Ahad, 26 Februari 2012

Budak MOKs sudah tua pun.


!@#$% ~ Jangan hampirinya kalau tidak pasti dengan hati sendiri. Jangan kembali kalau ada orang lain masih mengikuti setiap langkah yang kamu gerak dalam hidup di muka bumi ini.



Selamat Hari Lahir Moks - walaupun benci dan sentiasa bergaduh sampai mengamuk.

choc cake team SAFA kasi untuk Moks. 23 tahun umur Moks.

Sabtu, 25 Februari 2012

KASIH 12 ~ Mahabbah Ukhuwah.



ISLAM menyuruh kita untuk berkenal-kenalan dengan seberapa ramai orang yang boleh. Ada banyak kelebihan kalau kita ada ramai kenalan atau kawan. Antara kawan kita boleh menjadi tempat kita meluahkan perasaan teman untuk kita berborak dan bertukar-tukar fikiran boleh juga jadi pelanggan ( kalau berniaga ) boleh menjadi teman dikala kita kesunyian atau buhsan boleh juga menjadi penasihat kita kalau kita dalam kebuntuan dan banyak lagi.

Bak pepatah melayu pun ada mengatakan,

" Berkawan biar beribu, berkasih biar satu. "


ISLAM agama yang syumul yang mendidik umatnya untuk mencapai kebahagiaan akhirat tanpa meminggirkan persoalan dunia. Jesteru itu, amalan riadah atau bersukan menjadi sebahagian perkara yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan masyarakat yang cerdas pemikiran dan kuat fizikal.

Umat Islam tanpa mengira usia dan kedudukan wajar memanfaatkan masa terluang dengan melakukan riadah dan bersukan untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan seterusnya dapat menunaikan ibadah difardhukan dengan sempurna dan penuh kusyuk.

Rasulullah S.A.W sentiasa mengingatkan umatnya menjaga kesihatan, kuat serta terhindar daripada sebarang penyakit memudaratkan. Ini penting kerana kekuatan tenaga dan fizikal akan dapat melahirkan rasa gerun dalam kalangan musuh Islam yang sentiasa mengambil kesempatan untuk melakukan ancaman serta provokasi terhadap umat Islam.

Rasulullah S.A.W bersabda :

" Orang beriman yang kuat lebih baik dab lebih disukai oleh Allah berbanding daripa orang beriman yang lemah. "

( Hadis riwayat Muslim )


KASIH '12 singkatan dari KARNIVAL SILATURRAHIM 2012 bertemakan MAHABBAH UKHUWAH telah berlangsung pada 18, 19 dan 20 Februari 2012 bertempat di rumah batu berwarna kuning biru - Nadi Syabab Sadis - HadiqahI tfal - IBC ( International Bowling Center ). Pelbagai acara OUTDOOR dan INDOOR yang telah dianjurkan.










 Pasukan Biru.

Pasukan Merah.
Pasukan Kuning.

Pasukan Hijau.

TEAM PERLIS ~ dibarisi semua pasukan.


Rabu, 8 Februari 2012

Jaga hati, jaga diri dan jaga iman.

Selamat Hari Lahir untuk awak yang banyak mengajar erti sebenar sebuah kehidupan.

Ahad, 5 Februari 2012

~ Rindu Serindunya.


Perasaan rindu adalah tanda bahawa kita sayang pada seseorang. Rindu yang mendalam boleh membuatkan kita tidak keruan, menjadi serba salah, segala kerja tidak menjadi. Sebelum tidur dia adalah orang pertama yang kita ingat dan bila bangun tidur, dia jugalah orang pertama yang kita ingat. Bak kata Jamal Abdillah ~ Kekasih Awal dan Akhir.

Kita mungkin rindu kepada suami/isteri, mama/abah, anak-anak, adik beradik, sahabat dan sesiapa sahaja yang pernah rapat dengan kita. Mereka ini masih hidup cuma tidak lagi tinggal bersama kita. Cara untuk melepaskan rindu kepada mereka mungkin dengan pergi berjumpa dengan mereka. Ataupun menelefon dan bercakap dengan mereka. Mungkin juga dengan menghantar surat atau kad sebagai tanda kita ingat dan rindu kepada mereka.

Kadang-kadang rindu pada mereka diatas, lebih baik bersarang dihati dan tidak perlu dikongsi. Mudah-mudahan ia akan baik sendiri bila tiba waktu tanpa janji.

Kita juga rindu pada orang-orang yang telah lama meninggalkan kita. Mungkin juga orang-orang yang saya sebut di atas tetapi sudah pergi meninggalkan alam fana ini. Rindu sebegini membuat kita mengeluh panjang dan mungkin menitis airmata. Doa dan sedekah Al-Fatihah adalah jalan untuk kita berhubung sebagai tanda bahawa mereka masih didalam ingatan kita sentiasa.

Ada kemungkinan juga kita merindui orang yang tidak pernah kita temui selama berhubung dengan dia. Ingin sekali kita bertemu dengan dia agar dapat melihat sendiri bagaimana rupa dia yang sebenarnya. Rindu sebegini tidak begitu meyakinkan kerana kita hanya "melihat" dia di alam maya atau melalui surat menyurat sahaja.

Walaubagaimanapun, saya pasti kita sangat-sangat ingin menemui Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW walaupun kita tidak pernah menemui mereka. Walaupun tidak pernah menemui Rasulullah tetapi setiap hari kita mengamalkan sunnah baginda sebagai tanda kasih sayang pada baginda. Sebagai seorang Islam, saya yakin kita ada menanam impian untuk bertemu Rasulullah di dalam mimpi kita. Kita juga yakin bahawa Sunnah rasulullah adalah sebahagian daripada sumber rujukan shariah selain daripada Al Quran al Karim.

Rindu pada Pencipta kita hanya boleh dilepaskan dengan sentiasa berkomunikasi dengan Dia melalui zikrullah, membaca ayat2 suci al Quran dan melihat ciptaanNya sambil menyebut " Rabbana Maa Khalaqta Haaza batilaa Subhanaka Faqina azaabannar".

Mudah-mudahan setiap kerinduan kita pada manusia dilepaskan dengan sebaik-baiknya mengikut hukum shara'. tetapi kerinduan pada Allah dan RasulNya adalah puncak kenikmatan rindu yang tidak boleh dilafazkan dengan kata-kta. Hanya Allah yg Maha Mengetahui betapa dalamnya rindu kita kepadaNya....

Jumaat, 3 Februari 2012

Sampai Masa Tibalah Waktunya ~ Walimatul Urus Huzaifah & Azizah.


بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Firman Allah s.w.t ada menyebut,

" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri (jodoh) dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepada Nya, dan dijadikan Nya diantaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. "

[Surah Ar-Rum : 21]


Tanggal Satu Februari Dua Puluh Dua Belas ~ 12 Februari 2011M bersamaan 8 Rabiulawal 1433H pada hari Rabu telah berlangsung majlis Walimatul Urus Huzaifah Mohamad & Azizah Aziz di bagunan yang berwana biru dan kuning. 

Erti disebalik lafaz sakinah ~ " Aku terima nikahnya dengan si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinya RM______.__??? "

Erti kata yang sebenarnya adalah ~ " Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa sahaja dosa yang dia buat, dari dedah aurat sehingga tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau aku tidak didik sebaik-baiknya, maka aku fasik, dayus dan rela masuk neraka dan malaikat melibas aku hingga pecah badan aku. "

Makna ini yang cukup mendalam, berat sekali untuk aku nak ucapkan lafaz sakinah dan terima qabul itu. Lafaz sakinah bukan boleh dibuat main-main apatah lagi diambil lewa. Ianya bukan satu perkara yang riang ria atau gembira untuk diri aku ini tetapi satu tanggungjawab yang besar perlu aku tanggung itu. Layakah aku mengucapkan lafaz sakinah itu ???

Tapi, itu la... Tahniah aku diucapkan untuk saudara Huzaifah Mohamad dan pasangannya saudari Azizah Aziz.












 



















" Perkahwinan adalah penyatuan dua hati. Itulah hadiah yang Allah berikan untuk meraikan fitrah insani. Siapalah kita untuk menidakkan kehadiran fasa ini. Dengan izin Allah akan hadirlah fasa ini. Di dalamnya ada tanggungjawab bukan sekadar suka suka. Suka duka kehidupan pasti silih berganti namun di dalam perkahwinanlah wujud medan praktikal melebihi medan teori. Maka tidaklah asing jika hadith mengatakan sempurnalah setengah agama jika seorang hamba itu menikah."

[ Hadith hasan riwayat Al-Hakim dan Ath-Thabrani dari Anas Bin Malik]


-@#$%! ~ Kadangkala orang yang aku sayang itu suka menguji. Sekejap dia munculkan diri, sekejap dia menghilangkan diri. Apabila aku memerlukan dia, tiba-tiba dia menghilangkan diri bersembunyi. Apabila aku kononya tidak mahu ambil kisah, dia memunculkan diri. Senyuman yang muncul diwajah itu kekal sepanjang hari.