Selasa, 31 Ogos 2010

maaf... umi dan abah, hati abang berkata ini sebenarnya.



Kepada ayahanda yang dikasihi dan bonda yang aku cintai… Apa khabar dengan keluarga di Malaysia??? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa. Abang pun tak berapa jelas mengapa abang nak tulis surat ni kepada umi dan abah. Rasanya sepanjang hidup ni, tidak penah abang untuk membincangkannya dalam bentuk surat. Dipendekkan cerita, abang sebenarnya untuk meminta redha umi dan abah untuk bernikah. Mungkin umi dan abah terkejut apabila abang cakap macam ni.  Abang bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Abang nak nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurna sebahagian daripada agama. Selain itu, dengan nikah, abang akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada Allah.

Kadang-kala, abang rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah. Abang bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi abang nak umi dan abah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina.
ALLAH SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)
Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.
Bagi pendapat abang,  pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat. Di universiti abang, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk. Mengenai calon, abang xda lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau umi dan abahbagi abang green light, masalah calon, umi dan abah jgn risau (bagi tempoh 1 hari @ 24 jam), yang penting umi dan abah bersedia. Abang minta maaf, calon tu abang yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna umi dan abah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk abang. Umi dan abah mungkin akan bertanya bagaimana pulak abang akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang abang nikahi nanti.
Seperti yang abang katakan awal-awal tadi, abang nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh abang belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka abang akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada.
Kalau abang telefon dia, abang dapat pahala, abang rindu kat dia, abang dapat pahala, abang bagi hadiah kat dia, abang dapat pahala malahan kalau keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, abang nak tanya pada umi dan abah, adakah umi dan abah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah.
Sekarang pilihan di tangan kita… Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan abang masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka abang akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka abang akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah umi dan abahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).
Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi umi baju sebagai hadiah, takkan umi tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Umi akan terima juga. Kalau nenek menjamu umi dengan makanan, umi jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau umi dan abah masih kurang jelas, umi boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Umi dan abah jgn risau, sebelum abang nak nikah, abang akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri abang. Kalau dia menyetujuinya, Alhamdulillah, kalau tak abang tangguh dulu. Apa-apa pun, abang tegaskan sekali lagi, abang nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa. Abang tengok semua sepupu abang nikah awal dalam umur 22 tahun. Abang cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu abang tua nanti, abang tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak abang nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah.
Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). Abang juga harap, anak-anak  abang nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini. Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda ni, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Abang tak nak abang akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan umi dan abah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul. Abang sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan abang dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi tak tahu la sampai tak kat rumah tahun lepas.
Insya.ALLAH dalam risalah tu abang ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam. Diharap umi dan abah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Abang nak umi dan abah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi abang, kalau abang membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab abang pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja abang membicarakan hal nikah ni ketika mana abang baru berusia 21 tahun (dalam tahun Islam, abang dah 22 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat abang ini. Diharap umi dan abah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Abang tidak memaksa umi dan abah untuk menyetujui seratus peratus apa yang abang katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.Kalau boleh jgn bagitau adek-adek dan saudara yang lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan abang ini atas beberapa faktor. Insya.ALLAH, kalau ada apa-apa nanti, abang akan maklumkan kepada mereka.
Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan umi dan abah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti. Akhirul kalam, doakan abang di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat.

adam kawan terbaik aku

adam mada selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-21.
sorry kerna buat begini.
tidak aku ketahui ini plan siapa tapi ini tidak adil kerna kembar ang sorang lagi x kena



fesyen rambut terkini menggunakan gel berasaskan telur ayam tempatan gred-d dicampur dngan tepung gandum cap bunga emas, ak kasi emas ori mmg xleh pun sbb org laki2 xleh pakai emas ori. sorry la xkasi ang telur ayam gred-a, semua pakat seep (bajet) duit...



afiq ali atau nama glamour nya yon... yon nama antarabangsa, pereka rambut bacth aku semasa skol menegah dlu... yon sedang meng-desig-kan rambut adam, yon pun mengalahkan adam lak...



afiq ali kelihatam seperti??? pen-design rambut adam pun huhuhu.... apa ni kelihatan putih campur hitam



hehehhe... ini rupa alif raoh bila disaluti tepung



aku bersama adam... tapi aku dh salin baju pun
berbau hanyir telur campur tepung gandum.
aku pohon maaf ye

menanti ketibaan kepulangan kembar adam mada nama glamournya adib poyo gaban...



***perhatian***
kepada adib poyo, bersiap sedia utk meghadapi kejutan yang akan di lakukan tidak selama lagi bila kau pulang ke perlis...

Ahad, 29 Ogos 2010

sanah helwah

selamat ulang tahun kelahiran my.dear.wijdan...
sanah helwah my.dear.wijdan...

bukan mudahnya mencari pasangan hidup...

one...
two...
three...
go...

Moga ini  bukan dilema bagi aku dalam memilih jodoh, bukan lagi rahsia. Pelbagai persoalan yang sering terselit dalam bicara maya terutamanya. Tidak ingin aku berkiasan dalam berbicara mengenai soal hati. Tidak aku pandai untuk berpura-pura sebagai seorang pelakon.Cuma aku ingin menjadi diri aku sendiri yang ada bersama aku adalah dia. Ingin aku dan dia bercinta sampai ke syurga.

Dalam kehidupan seharian kita sudah menjadi lumrah, setiap diri manusia ini mahukan yang terbaik dalam hidup. Apa yang dicari??? Semestinya dalam soal mencari teman hidup. Kenapa aku berbicara mengenai ini??? Aduhai...

" kau dengan dia macam mana sekarang "
" bila nak akad nikah ni ??? "


" doa ya. moga aku  dengan dia ya "" aku sayangi dia "


adusss... ini soalan yang sering disoal dengan aku dan jawapan yang aku berikan apabila ketemu dengan rakan yang mengetahui...
adakah kata-kata ini yang salah sering kali aku ungkap dan ucapkan???
 
Tabahkan hatiku ya.Allah

Tapi...
Ini ungkapan dari seorang sahabat aku yang disayangi bila aku berjumpa semasa pulang berehat...

" zuri, doa ya. moga aku jumpa yang solehah "
" calon pilihan saya mesti solehah "


ini syarat yang sahabat aku ungkapkan dimalam hari semasa berbicara.

Namun, ini bukan menjadi kesalahan pun. Masing-masing kita ada pilihan dan kehendak sendiri.

Cuma, dengan syarat sebegitu begini, nampaknya mustahil untuk ketemu.

Jadi, ada yang bertanya pula, kalau sudah sukar mencari yang soleh atau solehah, bagaimana???
jadikanlah diri kita ini seorang soleh atau solehah, insya.Allah akan muncul yang solehah atau soleh sebagai pasangan hidup.

Kita sibuk menyusun senarai - soleh tak soleh, solehah tak solehah, tsiqah atau tidak. Hingga terlupa orang lain juga sedang menilai kita, sama ada kita ini calon soleh / solehah atau tidak.

Mudahlah kalau kita sudah siap-siap jadi calon yang soleh / solehah. Insya.Allah tak sukar si soleh / solehah menemui kita.

Bukankah Allah sudah berjanji,

"wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. dan lelaki yang keji untik wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik dan lelaki yang baik diperuntukan bagi wanita yang baik (pula)"
alnur- 26.

jangan kamu nikahi wanita kerana kecantikannya kelak kecantikannya itu akan membinasakannya, janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya,
boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu,
sebaliknya nikahilah wanita yang beragama,
sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tapi beragama itu adalah lebih baik bagimu...

riwayat abdullah bin humaid.



  sebagai tanda...



ianya untuk mu...

AKU dan DIA mahu bercinta sampai ke SYURGA I

LUSA akan masuk bulan September...
ESOK 31 Ogos 2010, hari yang paling penting dalam sejarah Malaysia. Moga akan berterusan keakhirnya, selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53.

Bagi diri aku yang lemah ini  ingin berkongsi pendapat mengenai tentang kemerdekaan. Dengan sangat senangnya hati aku mendengar cerita-cerita yang diperkatakan oleh rakan-rakan sepengajian aku di universiti.

Senang hati kerana mereka memilih pernikahan, bukan perzinaan.


Jauh mana merdeka hati, jiwa, akal, nafsu dan segala yang berkaitan diri??? pikir-pikirkan, hari ini isu yang didengari mengenai gajala yang tidak sihat berlaku. Ramai yang memilih untuk tidak terikat dengan komitmen dalam rumahtangga. Lalu memilih jalan singkat untuk melempiaskan nafsu yang digebu-gebukan saban waktu.

Tetapi perkahwinan bukanlah tujuannya hanya hubungan intim ke situ. Bukan untuk seronok-seronok tanpa tujuan. Bukan permainan yang ada game over dan boleh cuba-cuba.

Ia adalah amanah. Amanah besar, beralihnya tanggungjawab dari seorang ayah ke bahu seorang suami.

Dan bagi si lelaki yang bergelar suami pula...
Syurga atau neraka isteri dan isi rumahnya terletak di tangannya. Membimbing pasangan menuju ke syurga seperti yang diimpi, bukan termetri dengan kata-kata dan harapan. Ia memerlukan usaha dan pengorbanan. Jalannya sukar dan berliku.

Atmosfera dalam rumahtangga ada panas dan sejuknya. Bersedialah untuk musim-musim itu. Kerana hidup untuk dihargai.

Tetapi bahagia ada di mana-mana. Pilihlah untuk bahagia. Moga diri kita dapat mampu mengubahnya.



kekuatankasihsayang --- kodiang, kedah.

Sabtu, 21 Ogos 2010

: *bila ini terjadi

*** tabahkan hatiku ya.Allah, aku merinduinya...

adab-adab berbuka puasa


buz...buzz...buzzz...

kepada amira zakiah malek, zuri pohon maaf ye... zuri copy dari artikel mia, xsempat nk menaip skrnag ni... apa2 hal nnti claim blek dgn zuri sebelum raya...



1. Membaca doa
Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi SAW akan membaca : Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
(Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah)
 – Hadis riwayat Abu Dawud
Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي
(Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in an taghfirali)”
 – Hadis riwayat Ibn Majah
Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa. Sabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” – Hadis riwayat Ibn Majah
2. Menyegerakan Berbuka Puasa.
Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah SAW bersabda:
“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari
Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah SWT telah berfirman maksudnya :
“Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Tirmizi
3. Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air.
Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi SAW Anas bin Malik r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmizi
4. Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib.
Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat Maghrib setelah berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Namun, sekiranya makanan malam telah terhidang disunnahkan menjamah makan malam terlebih dahulu walaupun solat telah didirikan. Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solatMaghrib. Sabda Rasulullah SAW :
Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.” – Hadis riwayat al-Bukhari
Menurut Imam al-Nawawi : “Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.”
5. Berbuka Puasa Secara Sederhana.
Firman Allah SWT :
“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indahsetiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” – Surah al-A’raaf : Ayat 31
Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk kita melepas geram kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman. Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan. Sabda Nabi SAW :
“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” – Hadis riwayat al-Tirmizi
6. Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa.
Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya mengadakan majlis berbuka puasa untuk menjamu makan bagi mereka yang berpuasa terutamanya kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim dan mereka yang ditimpa musibah. Firman Allah SWT :
“Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.” – Surah al-Insan: 8-9.
Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya. Sabda baginda SAW :
“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” – Hadis riwayat al-Tirmizi.

salam ramadhan

Pejam celik, pejam celik da 12 hari kita berpuasa. subhanallah.. pantas sungguh masa memotong aku...


hurm... suka untuk saya kongsi tentang apa yang berlaku semenjak 2 menjak ni..
tragedi2 yang mengajak saya untuk berfikiran lebih matang ( matang kew???) tapi masih dalam proses pembaikpulihan. 



saya nak tanya, susah sgt ke nak faham orang lain??? 
payah sgt ke nak terima perbezaan???

pahit sangat ke kalau orang ckp kelemahan kita?? ?sakit sangat ke kalau kena tegur???
soalan tersebut kene jawab masing2 la.. sebab rambut sama itam, ati lain2... btol tak???
Seperti Firman ALLAH dalam Surah An-Nahl ayat 93



Dan kalau Allah menghendaki, niscaya dia menjadikan kamu satu umat (saja), tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. dan Sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang Telah kamu kerjakan"


Jadi, kita kena faham kenapa Pencipta kita menghasilkan ciptaanNYA yang sangat bervariasi. supaya kita menjadi hamba yang berfikir. andai semua dijadikan sama, maka kita ini tidak ubah seperti robot yang dicipta manusia.pertelingkahan, perbezaan pendapat dan berselisih faham tidak akan lari dari kehidupan kita sebagai manusia. kenapa nak nafikan yg kita pernah gaduh ngan orang? ianya normal, tetapi perlu ada jalan penyelesaian.

TOLERANSI : apa erti perkataan ini??? maksudnya, perlu ada sifat tolak ansur dalam kita bergaul dengan orang lain.

kalau diikutkan, setiap orang nak ada orang lain yang boleh faham diri dia macam mana... 
tapi, boleh x tanya diri sendiri dulu, sejauh mana kita cuba untuk memahami orang lain???
bab2 berselisih pendapat ni, saya suka berkongsi 1 cerita yang terjadi pada suatu petang setelah mengutip adik di sekolah...

alkisah berbunyi begini...

A: ni apehal muke monyok ni??
E : tadi enon gaduh ngan Siti sarah (bkn name sbnr ). die tu suka kcu orang. biarlah enon nk makan jeli kelapa pun. kenapa nak ejek2?? ( lalu menitik la air mate c kecik yg x brape kecik)
A : la, pasal jeli kelapa pun nk gaduh? dah tu, asal kne ejek plak?
E : die ckp, ape la ainun syafiqah ni,tiap2 ari makan jeli kelapa. awak x boring ke??kalau kita, mesti dah x lalu nak makan. huhu.. biarlah enon nk mkn ape pon!
A : dah2 jangan nanges2 dah.. buruk! nak makan bli jelah,klu kawan tu nak, kasila ckit.eh, yg jln ngan enon tdi sape??( dalam hati, ntah hape2 la kanak2 ni,small matter pon boleh smpai nanges2)
E : tadi tu Siti Sarah la..
A : chet, dalam gaduh2 tu bleyh lagi main sesame?? urm.. hape2 jelah... x larat k melayan..

kesimpulannye, hablum minan nas ( hubungan sesama manusia) ni mmg sukar untuk ditafsir...
perempuan dewasa ke, lelaki dewasa ke,pun x bleh nak lari daripada perselisihan pendapat.tapi, yg membezakan kita dengan kanak2 di atas adalah,bagaimana cara kita atasi. kengkadang kita menganggap perkara yang remeh itu rumit, dan yang rumit itu remeh. tapi, perbincangan nye terlalu panjang, sebab berbeza lelaki & perempuan...

Sebelum saya menutup tinta pada kali ini,suka untuk saya mengingatkan diri serta sahabat2 untuk sama2 kita mengejar malam Seribu Bulan. Barakahnye, diharap berkekalan. Perkuatkan hati, perkukuh jati diri, demi mencapai redha ILAHI. jadi, dalam kita mengorak untuk memperbaiki ukhwah sesama insani, jangan lupa da' based job caliph is to serve for our Creator. insyaALLAH, redha dariNYA itu akan memudahkan gerak kerja kita. 

cuba jadi manusia






خوف الصدقين سؤ الخاتمة


' ketakutan orang yang benar itu adalah pada penghujung yang buruk '

dan kata abu darda' :
aku tidak takut disoal oleh Allah taala apakah ilmu yang kau ada? tetapi aku takut disoal oleh Allah s.w.t apakah ilmu yang engkau lakukan dengan ilmu yang engkau ada?