.

Kalau yang ada banyak pengalaman pun tapi kalau berlagak ibarat semua benda dia tahu pun payah jugak. Buat orang lain meluat lagi adalah. Dalam program apa pun, kalau dah diamanahkan tugas apa-apa hatta tukang angkat kerusi sekalipun, buatlah atas kapasiti kamu sebagai tukang angkat kerusi. Jangan pandai-pandai nak ambil tugas orang lain pulak. Lepas itu kritik orang lain tidak buat kerja sedangkan kamu yang pandai-pandai ambil alih tugas orang.
Serius... Perangai orang yang suka mengkritik tidak kena tempat ni bagi aku sangat menjengkelkan. Kita jangan pandai nak kritik orang sesuka hati kalau kita tidak berada dalam posisi orang itu. Program apa pun kalau ada sesuatu perkara yang berlaku di luar jangkaan bukanlah kehendak orang itu pun.

Kalau ada kelemahan cakap baik-baik bukan dengan cara menghambur kata-kata kesat. Kalau orang lain buat macam tu dekat diri kamu mesti kamu terasa hati bukan. Silap-silap lepas habis program sambung gaduh balik.
Lagi satu, tak payahlah perasan diri kita ini bagus. Ibarat kitalah yang perfect, mantap, berdedikasi lagi terpuji, bijak pandai dan kitalah segala-galanya. Kalau rasa diri itu bagus, cuba-cubalah bantu kawan-kawan lain yang yang tak berapa nak bagus ini.

Susah ke ???
Tak susahkan ???
Setiap orang ada kelemahan masing-masing. Paling penting orang itu bersedia untuk berubah dan belajar daripada kesilapan lepas.

Ingatlah, kita semua ini pun bukanlah sesempurna mana.

Sabtu, 24 Mac 2012

Tahniah.



Ini Tengku Nur Syuhada a.k.a panjang ~ adek bongsu aku. Baru-baru, 2 Mac 2012 result SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sudah keluar. Si Panjang ni belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau Perlis (SMKAA). Aku tak tahu la dia duduk rangking ke berapa dalam sekolah tu. Apa yang umi aku bagi tahu, Si Panjang ni naik stage no. 2 terakhir, jadi pandai-pandai fikir sendiri.

Ini result Panjang aku >>> 
  •  A+ > Bahasa Melayu ~ 
  •  A+ > Sejarah ~ 
  •  A+ > Sains ~ 
  •  A+ > Matematik ~ 
  •  A > Prinsip Perakaunan ~ 
  •  A > Ekonomi Asas ~ 
  •  A- > Matematik Tambahan ~
  •  B+ > 
  •  B+ >  
  •  C+ > English ~ 
  •  E > Bahasa Arab ~





Budak pendek yang letak kepala atas bahu aku ni namaya Najwa a.k.a Wawa. Salah seorang adek aku merangkap anak angkat umi aku. Bila datang rumah aku jumpa dengan si panjang  ada la kerja mereka lakukan sampai xlekat kat rumah waktu hujung minggu. Ayah Wawa ni Pak Oztaz di Sekolah Menengah Teknik Arau tempat Wawa belajar.

Ini result Wawa >>> aku pun tak tahu subjet apa yang dia ambil.
  • A >
  • A > 
  • A >
  • B >
  • B >
  • B >
  • C >
  • C >


Ahad, 18 Mac 2012

Percaturan Hidup II


sambungan ... 

WIJDAN dan NUR,

Aku tidak pandai berikan apa yang engkau mahukan. Aku cuba memahami dia sepenuhnya walaupun aku belum pasti untuk memilikinya. Tetapi aku terus berusaha mengapai apa yang aku cuba cari selama ini. Manusia seperti aku mudah berputus asa adalah mustahil walaupun aku penah berputus asa sebelum ini. Aku tahu apa yang aku mahukan dalam hidup ini perlu disertai dengan usaha, kalau aku gagal selepas berusaha aku boleh menarik nafas lega sebab aku tahu, aku bukan cuma berdiam diri dan tengok begitu sahaja. Melemparkan segalanya pada takdir untuk menentukan apa yang aku mahukan. Mustahil benda yang baik akan sentiasa muncul pada aku, aku bukannya manusia yang baik. Terlampau banyak khilaf pada diri aku ini dan aku tidak mampu tenggelam daripada merasai nikmat dunia yang membolehkan aku hidup sebagai manusia diatas muka bumi.

Tabahkan hati aku, ya.Allah. Jika aku berjaya disini, Insha.Allah akan bertemu dengan manusia-manusia yang sangat mengenang budi. Moga ada hati yang berubah. Moga ada hati yang terbuka.







Selasa, 13 Mac 2012




Kadang kala akibat terlalu menjaga perasaan orang lain, tanpa sedar kita telah melukakan hati sendiri. Kadang kala juga, kita telah cuba buat yang terbaik tapi akhirnya kesudahan yang berlaku tidak seperti yang kita harapkan, malah menjadi lebih buruk dari sebelumnya.



Kenapa susah sangat seseorang itu untuk fahami keadaan orang lain. Sama ada dia yang tidak memahami orang itu atau diri sendiri memang spesies hati batu, yang tak pernah cuba nak letak diri dia dalam situasi orang itu. Aku tetap percaya, kematangan seseorang memang sangat mempengaruhi keadaan ini. Betul kata orang, faktor umur kadang kala tidak mempengaruhi tahap kematangan sesorang. Walaupun dia sudah berumur sekalipun tapi kadang kala tindakan yang dilakukan tidak seiring dengan usianya. Keadaan ini mungkin turut dipengaruhi oleh persekitaran boleh jadi jugak faktor keluarga.

Tapi walau apa pun keadaannya, jangan pernah berhenti berbuat baik pada orang lain. Sebab itu adalah semulia-mulia sifat yang perlu ada dalam diri setiap dari manusia.

Teringat dalam satu hadis : -

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda : Musa bin Imran bertanya: " Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu ??? FirmanNya : " Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan orang lain. "

Sabtu, 10 Mac 2012

Iman itu cermin.



Hakikat iman kepada Allah S.W.T. adalah satu hakikat besar yang mencakupi seluruh kehidupan manusia. Apabila iman bersemi di dalam hati seseorang, maka iman itu akan terus menjelmakan kesannya dalam bentuk amal perbuatan, kegiatan dan perjuangan yang mengharapkan Allah S.W.T. atau redha Allah S.W.T.. Dia taat kerana Allah S.W.T. Dia tunduk dan patuh kepada titah perintah Allah S.W.T. sama ada kecil atau besar.

Tidak bersekongkol bersama-sama hakikat Iman itu hawa nafsu dan syahwat yang sering mengajak manusia menyeleweng daripada ajaran Allah S.W.T. Bahkan iman itu akan mengajak nafsu dan syahwat untuk tunduk mengikut ajaran Muhammad S.A.W. yang didatangkan daripada Allah S.W.T..

Imanlah yang akan mencernakan keseluruhan aspek kehidupan manusia yang meliputi bisikan jiwa, cetusan hati, keringinan roh, kecenderungan fitrah, gerakan jasmani, tindak balas pancaindera dan semua perbuatan sama ada semasa bersendirian mahu pun di depan orang ramai mengikut kehendak Allah S.W.T.



!@#$% ~ Akibat terlalu banyak dosa ketika ini. Aku manusia penuh dengan noda .Aku dalam proses pengubahsuaian pada hati, iman, jiwa dan otak. Aku cuba mahu mengawal hati, iman, jiwa dan otak. Moga sentiasa senyum selalu disaat gembira atau sedih.


Rabu, 7 Mac 2012

Pertunangan : Satu persediaan ???


PERTUNANGAN adalah peluang keemasan buat si gadis dan si teruna idaman. Sekejap atau lama bukanlah soal utama. Apa yang penting bagaimana kita mengisi tempoh itu. 2 tahun, 3 tahun atau 4 tahun lebih bermakna andai diisi dengan amal islami dari sebulan, 2 bulan tapi berpacaran. Yang lama terasa sekejap bila mana, masing-masing sibuk dengan urusan dakwah dan meningkatkan kualiti diri sebelum diijabkabulkan.

Allah berfirman dalam Surah Ar-Rum ayat ke-21.

Maksudnya: “ dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan ( yang menimbulkan kesedaran ) bagi orang-orang yang berfikir. ”

Sudah pasti cabaran untuk menjejaki hari bahagia itu sungguh besar. Namun meneliti ayat ini, seharusnya mengingatkan kita akan persiapan untuk menghadapinya. Hanya dengan rahmat dan kuasa Allah, kita akan bahagia dan bersenang hati. Dan apakah kita lupa, Allah akan menguji untuk tahu siapa yang lebih baik imannya ???

Berapa ramai berkata sayang pada isteri, tup tup 5 tahun, 10 tahun kemudian sudah meminta 'cawangan' sedangkan isteri masih mampu mengurus rumahtangga. Ada yang didera dan ada yang ditinggal sendirian. Silapnya di mana ??? Bukan silap sesiapa, silap diri sendiri tidak memberi peluang dan menerima kekurangan. Sikap kita yang bermasalah kerana mengikut nafsu dari mencari rahmat Illahi.

Justeru fatrah ini adalah persediaan untuk kita menghadapi hari perkahwinan. Belajar dari pengalaman orang lain setidaknya membuka mata akan realiti yang bakal dihadapi. Fatrah ini juga adalah tempoh untuk kita mencerna matlamat perkahwinan ke tahapan yang lebih tinggi.


Coretan seorang penulis. Katanya,
" Di dalam persoalan perkahwinan dan pembentukkan rumahtangga muslim, Islam tidak menyempitkan tujuannya hanya untuk menyediakan suasana yang subur bagi mendapatkan anak-anak yang soleh, meskipun ini adalah satu tujuan utama. Islam juga tidak membataskan tujuannya sekadar untuk mengekang pandangan atau menjaga kehormatan, meskipun ini juga matlamat perkahwinan. Islam juga tidak menghadkan tujuannya sekadar untuk menyalurkan nafsu secara syar’i. Bahkan, Islam telah menentukan matlamatnya dengan yang lebih tinggi, yang lebih mulia dan yang lebih jauh jangkauannya. Matlamatnya berkait rapat dengan matlamat kemasyarakatan, jihad dan perlaksanaan amal Islami yang luas. "


Maka, sudah bersediakan kita menghadapi semua itu. Mampukah mengapai matlamat pembinaan perkahwinan yang lebih tinggi. Ada yang kata mustahil. Ramai pasangan yang aku kenal berjaya mengekalkan rumahtangga dengan mawaddah dan rahmah. Formulanya mudah sahaja, Allah tempat pulang mencari jalan keluar terhadap segala dugaan.

Moga Allah redha dengan usaha kita mencari cinta-Nya.





Khamis, 1 Mac 2012

Anak kecil.


Bukan mudah berbicara soal perkahwinan, pengurusan anak-anak dan urusan yang berkaitan. Semua memerlukan kesabaran. Kepada yang sudah, syabas aku ucapkan dan selamat mendidik permata-permata Islam ini. Dalam proses mendidik mereka, anak-anak kecil ini, tabahlah dan sentuhlah mereka dengan cahaya dan didikan yang Allah gariskan.

Tidak lupa kepada mereka yang majoritinya belum bergelar ibubapa ( *pssst ~ termasuk diri aku ), apatah lagi masih belum ada rumah dan tangga selamat menyiapkan diri. Bina peribadi dan moga jadi khudwah yang baik pada anak-anak nanti. Selamat berjuang, selamat membina shahsiah dan salam mujahadah. Kautkan ilmu sebanyak-banyaknya dan selalulah memberi. Jaga hati, jaga diri dan jaga iman.

Rindu melihat telatah anak-anak kecil.
Fitrah mereka suci dan bersih dari segala Dosa. Kita ???
Melihat mereka mengingatkan diri akan kehidupan di akhirat sana..