Sabtu, 21 Disember 2013

- My little Wijdan.


My little Wijdan Iffah Hanani join kenduri hari ni, ini tidak adil... Huhuhu sangat2 cemburu dgn semua orang. Awesome bila Tomey2 iffah selfie pict sendri. Rindunya. 




Isnin, 26 Ogos 2013

HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN.




>>> Muhasabah diri untuk hari ini. Hati berasa salah.



Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah S.A.W bersabda : “ Pada hari kiamat kelak Allah berfirman : “ Hai anak Adam, Aku sakit. Mengapa tidak engkau kunjungi Aku ??? ” 
Jawab anak Adam : “ Wahai Tuhanku. Bagaimana mungkin aku mengunjungi Engkau padahal Engkau Tuhan semesta alam?”

Firman Allah :
“ Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan sakit, mengapa kamu tidak mengunjunginya ??? Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu kunjungi dia, kamu akan mendapati-Ku disisinya ??? ” " Hai anak Adam. Aku minta makan kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku makan ??? ” Jawab anak Adam : “ Wahai Tuhan. Bagaimana mungkin aku memberi Engkau makan, padahal Engkau Tuhan semesta alam ??? "

Firman Allah : 
“ Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan minta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberinya makan. Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu memberinya makan nescaya engkau mendapatkannya di sisi-Ku ??? ” 
“ Hai anak Adam. Aku minta minum kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku minum ??? ” Jawab anak Adam: “Wahai Tuhan, bagaimana mungkin aku memberi Engkau minum padahal Engkau Tuhan semesta alam ??? ” 

Firman Allah : " Hamba-Ku si fulan minta minum kepadamu, tetapi kamu tidak memberinya minum. Ketahuilah seandainya kamu memberinya minum, nescaya kamu mendapatkannya di sisi-Ku.”

Selasa, 21 Mei 2013

Harapan Yang Tiada Noktah..


Setiap orang,

Akan ada sesuatu yang dia simpan...
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan...
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan...


Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia...
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka...
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis...
Pasti ada...
Kerana dia juga manusia...


Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah...

Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan...
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui...
Ada...


Cuma,

Mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak...

Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga....

Ada insan lain,

yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya...
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu...
Pujuk hatimu...


Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada...
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu...
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-kali mengkhianati kepercayaan kamu... ”


p/s: sy yakin dengan perasaan sy pd awk.. insyaAllah,hati ini tak akan mengkhianati..percayalah...

Sabtu, 26 Januari 2013

Ketahuilah..

Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar “Hai” daripada dia cukup sebagai penenang.

Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu! Jangan jadi terlalu ’sweet’, saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti,kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita, yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil.Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali,mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, “Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”.Jawab titis air mata kedua tu, “Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu sahaja.” Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita, kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja anda berada.

Ulasan:
Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya,fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yang bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yang kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don’t be too choosy!)

Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yang kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita.Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama.Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan.
Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar-benar menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini “Saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja. Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya.Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan ‘court’ (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya… “

Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. Terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan…

Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

"People Will Forget What U Said
People Will Forget What U Did
But People Will Never Forget How U Made Them Feel"

Jangan sesekali kita melukakan hati dan perasaan insan lain hanya untuk kebahagian dan kepentingan diri sendiri. Sesungguhnya setiap hati dan perasaan itu adalah hak Allah…Allah Maha Pengasih,Maha Penyayang dan Allah Maha Adil.Setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasan dari-Nya…BERINGATLAH...

 p/s:Demi Allah,aku adalah sebutir bintang yang sanggup menyinari kau
walau dimana sahaja kau berada..

Ini untukmu yang sedang bersedih,dalam rangka menasihati diri sendiri…

Sabtu, 19 Januari 2013

Adakah Cinta Bukan Milik Kita...??




Dalam perhubungan impian, apa yang kita harapkan pastinya berkesudahan dengan Happy Ending kan? Malangnya, seringkali kita sampai di penamat yg berbunyi..

"..kita putus.."

"..sampai di sini.."

"..tak ada jodoh di antara kita.."

"..aku bukan utkmu..kamu berhak dapat yg lebih layak.."


Kita manusia. Manusia merancang. Allah juga merancang. Namun, "Wallahu Khairul Maakirin."

( Allah lah sebaik-baik perancang segala rencana. )


 Hubungan pula saya bahagikan kepada dua:

- Hubungan yang diredhai (dah nikah).
- Hubungan tak halal (belum nikah lagi).

Tapi kedua-dua hubungan ini juga tidak ada jaminan akan kekal. Kedua-dua hubungan ini akan diuji. Siapa yang lemah, pasti tersungkur. Siapa yang tabah, beroleh hikmah.

Cinta bukan milik kita. Sebab bukan milik kitalah, kita tak mampu kawal sepenuhnya.

Saya hanya nampak satu cara untuk kekalkan hubungan cinta. Gapai cintaNya melalui konsep Tawaqqi.

Means, hubungan tak halal automatik belum pasti ada jaminan boleh berjaya sebab jauh dari cintaNya. Jika berjaya ke jinjang pelamin, itu maknanya Allah mahu kamu dan pasangan berubah lebih baik serta siap sedialah; kerna ada ujian-ujian di hadapan sebagai kaffarah dosa-dosa kapel silam. Namun jika tak berjaya, itu bermakna Allah nak kamu kembali muhasabah diri-hilangkan benteng yang menjadi hijab di antara kamu dengan kecintaan kepada Allah. Ya, kesedihan awal-awal itulah kaffarah dosa-dosa.

Yang dah kahwin, tarbiyyahlah pasangan utk sama-sama jaga hubungan cinta dengan Allah. InsyaAllah kekal lamalah hbgn itu. Jika diuji, ada hikmah. Diuji dengan kesusahan dan kemiskinan, kecelakaan dan musibah. Jika tak diuji, pelik sebab kita hanya hamba. Bercerai juga ujian. Namun, bersyukurlah sebab Allah beri masa untuk kita kecap bahagia bersama-sama. Walaupun sekejap cuma.




Fahami konsep Tawaqqi.

Apa itu tawaqqi? Menurut Ibnu Kathir tawaqqi adalah kata asal untuk taqwa. Bermaksud, "menjaga diri daripada perkara yang tak diingini." Menurut Muhammad bin Allan, "taqwa ialah mematuhi perintah-perintah Allah dan menghindari larangan-laranganNya dengan mengerjakan setiap yang diperintah, tinggalkan yang dilarang, mengikut kemampuan." Manakala Saiyidina Umar mengkiaskan hakikat taqwa sebagai "berjalan dengan waspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak ataupun terpijak onak dan duri."



Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: "..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri.." Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata,,,insyaAllah.... ♥



Cinta bukan milik kita. Setiap perpisahan tidak sia-sia.
Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu..
 

Ini untukmu yang sedang bersedih,dalam rangka menasihati diri sendiri…

Rabu, 2 Januari 2013

La Tahzan..





Jangan bersedih hati jika Allah tak memberi kita seseorang yang kita rindu kan..
InsyaAllah Dia akan menghadirkan seseorang yang akan merindukan kita.

Jangan bersedih hati jika Allah tak memberi kita seseorang yang kita dambakan..
InsyaAllah Dia akan memberi kita seseorang yang akan mendambakan kita.

Jangan bersedih hati jika Allah tak menyatukan kita dengan seseorang yang kita cintai..
InsyaAllah Dia akan menghadirkan seseorang yang akan mencintai kita.

Seseorang yang hadir bukan hanya kerana apa yang ada pada diri kita.
Akan tetapi ia hadir dan mampu menerima kita apa adanya.

Maka..

Sujud kan diri dan hati serta jiwa kita dalam bertakwa kepada-Nya.
Indah kan akhlak diri dengan sebaik-baiknya keindahan.
Nescaya Allah akan memberi yang terbaik untuk kita dengan segala Keindahan hati dan ketakwaannya.

Kerana sejatinya jodoh yang akan kita dapat tak kan jauh berbeza dari sifat, peribadi dan akhlak kita.

InsyaAllah.. :)


Ini untukmu yang sedang bersedih,dalam rangka menasihati diri sendiri…