Jumaat, 29 Oktober 2010

peduli...


bantu aku...
tolong aku...
aku lemas...

pandu aku...
bimbing aku...
aku hanyut...

+++


nah...
ambil ni...
capai tali ni...
cepat lah...

+++

kau hulurkan tangan...
membantu aku...

+++

sudah banyak hati yang dijaga...
tapi hati aku???

+++

oh... xpa2...
buat kerja ni mmg macam ni...
ujian...

tapi sampai bila???
xpaham-paham pun dia orang???

eaah... tak... tak... dia orang yang bagi paham...

buat kerja x???

usaha yang dilihat...
bukan hasil...

hasil tu hak dia..
dia yang kasi..
selayaknya dengan apa yang patut kau dapat...
rancangan dia penuh hikmah..
percayalah...

Khamis, 28 Oktober 2010

AKU dan DIA mahu bercinta sampai ke SYURGA II


بسم الله الرحمن الرحيم




mcm mana nih. nak ke xnak ??? nak ke xnak ??? nak ke xnak ??? huisssh... dugaan hati nih, macam mna aku nk hadapi esok hari bila ketemu.

jangan bagi aku runsing. bila aku bertanya, hari jumaat ni ada buat aktiviti apa ??? dibalas... tut, tutt, tutt, tutttt {maaf xleh dberitahu dalam ini} patut atau tidak ??? perkara ni dah publish di blog sebelum ni. harap mengerti. sudah diserah apa yang patut diserah.

ades...


apa yang aku rasa??? ... perlu aku katakan esok hari,


* kena tanya diri kau sendiri... aku yang akan berkata2 nanti... aku dah besar la... tapi, akal aku dah matang ke???


*topeng-topeng kehidupan, ohhh tidak... ini bukan reaksi rupa aku, tidak bermaksud sebegini. ahaaa ~~~ aku mahu lihat sesuatu. apa tindakkan aku seharusnya ini.


aku tidak boleh bersendirian untuk berfikir.


Rabu, 27 Oktober 2010

kahwin muda???



hidup ini penuh kejutan. jalannya jarang-jarang damai dan tenang. biasanya bergelora dan penuh rintangan yang hadir tiba-tiba. namun, siapalah aku untuk menolak takdir Tuhan ??? pahit, manis, suka, duka, derita, bahagia, serta cinta dan benci. inilah perasaan-perasaan yang mewarnai kehidupan. teringat pada dialog dalam sebuah filem, "betapa peristiwa-peristiwa yang telah berlaku barangkali akan kita terlupa tapi tidak pada rasa"


benar, sebuah perasaan memang sukar untuk terhapus dari memori ingatan. keriangan bersama teman, bahagia bersama keluarga, terluka kerana cinta dan kecewa atas kegagalan. itu semua masih berbekas di jiwa. kemudian baru-baru ini seorang lagi sahabat aku menurut langkah serupa, mengikat janji sepanjang hayat bersama wanita pilihan. arrrhhhhhh... aku masih merasa diri terlalu muda dan sukar untuk menerima walau aku sedar semakin ramai yang memilih untuk melalui jalan itu.


namun, aku yakin perkahwinan di usia muda atau tua sama sahaja. ia tetap sebuah perkahwinan. jika mengira mahu bersedia, selamanya kita tidak akan dapat mempersiapkan diri. maka, bila tiba sudah seruan, apa salah kiranya ia disahut dengan memohon berkat dan redha-Nya ??? ya, memang sebaik-baiknya bagi seorang perempuan yang sudah cukup umur itu adalah perkahwinan.

perkahwinan. 
keluarga yang bakal dibina dan keluarga yang bakal ditinggalkan. sungguh, kalau ditanya pada aku... aku tidak mungkin dapat meninggalkan keluarga aku lagi. sungguh perkahwinan tidak memutuskan hubungan kekeluargaan malah ia lebih menyatu dan mengeratkannya. namun, sebagai lelaki aku sedar betapa keutamaan yang perlu aku letakkan. maka selagi masih punya masa, aku ingin terus bersama keluarga.

perkahwinan. 
pelajaran dan waktu. antara sebab utama mengapa perkahwinan tidak digalakkan dalam usia muda. 
kerana kita masih di dalam pengajian. memang masih boleh terus belajar, malah bergraduat dengan cemerlang. 
namun, pasti ianya berbeza jika kita sendirian. seperti di atas juga, kita lelaki dan ada keutamaan yang perlu diutamakan. selagi boleh dielakkan wajar untuk terus dipertimbangkan.

perkahwinan. 
dakwah dan tarbiyah. hidup sendiri memberikan kita lebih kebebasan waktu. dan ia boleh disumbangkan ke jalan agama yang memang sentiasa memerlukan jiwa-jiwa muda untuk berjuang. memang perjuangan tidak akan terhenti dengan perkahwinan. namun, masa akan semakin terhad untuk kita menghabiskannya dalam jalan perjuangan kerana jihad seorang suami itu ternyata ada keutamaannya.

perkahwinan. 
mental dan fizikal. persiapan untuk menghadapi segala perkara baru. itu perlukan keberanian dan tawakal yang tinggi. sungguh, ia bukan mudah. orang kata, 10 tahun pertama perkahwinan adalah tempoh yang paling mencabar. selain itu persiapan ilmu-ilmu rumahtangga lainnya juga perlu dititik beratkan. kita tidak mahu melangkah ke alam rumah tangga tanpa ilmu yang akhirnya menimbulkan seribu satu kesulitan pula. huhuhuu... banyak sekali yang perlu difikirkan. dan jika terus berfikir memang sukar rasanya untuk mendirikan perkahwinan dalam usia muda. barangkali, kurangkan berfikir pada kemungkinan buruk dan bersangka baiklah. yakinlah Tuhan ada di sisi. dia akan sentiasa menunjuki jalan yang lurus. ku sedar, usia tidak akan bergerak ke belakang. ia akan terus meningkat, dan mahu tidak mahu satu persatu teman saya akan memilih untuk menamatkan kehidupan solo masing-masing. ya, aku juga begitu.




namun, saat ini bukanlah waktu yang paling sesuai melainkan atas beberapa sebab :

pertama :- sudah jatuh cinta dan bimbang akan membawa mudarat pada hati dan perhubungan jika ia tidak di ikat dengan jalan yang sah.
kedua :- terdesak atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti menjaga maruah keluarga dan sebagainya.

aku berkira, selagi kita masih mampu untuk meneruskan perjuangan ini sendiri, kita wajar meneruskannya. aku yakin petunjuk dan hidayah tidak datang dari manusia sebaliknya dari Allah semata-mata. keyakinan akan janji Allah betapa tiap jodoh, pertemuan, ajal dan maut telah tertulis.

Isnin, 25 Oktober 2010

manusia hanya merancang tuhan juga yang yang menentukan



dalam kehidupan seharian kita ini sering mengaturkan rancangan supaya tiada halangan atau sekatan dari rintangan yang tidak diketahui yang akan di hadapi oleh diri kita ini tidak akan mengubah apa2 perancangan yang telah ditetapkan. namun ianya hanya sebuah perancangan yang belum lagi berlaku kejadian itu. ianya boleh berubah, diubah, dan terubah. tiada yang pasti dalam sebuah perancangan yang dirancangkan.
adakah perlu berhenti merancang ???
biarkan takdir menentukan segala perjalanan ???

pastinya tidak ... 
ketidak pastian dalam perancangan amat memerlukan diri kita merancang. bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam kehidupan seharian kita ini. kehidupan yang penuh dengan kejutan memberi ruang persediaan kepada diri untuk merancang.

perancangan dan persediaan merupakan dua elemen yang peting untuk diri kita menyusun strategi perjuangan dalam kehidupan ini yang penuh dengan ranjau dan onak berduri. andai tidak kemas merancang atau membuat persediaan pasti dengan mudah kita akan menyerah kalah dalam kehidupan ini.

aku pernah bertanyakan mengenai perancangan kepada seorang sahabat aku. apa yang diperkatakan olehnya, perkara yang tidak dirancang akan diruntuhkan oleh kejahilan yang dirancang. 

jalan yang dirancangkan tidak dibentangkan bersama permaidani merah, ianya tidak seindah seperti malam oscar, ianya bukan mudah seperti berjalan kaki. ianya payah seperti diri kita mula2 belajar berjalan, sentiasa berdiri dan jatuh. ianya sukar apabila ianya menjadi sukar, maka diri kita ini hendaklah yakin dengan Allah ahawa kita berada dalam jalan yang benar. Allah tidak membebankan hambanya yang berjuang di jalan-Nya dengan ikhlas.


adakah diri kita ini benar sebenarnya beriman dengan Allah sepenuhnya tanpa diuji???
ujian tidak akan pernah berhenti. kita tidak boleh berhenti merancang biar pun setiap perancangn itu tidak pernah berjaya atau dilaksanakan. perancangan akan memberi diri kita visi tentang masa hadapan, menjadikan insan yang mengetahui arah tuju kehidupan. sebagai hamba Allah hendak la terus berusaha selagi yang mampu seterusnya bertawakal kepada Allah dan berah kepada-Nya. sesungguhnya Allah itu lebih besar perancangan-Nya.

*perhatian untuk diri aku.
- berusaha dengan sebaik-baiknya.moga Allah akan memberi jalan yang mudah untuk diri aku ini... tabahkan hatiku ini ya.Allah
 








Selasa, 12 Oktober 2010

Mengutip Kenangan : sepupu sepapat>>> b22 blok 8 jalan kenari felda chuping perlis


Perhatian kepada sepupu sepapat, marilah dengar isi hati dan buah fikiran aku.
(ada ke sepupu aku baca blog ni??? huhuhu>>> )


Rindu tak zaman kita kecil-kecil dulu ??? Ingat tak betapa bestnya kita masa dekat. kampung ketika mana kita masih ada bersama. kumpul ramai2. Kalau masa bulan puasa dulu, bila berbuka penuh dapur rumah tok yang luas tu. Budak kecil akan duduk hujung-hujung dekat dengan pintu. Kalau malam raya, meriah sangat. Orang-orang dewasa masak ketupat, lemang, dodol, tapi kita duk main bunga api ramai-ramai. Bila musim durian, kita pakat-pakat balik kampung tunggu durian gugur sampai di rumah ja, itu pun kalau tok bawa g dusun baru leh tunggu durian gugur. Kita main apa entah benda permainan dekat sawah belakang umah tok masa hari raya dulu. Kita main dekat kawasan sekolah. Banyak sangat lagi kenangan. Seronok,kan??? Tapi sejak semua dah meningkat dewasa, kita jarang berkumpul ramai-ramai macam dulu. Kalau jumpa pun, sempat tengok muka je, tak sempat duduk sama-sama macam dulu. Setuju ??? Dengan ini, aku nak ajak kita anjurkan family gathering. Nak tak ??? Kita pilih destinasi, tetapkan masa dan lantik ajk. Ada yang dah setuju. Nanti kita bincang sungguh-sungguh ya. tapi kena la tunggu aku dan fauzan pulang ke malaysia.