Ahad, 2 Disember 2012

Hati Sakit Kerana Rindu.



Aku pendam perasaan ini. Aku simpan dalam sedalamnya perasaan ini. Aku tutup rapat lagi kemas agar hati tidak terbuka untuk menerima kehadiran rasa asing itu.

Tidak terfikir pun nak buat silap. Malah di hati ini tidak terlintas pun bersungguh untuk buat silap. Apatah lagi melukakan hati orang lain terutamanya Pencipta hati-hati itu.

Yang dinampak dengan mata membulat sebesar-besarnya mungkin kesilapan yang jarang dibuat itu. Yang tidak disengajakan itu. Seolah-olah tiada setitis zarah pun kebaikan yang terizzah di pandangan zahirnya. Bagai ada hijab. Mungkinkah ???

Apa perlu buat ??? 

Ada ura-ura memujuk hati, "Allah sayang kitalah tu, Dia tak nak kita buat silap" 

dan ada juga "memang kau suka buat silap"

Apa yang perlu diperkata? Dipersoal? Tidak dipuas hatikan ???
Di dunia ini, si kerdil juga seperti hati-hati itu. Seorang manusia kerdil, si kecil-kecil hamba yang terlalu lemah. Termaktub sudah apa yang sunnatullah ingin tunjukkan. 

Tunjukkan jalan itu wahai hati yang mulia. Jika ada benarnya. Sempurnakan hak hati masing-masing. 
Redha. Redha. Redha. 
Sabar. Sabar. Sabar.

Jangan dihukum wahai hati yang mulia. Kerana, dalam gelap dalam terang, setiap rentak dan irama nadi, ia masih teraba-raba. Teraba-raba mencari hidayah Penciptanya.

Khamis, 22 November 2012

Pemilik Hati Yang Patah..

Untuk yang sedang bersedih...

Beramallah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.

Wahai jiwa yang sedang layu…

Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya..

Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah…

Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi.

Untukmu yang sedang luka..

Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu.


Hai pemilik hati yang patah..

“…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!

Kawanku yang dicintai Allah..

Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur.

Ini untukmu yang sedang bersedih,dalam rangka menasihati diri sendiri…

Jumaat, 28 September 2012

Mara ke hadapan.


Kesakitan pertama kali tidak akan mematangkan. Terus mencuba untuk kali kedua tapi pengakhiranya masih tetap sama. Banyak masalah sudah dihadapi dan diatasi untuk memilih keputusan yang betul. Mungkin akan lebih banyak pengetahuan dan pengajaran yang akan diperolehi.

Masing-masing cuba menerima seadanya walaupun tidak dapat dinafikan bahawa ada yang memilih atas sebab-sebab tertentu. Tetapi jarang mendengar apabila orang memilih disebabkan agamanya. Semua orang mempunyai akal fikiran sendiri dan boleh memahami apa yang perlu ada dalam hidup.

Sabtu, 1 September 2012

Kopi O ~


Kadangkala pahit.
Kadangkala manis,
Kadangkala sejuk.
Kadangkala panas.

Kopi O sedap rasanya apabila dibancuh kemudian dihidangkan bersama dengan biskut kering boleh membuatkan seorang itu penuh berselera menghirup atau dicelup biskut bersama kopi O.

Kopi O sedap ketika panas.

Sabtu, 18 Ogos 2012

RAMADHAN ~ ini mungkin terakhir.


29 Ramadhan 1433H.

Selamat menyambut Syawal semua a.k.a Selamat Hari Raya Aidilfitri a.k.a Eid Mubarak. Mohon maaf buat teman-teman jikalau ada salah dan kesilapan sepanjang kehidupan ini. Entah bila lagi akan kesempatan ketemu dengan Ramadhan yang akan datang. Apabila Syawal menjelma tiba kegembiraan, doakan semuanya akan ketemu dengan Ramadhan akan datang,
Insha.Allah.

Adakan tahun ini lebaran seperti tahun-tahun sebelumnya ??? Tiada kemeriahan kerana yang tinggal hanya kenangan di pagi lebaran sahaja. Kami semua perlu redha atas kehilangan itu dan kami terus dengan hidup ini dengan apa yang ada.
Al-Fatihah buat arwah.




Sabtu, 21 Julai 2012

1 RAMADHAN 1433H.



AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas meriwayatkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

1) Membaca al-Quran.

Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.

Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, “Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.”

2) Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)

3) Qiamullail.

Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.” (Hadis riwayat Bukhari)

4) Solat tarawih.

Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.

5) Mengerjakan umrah.

Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)

6) Zakat fitrah.

Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Selamat Berpuasa dan Selamat Memperbanyakkan Ibadat. Semoga Allah memberkati segala hasil usaha kita di Bulan Yang Mulia Ini.

Isnin, 25 Jun 2012

Bicara Addin ~ CINTA.


Ramai orang masih tertanya-tanya soalan cinta itu. Ramai juga yang mendefinasikan cinta. Ramai yang bahagia keran cinta. Ramai yang menderita kerana cinta. Apakah hakikat cinta ??? Adakah diri ini mampu melepaskan diri dari cinta ??? Mungkinkah kita melupakan cinta ???

CINTA ~ adalah soal hati. Manusia bertindak apa yang dia rasa. Fikiran itu akal, rasa itu hati. Berhati-hati menjaga hati.


Jumaat, 22 Jun 2012

Diuji ???


Adakah diri kita ini benar sebenarnya beriman dengan Allah sepenuhnya tanpa diuji ???

Ujian tidak akan pernah berhenti. kita tidak boleh berhenti merancang biar pun setiap perancangn itu tidak pernah berjaya atau dilaksanakan. Perancangan akan memberi diri kita visi tentang masa hadapan, menjadikan insan yang mengetahui arah tuju kehidupan. Sebagai hamba Allah hendak la terus berusaha selagi yang mampu seterusnya bertawakal kepada Allah dan berah kepada-Nya. Sesungguhnya Allah itu lebih besar perancangan-Nya.

Allah berikan ujian untuk aku jadi lebih kuat, untuk aku lebih tabah. Kenapa aku begitu sombong membiarkan keadaan itu berlalu pergi tanpa aku sedari ??? Aku cuba mengundur diri supaya melihat dia mengukir senyuman kegembiraan. Aku melarikan diri sejauh mungkin agar dia menemui kebahagian.


*perhatian untuk diri aku.
- berusaha dengan sebaik-baiknya.moga Allah akan memberi jalan yang mudah untuk diri aku ini... tabahkan hatiku ini ya.Allah.


Khamis, 21 Jun 2012

1 Syaaban 1433H


Apabila diri ini melepaskan seseorang yang penah disayangi itu tidaklah sukar untuk melepaskan segala kenangan tentang seseorang yang pernah hadir dalam kehidupan sekeliling ini. Apabila sesorang itu pergi membawa diri, yang tinggal pada diri ini hanyalah kenangan baik, buruk, pahit atau manis kerana itulah tanda bahawa dia pernah hadir dalam hidup ini.




21 Julai 2012.
1 Syaaban 1433H.


Selasa, 19 Jun 2012

Kasih Sayang Kepada Kekuatan Kasih Sayang


Adakah rasa sayang ini palsu atau sekadar permainan yang tidak terjangka ??? Adakah kerana ianya dalam proses pencarian siapa yang akan bertatah dihati ini ??? Manusia banyak kelemahan, lebih-lebih lagi melibatkan perasaan dan emosi. Tanpa aku sedar dan terus mempermainkan manusia itu sedemikian rupa. Ada manusia tidak perlu menunggu kehadiranya kerana manusia yang berada disekeliling ini akan menjadi tempat persinggahan hanya untuk sementara waktu.

Apabila teringat memori lama semasa zaman kegemilangan penuh kejahilan aku dahulu. Kesukaan aku adalah merasa makanan yang kelihatan sedap dipandang. Semasa awal perkenalan aku, sewaktu pulang bercuti dengan Anak Kampung dan Abang Chik pertama kali menjejakkan kaki aku di tempat itu... Nasi goreng itu menjadi juadah makan sarapan pagi. Pertama kali aku merasa masakan itu, tersenyum lebar apabila mengetahui orang yang masak nasi goreng seorang diri tanpa ada orang yang membantu. Bangun awal pagi tanak nasi kemudian goreng pulak nasi tu untuk menjamu aku serta kawan-kawan aku. Nasi goreng yang seroi dan kering sampai buat aku tersedak untuk telan bersama serunding dan kacang.




Memang betul kadangkala peluang akan datang sekali sahaja dalam hidup ini. Peluang yang datang kemudian tidak sama seperti yang pertama kali dahulu. Peluang yang datang untuk membina bahagia itu cuma sekali dalam perhubungan ini. Sewaktu tengah mengidam nak makan Kuih Batang Buruk, sanggup gentel tepung satu-satu ada yang kecil ada yang besar untuk buat batang buruk di kampung kemudian balik pekan hantar kuih batang buruk untuk aku makan sewaktu itu. Orang sama yang menemani aku makan kuih batang buruk ini iatu Anak Kampung dan Abang Chik. Kuih Batang Buruk yang rasa manisnya teramat manisnya seperti manisnya perhubungan aku dipertengahan.








Sewaktu pulang semasa Egypt Protest (Revolusi Mesir), merupakkan hari yang sepatutnya menggembirakan tetapi ianya bertukar menjadi penghujung perhubungan aku. Benda yang sama berulang kembali dan aku tersepit dengan manusia-manusia disekeliling yang aku sayang sewaktu ini. Benda yang sama aku cuba lalui penuh tanpa drama atau lakonan untuk mengembirakan manusia yang berada disisi aku ini. Buat kali terakhir aku dapat merasa cucur buah sukun yang digoreng. Terasa seperti sakitnya urat-urat dibadan apabila makan buah sukun yang berbisa. Aku cuba belajar membuang perkara yang menyakitkan hati ini jauh-jauh, masih ada perkara yang lebih berharga untuk aku kejar di dunia ini.
 









@#$%! ~ Cinta pertama tidak semestinya akan membawa kepada kemanisan kasih sayang, mungkin cinta yang seterusnya akan membawa kepada kekuatan kasih sayang.



Jumaat, 25 Mei 2012

Food Poisoning Treatment.



TODAY 25 MAY 2O12, I'M FOOD POISONING AND TODAY I'M FINAL TEST 1st PAPER FOR SUBJET AL QURAN. I'm so tired, tired and tired... Strengthened ya.Allah my heart.

1. Control Nausea and Vomiting.
Avoid solid foods until vomiting ends. Then eat light, bland foods, such as saltine crackers or bread.
Sipping soda may help prevent vomiting. 
Don’t eat fried, greasy, or sweet foods.
Don’t take anti-nausea or anti-diarrhea medication without asking your doctor. They may make some kinds of diarrhea worse. Your doctor may give you anti-nausea medication if you are at risk of being dehydrated.

2. Prevent Dehydration.
Drink clear fluids, starting with small sips and gradually drinking more.
If vomiting and diarrhea last more than 24 hours, drink an oral rehydration solution.

3. When to Call a Doctor.
Call a doctor immediately for diarrhea:


That lasts more than 3 days
That happens after you eat seafood or mushrooms
Accompanied by a fever
With blood or dark stools
With prolonged vomiting that prevents keeping liquids down
With signs of severe dehydration, such as dry mouth, decreased urination, dizziness, fatigue, or increased heart rate or breathing rate

Khamis, 24 Mei 2012

Nasihat Penaja Sebelum Exam.




Perhhh... Sudah berapa lama mana aku tak update kat blog nih ??? Otak jadi blur sekarang ini, apa pun tak boleh apa bila sekarang ini sudah masuk musim panas (summer / syaif).

Pejam celik sekarang ini sudah berada di penghujung bulan May bersamaan bulan Rejab. Ini menunjukkan bahawa bulan Ramadhan lagi 2 bulan utuk dihampiri semua umat Islam.

Aku nak tulis panjang berjela-jela pun rasa malas. Apa pun aku nak inform ini saja,

Selamat menghadapi peperiksaan anda semua. Selamat memberikan yang terbaik buat diri sendiri dan semua manusia. Jangan terlampau korbankan kepentingan diri sehingga merana demi melihat orang lain tersenyum gembira. Jaga diri, jaga hati, jaga iman dan aku cuma beritahu yang aku sayang kamu semua. Aku ingin memohon doa paling tulus agar kamu semua yang sentiasa berada di sisi aku hidup baik-baik dan gembira sahaja. Mendoakan diri agar dijauhi dengan situasi yang menduga. Aku ingin melangkah lebih jauh dalam memperbaiki cara kehidupan dan juga sahsiah diri. Moga ianya disambut dengan senyuman, dilalui dengan penuh redha dan tabah demi apa yang dipanggil kejayaan.


Tarikh peperiksaan fasa 2 sesi 2012/2013. Fakulti Am, Kuliah Bahasa Arab Al-Azhar Kaherah.
26/5/2012 - Al-Quran.
30/5/2012 - Nahu.
2/6/2012 - Fiqh Ibadat.
6/6/2012 - Balagah.
9/6/2012 - Ilmu Aswat dan Tajwid.
13/6/2012 - Nusus Adabiah.
20/6/2012 - Sorf.
23/6/2012 - Tafsir Al-Quran.


  1 - Janagan duduk galak nak kahwin di Cairo.
  2 - Berjaya atau gagal selepas sudah berusaha.
  3 - Jangan tinggalkan solat dan berdoa pada Allah.

  - Cepat-cepat la kahwin.

  - Banyak duit nak bela anak dara orang ???

  - Rock on.

  - Jangan lupa jemput yer.

  - Nak kad jemputan.


!@#$% P/S ~ Tabahkan hati aku ya.Allah. Jika aku berjaya disi, Insha.Allah akan ketemu dengan manusia-manusia yang sangat mengenang budi. Moga ada hati yang terbuka.









Khamis, 26 April 2012

kalimah dihati


awak...
ya, saya...

akhirnya awak mengaku juga. awak tidak suka kasih sayang kerana ia mengecewakan awak. tidak apa, kasih sayang itukan saya sendiri. terima kasih awak.
bukan maksud itu. jangan salah faham awak.

tidak apa... awak jangan risau, take care. sudah solat ??? saya call nak kejut subuh. jaga kesihatan, jangan lupa makan. thank you.
hati ini tetap menyayangi kekuatan kasih sayang, lama mana pun masa tetap saya tunggu.

hehehe...
ada damak ada ipuh,
naik kebukit nampak sumpitnya,
emas perak senang di sepuh,
kalau besi nampak karatnya.

saya berjalan diawal pagi, 
singgah sebentar dipohon tinggi, 
sudah saya cari kasih sayang ini, 
hanya awak ada di hati.

ades @_@ takpa-takpa...


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
   ------------------------------------------------------------------------------------------------------


saya harap saat saya mengundur diri jauh dari awak buat kali terakhir hari-hari terdahulu. saya tidak ketemu dengan sejalur wijdan itu. saya harap awak akan terus tersenyum semula dan sekali-kali tidak akan membuatkan orang disekeliling awak menitiskan airmata kerana kejujuran saya yang telah mengecewakan awak. 

maaf... andai sekali lagi saya ingin bersuara secara jujur, akan saya bawa detik rasa dihati ini bersama perjalanan yang tidak dapat dijangka masa hadapan nanti. teruskan mencipata warna-warni kehidupan  awak penuh jaya.

andai awak memilih mencorakkan kehidupan dengan warna-warni kesedihan dan kesengsaraan, maka sedih dan sengsaralah hidup ini. dan begitu jualah sebaliknya. pilihan ada di tangan awak dan saya. dan awak pernah memberitahu saya bahawa saya seorang yang tabah, ketal dan keras kepala. tetapi... tidak juga kerana saya pernah kecewa.




Jumaat, 13 April 2012

Sabarlah Wahai Hati.



Mungkin aku yang belum cukup bersabar untuk menghadapi apa yang berlaku di depan mata tapi sukarkah bagi dirinya untuk hormati aku sebagaimana aku cuba hormati dirinya ??? Kadang kala aku tidak faham kenapa orang lain tidak dapat untuk hormati perasaan pihak yang satu lagi walaupun kita telah cuba sedaya upaya memahami perasaan dia.

Memanglah kita tidak akan dapat puaskan hati semua pihak tapi sekurangnya kita cuba untuk membuat dia selesa apabila berada dengan kita. Contohnya, bila seseorang itu penat janganlah mencari pasal buat beberapa  perkara  annoying depan dia seperti buat bising dan gelak kuat-kuat bagai nak tercabut anak tekak.

Ataupun contoh lain, bila orang lain tengah tidur, tolonglah hormati orang yang sedar tidur. Janganlah masa tu pergi karaoke depan dia pulak. Cubalah fahami keadaan orang lain sama. Selama ini rasanya aku cuba untuk bersabar dan terus bersabar tapi kadang-kadang kesabaran ini semacam sudah tidak dapat di kawal lagi.

Tapi walau macam manapun, aku masih perlu bersabar. Biarlah kesabaran yang semakin menipis ini  terus ada dalam diri selagi termampu.

Selasa, 10 April 2012

Apa itu zina hati ???



Sabda Rasulullah ...

" Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dengan berhasrat, membayangi dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasikan) oleh kemaluan " 

( Hadis Riwayat Bukhari )


Apa yang dikatakan dalam hadis ini semuanya menuju kepada zina dan semuanya adalah dilarang dalam Islam bertepatan dengan ayat ini dalam kalimah " mendekati ". Apa yang dikatan sebagai zina hati itu ialah perasan dalam hati yang mendorong ke arah penzinaan.

Zina hati diterjemahkan kepada tiaga iaitu :
          1. Berhasrat.
          2. Berharap.
          3. Membayangi.

Sesuatu yang kita wajar jaga semestinya perlu dijaga sebaik-baiknya. Begitu juga perkara-perkara yang dikatakan HALAL dalam ISLAM tetapi boleh mendatangkan kepada HARAM. Sekiranya diri itu mampu dan berdaya untuk menjauhkan daripadanya, maka jauhkanlah dan jagalah diri ini sebaik mungkin.


*** susah untuk menjaga hati ini ya.Allah.


Isnin, 9 April 2012

Zina.




Apa Maksud Zina ???

Zina adalah memasukkan zakar ke dalam faraj perempuan dan dengan kadar hasyafah ( kepala zakar ). Walau bagaimanapun, bagi pasangan yang belum berkahwin yang melakukan perbuatan seperti yang dinyatakan adalah perbuatan yang terkutuk yang dilaknat oleh Allah serta malaikat yang berada di kiri dan kanan mereka kerana perbuatan tersebut adalah muqaddimah zina.

Firman Allah dalam surah al-Isra' ayat 32 yang bermaksud : 

" dan jangan kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk"


!@#$%~ padaMu ya.Allah aku memohon keampunan.




Sabtu, 7 April 2012

Apa Itu Cinta ???


Mana mungkin manusia akan terlepas dari cinta. Cinta adalah fitrah manusia. Cinta juga adalah satu anugerah yang amat bernilai dari Allah kepada hambanya. Kerana cinta itu indah dan ianya sukar dilafazkan dengan kata-kata.

Apabila cuba memahami makna sebenar cinta... aku sendiri sebenarnya kurang jelas mengenainya. Aku cuba mencari jawapan dan cuba membuat kesimpulan berdasarkan sepanjang pemerhatian terhadap orang yang berada disekeliling aku dan pengalaman sendiri yang masih muda ini. 

Cinta itu memiliki sifatnya tersendiri. Cinta itu tidak semestinya hanya khusus kepada apa-apa sahaja. Cinta itu sebenarnya merangkumi keseluruhan kehidupan kita ini.

Cinta itu sebenarnya adalah,

" Cinta itu datang dari hati, bukannya boleh dibuat-buat. Cinta itu bukan sekadar rasa tetapi hadir bersama amanah. "






Cinta itu amanah dan tanggunjawab.

AMANAH itu bukan nafsu, bukan kehendak dan bukan juga hak yang perlu dituntut. Apabila jatuh cinta kepada seseorang seolah-olah kita memerlukan dia untuk didampingi dan berharap ianya terbalas. Tidak salah mahu didampingi orang yang disayangi, tidak salah mahu memiliki kasih sayang dan hati mereka. Tetapi... itu bukan yang lebih utama. Orang yang kita sukai belum tentu menyukai kita. Orang yang kita cintai belum tentu mencintai kita. 

Dengan rasa cinta yang diamanahkan oleh Allah itu, hulurkan apa yang terbaik buat meraka. Apabila dapat memikat hatinya jagalah sebaik-baiknya. Tetapi jika tidak, usahlah mengungkit atau berdendam.

TANGGUNGJAWAB itu bermakna perlu memberi namum tidak semestinya menerima. Cuba lindungi mereka, sayangi mereka, kasihi dan berikan yang terbaik kepada mereka. Sentiasa hadir ketika memerlukan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Ada pepatah menyatakan, " Cinta  itu adalah dua jiwa menjadi satu ". Apabila cinta itu tidak berbalas mula mempersoalkan : 

                    Kenapa cinta aku tidak berbalas ???

                    Apa salah aku ???

                    Apa kekurangan aku ???

                    Kenapa tidak menerima cinta aku ???

                    Aku sangat ikhlas mencintainya, tetapi kenapa dia buat aku begini ???

Adakah ini ini satu luahan perasan ??? Huhuhu, bagi aku ianya adalah luahan. Ada segelintir orang akan mengaku bahawa dirinya ikhlas mencintai seseorang. Namun pada hakikatnya sedang menipu diri sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan ikhlas ??? Jika ianya hanya sekadar rasa cinta yang jujur kepada seseorang, itu bukannya ikhlas.

IKHLAS itu ialah melakukan sesuatu kerana Allah, tanpa mengharapkan apa-apa balasan daipada manusia. TIdak nampak keikhlasan seseorang sehinggalah dia disakiti dan apabila dia tidak dapat apa yang diingingkan. Mereka berkata bahawa mereka ikhlas dalam bercinta tetapi apabila ditinggalkan mereka mengungkit mula bercerita satu dunia bahawa keikhlasan mereka dikhianati.


!@#$%~ Cinta itu adalah amanah dan tanggunjawab untuk menyayangi dan mengasihi. Tidak kira sama ada ianya baik ataupun buruk atau ianya bersatu ataupun berpisah. Tanggunjawab kita ialah mencintai atau menunaikan amanah yang telah diberikan.

*** aku cuma berdiam diri apabila ditanya CINTA dengan orang disekeliling ini. 



Rabu, 4 April 2012

Yang Wajib Ialah Menutup Aurat.




Apabila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita muslimah keseluruhannya. Harga diri seoranga wanita terlalu mahal. Sebab itu Islam menetapkan supaya wanita pakaiannya adalah pakaian yang longgar dengan warna yang tidak menarik menutup seluruh badan dari kepala sampai ke kaki.

Kalau dilihat pada nilaian dunia, barang-barang berharga seperti intan dan berlian dibungkus rapi dan disimpan pula di dalam peti keselamatan. Begitu juga wanita, kerana wanita bermaruah dia tidak disuruh ditonjolkan tanpa keperluan yang tertentu dengan batas tertentu . Dia mesti bergelangan dalam gelangang yang boleh dan sesuai untuknya sahaja yang telah ditentukan garis-garis oleh Islam. Wanita tidak selayaknya mengorbankan maruah dan dirinya sendiri.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita... Sekarang telah ramai wanita menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dan di sana sini kita dapat saksikan para wanita kita memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari orang bawah hingga orang atasan, dari peringkat pelajar-pelajar sekolah hinggalah ke pekerja-pekerja di pejabat-pejabat.

Namun begitu, pelbagai gaya tudung dipakai. Tudung kadangkala tidak lengkap dipakai, pakai tudung tapi masih nampak batang leher, nampak dada, pakai tudung tetapi di masa yang sama pakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai gaya tudung dipakai. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok didalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu semua bukannya untuk mengelakkan fitnah tetapi menambahkan fitnah ke atas wanita.

Sepatutnya pakaian bagi seorang wanita muslim itu adalah bukan sahaja menutup auratnya malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita dan tidak berhias-hias yang manakan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Dan pakaian yang boleh melindungi wanita dari jadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bila wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik,up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas.Bertudung tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak rasa diri ini hina, masih banyak dosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh pakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung yang masih cari boy friend. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung,perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita tutup aurat tetapi tidak terus memperbaiki diri lahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi baikilah diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, suka berdengki, suka berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Kalau sudah mula menutup aurat elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan boy friend. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada pengaturan Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama bila dalam waktu bekerja. Cuba didik diri jadi orang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengkeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam ini indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk amalkan Islam. Baru orang bukan Islam hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekelian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.


Ahad, 1 April 2012

wanita o0O0o wanita




Wanita perindu Allah dapat mengawal rindunya pada dunia, kekayaan, kemewahan, pembaziran, kecantikan dan segala isi dunia. Wanita ‘abidah perindu Allah dapat mengubah nafsunya daripada nafsu-nafsu jahat kepada nafsu-nafsu yang baik melalui mujahadah. Yakni daripada nafsu marah kepada memaafkan, dengki kepada kasih sayang dan. Maka jadilah wanita ‘abidah itu bagaikan tiang negara yang menyangga sesebuah negara daripada runtuh.

Sebab itu Rasulullah bersabda :
Untuk menjadi wanita ‘abidah, perindu Allah, tidak semudah menjadi wanita berkerjaya yang cuma dilatih akalnya. Sedangkan wanita ‘abidah perlukan didikan fizikal, mental dan jiwanya sekaligus. Mereka bukan sahaja diperkenalkan dengan dunia, tetapi juga dengan alam barzakh dan alam akhirat. Bahkan juga dikenalkan dengan Allah swt.

Dunia amat perlukan wanita yang tidak lagi menurutkan nafsunya tapi memusatkan perhatian dan rindunya kepada Zat yang paling hampir dengannya dan terus-menerus mengawasi hidupnya, Yakni Zat Allah SWT
Sembahyang yang dilakukan merupakan pertemuan dan penyerahan dirinya secara total kepada Allah. Ia dirasakan terlalu indah dan amat bermakna. Setiap ucapan dihayati dan dilafazkan dengan penuh kusyuk. Rukun-rukun fi’li dikerjakan dengan komitmen jiwa yang penuh kehambaan. Dan perilakunya sewatu mengadap Allah, seolah-olah takut dan hormat sekali. Maka hasil daripada ucapan dan perbuatan dalam sembahyang, wanita ‘abidah mendapat rasa tawadhuk, tawakkal, rendah diri, takut, cinta, yakin, rindu dan kagum kepada Allah kekasihnya. Itulah iman dan taqwa.

Orang yang berakhlak sahaja yang boleh bahagia tatkala ditimpa ujian. Tanpa akhlak, tidak akan ada seorang pun manusia yang dapat merasa bahagia hidup di dunia.
Kerana, hidup ini memang tidak akan lepas daripada ujian. Siapa yang tidak bahagia dunia nescaya tiada harapan untuk bahagia di akhirat.

Gabungan rasa-rasa itu mencetuskan akhlak yang sangat agung; sabar, redha, penyayang, pemaaf pemurah, rendah diri dan lain-lain lagi. Akhlak-akhlak yang mulia ini lebih mahal daripada sijil dan harta-harta duniawi,  sebab ia dapat mncegah daripada perbuatan keji dan mungkar .

Bila seseorang itu kenal akhirat dan Allah, dunia ini menjadi kecil baginya. Hidupnya tidak lagi untuk memburu dunia tetapi memburu syurga di akhirat. Mereka tidak lagi merindukan kenikmatan sementara tetapi mengalihkan rindunya kepada Allah swt. Umur dihabiskan untuk beribadat kepada Allah. Apa juga kerja yang dibuat, semuanya untuk dan kerana Allah. Dan itulah yang Allah minta untuk kita lakukan.

Firman Nya:
“Dunia ialah perhiasan. Sebaik-baik hiasan ialah wanita solehah.”


Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah, Tuhan seru sekalian alam. ”

Ahad, 25 Mac 2012

Semua Orang Tidak Sempurna.


Aku tidak faham. Sangat-sangat tidak faham. Kenapa ada manusia yang suka cari kelemahan orang lain tapi kelemahan diri sendiri dia tidak nampak. Jangan pandai nak mengkritik tapi tidak mahu untuk membantu. Dalam sesuatu program yang kita buat memanglah  akan ada  kelemahannya tambah-tambah kalau program tu merupakan program yang sepenuhnya dikendalikan oleh orang baru dan mereka yang belum biasa mengendalikan program.

Kalau yang ada banyak pengalaman pun tapi kalau berlagak ibarat semua benda dia tahu pun payah jugak. Buat orang lain meluat lagi adalah. Dalam program apa pun, kalau dah diamanahkan tugas apa-apa hatta tukang angkat kerusi sekalipun, buatlah atas kapasiti kamu sebagai tukang angkat kerusi. Jangan pandai-pandai nak ambil tugas orang lain pulak. Lepas itu kritik orang lain tidak buat kerja sedangkan kamu yang pandai-pandai ambil alih tugas orang.
Serius... Perangai orang yang suka mengkritik tidak kena tempat ni bagi aku sangat menjengkelkan. Kita jangan pandai nak kritik orang sesuka hati kalau kita tidak berada dalam posisi orang itu. Program apa pun kalau ada sesuatu perkara yang berlaku di luar jangkaan bukanlah kehendak orang itu pun.

Kalau ada kelemahan cakap baik-baik bukan dengan cara menghambur kata-kata kesat. Kalau orang lain buat macam tu dekat diri kamu mesti kamu terasa hati bukan. Silap-silap lepas habis program sambung gaduh balik.
Lagi satu, tak payahlah perasan diri kita ini bagus. Ibarat kitalah yang perfect, mantap, berdedikasi lagi terpuji, bijak pandai dan kitalah segala-galanya. Kalau rasa diri itu bagus, cuba-cubalah bantu kawan-kawan lain yang yang tak berapa nak bagus ini.

Susah ke ???
Tak susahkan ???
Setiap orang ada kelemahan masing-masing. Paling penting orang itu bersedia untuk berubah dan belajar daripada kesilapan lepas.

Ingatlah, kita semua ini pun bukanlah sesempurna mana.

Sabtu, 24 Mac 2012

Tahniah.



Ini Tengku Nur Syuhada a.k.a panjang ~ adek bongsu aku. Baru-baru, 2 Mac 2012 result SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sudah keluar. Si Panjang ni belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau Perlis (SMKAA). Aku tak tahu la dia duduk rangking ke berapa dalam sekolah tu. Apa yang umi aku bagi tahu, Si Panjang ni naik stage no. 2 terakhir, jadi pandai-pandai fikir sendiri.

Ini result Panjang aku >>> 
  •  A+ > Bahasa Melayu ~ 
  •  A+ > Sejarah ~ 
  •  A+ > Sains ~ 
  •  A+ > Matematik ~ 
  •  A > Prinsip Perakaunan ~ 
  •  A > Ekonomi Asas ~ 
  •  A- > Matematik Tambahan ~
  •  B+ > 
  •  B+ >  
  •  C+ > English ~ 
  •  E > Bahasa Arab ~





Budak pendek yang letak kepala atas bahu aku ni namaya Najwa a.k.a Wawa. Salah seorang adek aku merangkap anak angkat umi aku. Bila datang rumah aku jumpa dengan si panjang  ada la kerja mereka lakukan sampai xlekat kat rumah waktu hujung minggu. Ayah Wawa ni Pak Oztaz di Sekolah Menengah Teknik Arau tempat Wawa belajar.

Ini result Wawa >>> aku pun tak tahu subjet apa yang dia ambil.
  • A >
  • A > 
  • A >
  • B >
  • B >
  • B >
  • C >
  • C >


Ahad, 18 Mac 2012

Percaturan Hidup II


sambungan ... 

WIJDAN dan NUR,

Aku tidak pandai berikan apa yang engkau mahukan. Aku cuba memahami dia sepenuhnya walaupun aku belum pasti untuk memilikinya. Tetapi aku terus berusaha mengapai apa yang aku cuba cari selama ini. Manusia seperti aku mudah berputus asa adalah mustahil walaupun aku penah berputus asa sebelum ini. Aku tahu apa yang aku mahukan dalam hidup ini perlu disertai dengan usaha, kalau aku gagal selepas berusaha aku boleh menarik nafas lega sebab aku tahu, aku bukan cuma berdiam diri dan tengok begitu sahaja. Melemparkan segalanya pada takdir untuk menentukan apa yang aku mahukan. Mustahil benda yang baik akan sentiasa muncul pada aku, aku bukannya manusia yang baik. Terlampau banyak khilaf pada diri aku ini dan aku tidak mampu tenggelam daripada merasai nikmat dunia yang membolehkan aku hidup sebagai manusia diatas muka bumi.

Tabahkan hati aku, ya.Allah. Jika aku berjaya disini, Insha.Allah akan bertemu dengan manusia-manusia yang sangat mengenang budi. Moga ada hati yang berubah. Moga ada hati yang terbuka.







Selasa, 13 Mac 2012




Kadang kala akibat terlalu menjaga perasaan orang lain, tanpa sedar kita telah melukakan hati sendiri. Kadang kala juga, kita telah cuba buat yang terbaik tapi akhirnya kesudahan yang berlaku tidak seperti yang kita harapkan, malah menjadi lebih buruk dari sebelumnya.



Kenapa susah sangat seseorang itu untuk fahami keadaan orang lain. Sama ada dia yang tidak memahami orang itu atau diri sendiri memang spesies hati batu, yang tak pernah cuba nak letak diri dia dalam situasi orang itu. Aku tetap percaya, kematangan seseorang memang sangat mempengaruhi keadaan ini. Betul kata orang, faktor umur kadang kala tidak mempengaruhi tahap kematangan sesorang. Walaupun dia sudah berumur sekalipun tapi kadang kala tindakan yang dilakukan tidak seiring dengan usianya. Keadaan ini mungkin turut dipengaruhi oleh persekitaran boleh jadi jugak faktor keluarga.

Tapi walau apa pun keadaannya, jangan pernah berhenti berbuat baik pada orang lain. Sebab itu adalah semulia-mulia sifat yang perlu ada dalam diri setiap dari manusia.

Teringat dalam satu hadis : -

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda : Musa bin Imran bertanya: " Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu ??? FirmanNya : " Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan orang lain. "

Sabtu, 10 Mac 2012

Iman itu cermin.



Hakikat iman kepada Allah S.W.T. adalah satu hakikat besar yang mencakupi seluruh kehidupan manusia. Apabila iman bersemi di dalam hati seseorang, maka iman itu akan terus menjelmakan kesannya dalam bentuk amal perbuatan, kegiatan dan perjuangan yang mengharapkan Allah S.W.T. atau redha Allah S.W.T.. Dia taat kerana Allah S.W.T. Dia tunduk dan patuh kepada titah perintah Allah S.W.T. sama ada kecil atau besar.

Tidak bersekongkol bersama-sama hakikat Iman itu hawa nafsu dan syahwat yang sering mengajak manusia menyeleweng daripada ajaran Allah S.W.T. Bahkan iman itu akan mengajak nafsu dan syahwat untuk tunduk mengikut ajaran Muhammad S.A.W. yang didatangkan daripada Allah S.W.T..

Imanlah yang akan mencernakan keseluruhan aspek kehidupan manusia yang meliputi bisikan jiwa, cetusan hati, keringinan roh, kecenderungan fitrah, gerakan jasmani, tindak balas pancaindera dan semua perbuatan sama ada semasa bersendirian mahu pun di depan orang ramai mengikut kehendak Allah S.W.T.



!@#$% ~ Akibat terlalu banyak dosa ketika ini. Aku manusia penuh dengan noda .Aku dalam proses pengubahsuaian pada hati, iman, jiwa dan otak. Aku cuba mahu mengawal hati, iman, jiwa dan otak. Moga sentiasa senyum selalu disaat gembira atau sedih.


Rabu, 7 Mac 2012

Pertunangan : Satu persediaan ???


PERTUNANGAN adalah peluang keemasan buat si gadis dan si teruna idaman. Sekejap atau lama bukanlah soal utama. Apa yang penting bagaimana kita mengisi tempoh itu. 2 tahun, 3 tahun atau 4 tahun lebih bermakna andai diisi dengan amal islami dari sebulan, 2 bulan tapi berpacaran. Yang lama terasa sekejap bila mana, masing-masing sibuk dengan urusan dakwah dan meningkatkan kualiti diri sebelum diijabkabulkan.

Allah berfirman dalam Surah Ar-Rum ayat ke-21.

Maksudnya: “ dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan ( yang menimbulkan kesedaran ) bagi orang-orang yang berfikir. ”

Sudah pasti cabaran untuk menjejaki hari bahagia itu sungguh besar. Namun meneliti ayat ini, seharusnya mengingatkan kita akan persiapan untuk menghadapinya. Hanya dengan rahmat dan kuasa Allah, kita akan bahagia dan bersenang hati. Dan apakah kita lupa, Allah akan menguji untuk tahu siapa yang lebih baik imannya ???

Berapa ramai berkata sayang pada isteri, tup tup 5 tahun, 10 tahun kemudian sudah meminta 'cawangan' sedangkan isteri masih mampu mengurus rumahtangga. Ada yang didera dan ada yang ditinggal sendirian. Silapnya di mana ??? Bukan silap sesiapa, silap diri sendiri tidak memberi peluang dan menerima kekurangan. Sikap kita yang bermasalah kerana mengikut nafsu dari mencari rahmat Illahi.

Justeru fatrah ini adalah persediaan untuk kita menghadapi hari perkahwinan. Belajar dari pengalaman orang lain setidaknya membuka mata akan realiti yang bakal dihadapi. Fatrah ini juga adalah tempoh untuk kita mencerna matlamat perkahwinan ke tahapan yang lebih tinggi.


Coretan seorang penulis. Katanya,
" Di dalam persoalan perkahwinan dan pembentukkan rumahtangga muslim, Islam tidak menyempitkan tujuannya hanya untuk menyediakan suasana yang subur bagi mendapatkan anak-anak yang soleh, meskipun ini adalah satu tujuan utama. Islam juga tidak membataskan tujuannya sekadar untuk mengekang pandangan atau menjaga kehormatan, meskipun ini juga matlamat perkahwinan. Islam juga tidak menghadkan tujuannya sekadar untuk menyalurkan nafsu secara syar’i. Bahkan, Islam telah menentukan matlamatnya dengan yang lebih tinggi, yang lebih mulia dan yang lebih jauh jangkauannya. Matlamatnya berkait rapat dengan matlamat kemasyarakatan, jihad dan perlaksanaan amal Islami yang luas. "


Maka, sudah bersediakan kita menghadapi semua itu. Mampukah mengapai matlamat pembinaan perkahwinan yang lebih tinggi. Ada yang kata mustahil. Ramai pasangan yang aku kenal berjaya mengekalkan rumahtangga dengan mawaddah dan rahmah. Formulanya mudah sahaja, Allah tempat pulang mencari jalan keluar terhadap segala dugaan.

Moga Allah redha dengan usaha kita mencari cinta-Nya.





Khamis, 1 Mac 2012

Anak kecil.


Bukan mudah berbicara soal perkahwinan, pengurusan anak-anak dan urusan yang berkaitan. Semua memerlukan kesabaran. Kepada yang sudah, syabas aku ucapkan dan selamat mendidik permata-permata Islam ini. Dalam proses mendidik mereka, anak-anak kecil ini, tabahlah dan sentuhlah mereka dengan cahaya dan didikan yang Allah gariskan.

Tidak lupa kepada mereka yang majoritinya belum bergelar ibubapa ( *pssst ~ termasuk diri aku ), apatah lagi masih belum ada rumah dan tangga selamat menyiapkan diri. Bina peribadi dan moga jadi khudwah yang baik pada anak-anak nanti. Selamat berjuang, selamat membina shahsiah dan salam mujahadah. Kautkan ilmu sebanyak-banyaknya dan selalulah memberi. Jaga hati, jaga diri dan jaga iman.

Rindu melihat telatah anak-anak kecil.
Fitrah mereka suci dan bersih dari segala Dosa. Kita ???
Melihat mereka mengingatkan diri akan kehidupan di akhirat sana..













Ahad, 26 Februari 2012

Budak MOKs sudah tua pun.


!@#$% ~ Jangan hampirinya kalau tidak pasti dengan hati sendiri. Jangan kembali kalau ada orang lain masih mengikuti setiap langkah yang kamu gerak dalam hidup di muka bumi ini.



Selamat Hari Lahir Moks - walaupun benci dan sentiasa bergaduh sampai mengamuk.

choc cake team SAFA kasi untuk Moks. 23 tahun umur Moks.

Sabtu, 25 Februari 2012

KASIH 12 ~ Mahabbah Ukhuwah.



ISLAM menyuruh kita untuk berkenal-kenalan dengan seberapa ramai orang yang boleh. Ada banyak kelebihan kalau kita ada ramai kenalan atau kawan. Antara kawan kita boleh menjadi tempat kita meluahkan perasaan teman untuk kita berborak dan bertukar-tukar fikiran boleh juga jadi pelanggan ( kalau berniaga ) boleh menjadi teman dikala kita kesunyian atau buhsan boleh juga menjadi penasihat kita kalau kita dalam kebuntuan dan banyak lagi.

Bak pepatah melayu pun ada mengatakan,

" Berkawan biar beribu, berkasih biar satu. "


ISLAM agama yang syumul yang mendidik umatnya untuk mencapai kebahagiaan akhirat tanpa meminggirkan persoalan dunia. Jesteru itu, amalan riadah atau bersukan menjadi sebahagian perkara yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan masyarakat yang cerdas pemikiran dan kuat fizikal.

Umat Islam tanpa mengira usia dan kedudukan wajar memanfaatkan masa terluang dengan melakukan riadah dan bersukan untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan seterusnya dapat menunaikan ibadah difardhukan dengan sempurna dan penuh kusyuk.

Rasulullah S.A.W sentiasa mengingatkan umatnya menjaga kesihatan, kuat serta terhindar daripada sebarang penyakit memudaratkan. Ini penting kerana kekuatan tenaga dan fizikal akan dapat melahirkan rasa gerun dalam kalangan musuh Islam yang sentiasa mengambil kesempatan untuk melakukan ancaman serta provokasi terhadap umat Islam.

Rasulullah S.A.W bersabda :

" Orang beriman yang kuat lebih baik dab lebih disukai oleh Allah berbanding daripa orang beriman yang lemah. "

( Hadis riwayat Muslim )


KASIH '12 singkatan dari KARNIVAL SILATURRAHIM 2012 bertemakan MAHABBAH UKHUWAH telah berlangsung pada 18, 19 dan 20 Februari 2012 bertempat di rumah batu berwarna kuning biru - Nadi Syabab Sadis - HadiqahI tfal - IBC ( International Bowling Center ). Pelbagai acara OUTDOOR dan INDOOR yang telah dianjurkan.










 Pasukan Biru.

Pasukan Merah.
Pasukan Kuning.

Pasukan Hijau.

TEAM PERLIS ~ dibarisi semua pasukan.


Rabu, 8 Februari 2012