Rabu, 30 Jun 2010

Pertunangan atau Khitbah




بسم الله الرحمن الرحيم





sebagai tanda....





ianya untukmu....





Sebagaimana yang umum ketahui, maknanya sahaja menggambarkan perbezaan jelas antara Khitbah (meminang, melamar) dan pernikahan. Meminang tidak lain hanya sebagai pemula kepada perkahwinan. Mungkin juga sebagai sebuah pendahuluan.




Dalam kamus bahasa dunia,

istilah “khitbah” (pertunangan) 

dan

istilah “zawaj” (perkahwinan) dibezakan dengan jelas.

Menurut kata adat, turut membezakan antara lelaki yang sudah bertunang dengan yang sudah berkahwin. 
Manakala, syariat dengan jelas membezakan perlakuan hasil daripada perbezaan kedua istilah tersebut.



Maka, khitbah (bertunang) merupakan perbuatan mengumumkan keinginan untuk menikahi, sedangkan zawaj (berkahwin) adalah sebuah akad nikah yang mengikat dengan utuh melalui perjanjian-perjanjian syari’e perihal batas,syarat,hak dan akibat di dalam menjalani kehidupan berumah tangga.




ALLAH SWT telah menyatakan di dalam Al-Quran perihal kedua-dua perkara tersebut;




"Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita (yang
suaminya telah meninggal dan masih dalam 'iddah) itu dengan
sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini
mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan
menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu
mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali
sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma'ruf
(sindiran yang baik). Dan janganlah kamu ber'azam (bertetap
hati) untuk beraqad nikah sebelum habis 'iddahnya."

[Al-Baqarah: 235]




Pelangsungan khitbah walau hanya sebagai sebuah upacara, ia tidak memberi hak kepada si peminang (lelaki) atau wanita berhubung dalam keadaan mendapat kemurkaan ALLAH SWT. Contoh misalan berdua-duaan di kawasan sunyi, bersentuhan, melayani ungkapan-ungkapan cinta demi memenuhi keinginan syahwat atau namakan sahaja larangan yang jelas diharamkan oleh ALLAH SWT sebelum akad nikah dijalankan. Ia tetap haram.




Lalu dihadirkan tujuan pengharaman di sisi Islam dalam hal campur gaul lelaki-wanita samada dalam tempoh bertunang atau sebagai kenalan;




1. Jika dahulu tumpuan boleh diberikan kepada pelajaran dengan sepenuhnya, tetapi apabila berpacaran, isu dan masalah menambah beban diri. Bahagia yang kononnya diharap sebagai motivasi agar lebih berjaya dalam pengajian, rupanya menjadi pendorong kepada kegagalan yang sengaja dirancang.




2. Bayangkan, salah laku moral seperti seks bebas, pelakuan larangan yang memalukan diri dikongsi, diceritakan si teman lelaki kepada teman-teman rapat. Natijahnya, apabila sigadis bersama bersosial bersama rakan-rakan teman lelakinya, maka pandangan “kemurahan diri” gadis tersebut menjadikan dirinya tidak dihormati.




3. Si gadis yang dulunya bersungguh merelakan jiwa dan raganya diserahkan untuk keserakahan nafsu lelaki yang dayus, akhirnya bila hubungan haram terputus, menderitalah si gadis yang kehilangan mahkotanya. Lalu, menjadi tekanan berpanjangan demi penyesalan.




4. Apakah mungkin gadis yang dahulunya diusung ke sana ke mari oleh teman lelakinya, dilihat-ditangkap khalwat di tempat awam akan mendapat tempat di kalangan umum. Andai dulu di Kolej atau Universiti, gadis dan jejaka itu diketahui akan kemungkaran yang dilakukan mereka atas nama cinta.
Apakah cerita mereka terhenti begitu sahaja???
Berkemungkinankah gadis tersebut mendapat simpati atau rasa cinta dari sang lelaki lain untuk memperisterikan diri???




Justeru, khitbah difahami sebagai satu cara menghalangi agar si wanita yang suci daripada dipinangi oleh lelaki lain.


Sabda Rasulullah SAW;


“Tidak boleh seseorang meminang pinangan saudaranya, sehingga peminang sebelumnya meninggalkannya atau mendapatkan izin daripada si peminang tersebut”

[HR Bukhari]



Wanita yang dipinangi tetap sebagai orang asing (bukan mahram) bagi si peminang sehingga akad nikah berlangsung melalui kebenaran neraca syara’ melalui lafaz-lafaz tertentu.




Selagi akad nikah melalui ijab dan kabul tidak terlaksana, maka semestinya perkahwinan itu tidak pernah wujud samada menurut syara’, adat atau undang-undang. Tidak halal bagi keduanya untuk berduaan tanpa disertai oleh teman si gadis. Jika syara’ mengatakan bahawa lelaki yang baru mengahwini seorang wanita, lalu menceraikanya sebelum dcampuri, maka mahar yang wajib diberi adalah separuh harga. 


Sebagaimana firman ALLAH SWT;


"Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu
mencampuri mereka, padahal sesungguhnya kamu telah
menentukan maharnya, maka bayarlah seperdua dari mahar yang
telah kamu tentukan itu, kecuali jika isteri-isterimu itu
memaafkan atau dimaafkan oleh orang yang memegang ikatan
nikah ..."

[Al Baqarah: 237]




Bagi peminang yang meninggalkan pinanganya, tidak wajib ke atas lelaki tersebut menerima ketetapan wajib melainkan hukum adat dan moral yang tercalar. Justeru, mana mungkin kebenaran diberikan kepada lelaki untuk memperlakukan wanita pinangan sebagaimana diperlakukan kepada orang yang telah menjalani akad nikah.




Maka, samada kepada lelaki atau wanita usah dibuai dengan ungkapan yang meluntur iman. Contohya, apabila pasangan tetap mempertahankan syara’ untuk tidak melanggari tatasusila sebagai bukan mahram. Usah layu dipujuk rayu demi nafsu. Kononya, berjumpa selalu tidak mengapa; “kerana I dan U tak lama lagi akan bersatu!”




"... Barangsiapa melanggar hukum-hukum Allah, mereka itulah
orang-orang yang zhalim."

[Al Baqarah: 229)



Justeru, awasilah para wali, ibu dan bapa-bapa kepada anak-anak yang masih di dalam tempoh pertunangan. Hanya disebabkan keenakkan melayani nafsu yang sementara sifatnya, terus berlangsung kehidupan yang perit hasil pelakuan dosa terdahulu.




Andai barakah daripada ALLAH SWT melalui takwa tidak diperolehi insan, bagaimana proses kelangsungan kehidupan? Kitakah yang menetapkan kejayaan perkaheinan? Urusan akidah, akhlak anak-anak? Atau sengaja ALLAH SWT Yang Maha Mulia lambatkan balasan. Ketika usia lanjut, walau harta bertimbun tetapi ALLAH SWT turunkan balasanNYA dalam keadaan tidak disangka-sangka...





"Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, serta
takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka
adalah orang-orang yang mendapat kemenangan."

[An Nur: 52]




nantikan kehadiranku bersama dia yang ditentukan (^_^)




























Selasa, 29 Jun 2010

menanti 9 september 2010

بسم الله الرحمن الرحيم



ini group yang ke egypt 2008.., yang tiada dalam gambar ni mokhtar...
dari kiri :- pn. rushda (mak ahmad zack)  - mak cik zaleha - shamimi (budak warna warni) - roisah (budak pemalu)- nazatul afifah (budak cantik menawan) - fatin amni (bucak ceria) - hafsah (mulut lazer) - tuan khairul anuar (guru pengiring) - tengku mohammad zhuhrie (diri aku sendiri) - taqiudin (budak banyak ragam) - ahmad zaki (ahmad zack) - tuan che nasruddin (ayah ahmad zack)




 dan... tidak lupa juga kepada mokhtar hj.razali (superrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrmokhtar) ini semasa transit di airport bahrain... ini semasa mokhtar tengah kurus


ini semasa mokhtar tengah kegumukkan di musim sejuk sewaktu exam semester pertama







aduhai... menanti 9 september 2010 akan genab 2 tahun aku berada di cairo ini...
bila  nak jejak kaki di Malaysia ni???
ish...ish...ish hati ini tidak penah berada di Malaysia ke???




 







bila aku boleh jumpa my.cousin ini ???












Khamis, 24 Jun 2010

soal hati aku














بسم الله الرحمن الرحيم


Lepas pulang shopping dengan my dear wijdan bersama rodhiah rock aku lepak sekejap di rumah tamu bertemankan baba shukur yang keletihan di bilik tayangan… sambil-sambil  itu aku menulis  kembali apa yang aku terpikir hari ini…

Aku teringat kembali masa awal-awal aku nak berceritakan mengenai my.dear.wijdan kepada ummi, macam-macam alasan aku berikan…

2 tahun yang lalu semasa hendak menghadapi peperikssan semester pertama…

Al-kisahnya bermula begini bila aku bercakap telefon dengan ummi,

Aku betanya kepada ummi, “ mana satu pilihan hati??? Adakah orang yang aku sayangi atau orang yang menyayangi aku??? ”

Ummi menjawab, “ kedua-duanya bukan… ”

Aku memikirkanya dan menjawab, " kenapa bukan ??? " ...ummi bergelak kecil.

" Pilihan hati ummi adalah yang sayangkan diri kita kerana Allah " jawab ummi… aku menarik nafas dalam-dalam.

Aku bertanya lagi, “ macam mana kita nak ketahui orang itu sayangi kita sebab apa??? ”

Ummi diam seketika memikirkan kemudian menjawab…

Adakah Ummi sudah dapat menduga apa yang sedang bermain dalam pemikiran aku??? "

Aduhai
Mana mungkin aku dapat menyembunyikan rahsia hati aku dari ummi sedangkan sebelum ini ummi dapat membaca dengan sekilasnya, tetapi yang paling mengetahui hanya Allah…

Ummi bergelak kecil dengan aku…
“ hanya Allah sahaja yang dapat membaca hati hamba-Nya… ” ummi menyusun kata-kata dengan aku, “ … dan keikhlasan kerana Allah itu akan terselah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan seseorang itu… ”

" Aduhai… Bila ummi pandai berkata-kata ??? " aku memikirkan sejenak, aku tidak dapat memahami…

Ummi menyambung… “ cinta di dalam jalan Allah, bertemu kerana sama-sama mencari keredhaan Allahsetiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasangan-pasangan… Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan seorang isteri adalah satu fitrah… Contohnya seperti daya tarikan magnet  ”

Huhuhu
Nampaknya aku sudah terperangkap, sedikit cemas bila ummi dapat mengesan gelora jiwa muda aku ini…

Ummi menyambung lagi “ …setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi… ” yang menjadi persoalan ummi, “ Siapakah jodohnya itu??? ” ummi berhenti seketika.

Aku tidak dapat berkata apa-apa, cuma senyap sahaja… 


Rabu, 23 Jun 2010

renungan kita bersama




mana satu gerangan budak warna.warni ???



hari ini kebuhsanan melanda diri aku.ohooooooooo..apa nak buat ??? toleh kanan..toleh kiri... chak !!! oh di sini rupanya k.z yang segak dan abe rifki yang pemalu.hahahaha. yang segak main game secara online dan yang pemalu lak tengok cita dekat komputer. uits.. abe rifki jangan jadi juling sudah la..huhuhu..

think !! think !! hehehe..jom kidnap leptop my dear wijdan sat. sapa suruh keluar tak ajak aku kan.. sedih la. huhuhu. sob..sob..sob..my dear wijdan keluar dengan budak warna-warni ( gelaran dari YDPah )pestttt..budak warna-warni tu kakak taughe aku tau. hohohoho.. jalan-jalan tu bebaik, jaga diri, jangan nak melawan cakap adik taughe ( aku la ) ha..tunggu apa lagi..sabar ye. aku nak selongkar apa yang ada dalam kepala aku nie sepanjang aku exam..tunggu..tunggu..

hurmmmmmmm.. 1 isu yang aku pikir sampai sekarang..perkara ini berlaku sebelum exam semaster 2 lagi. tapi di sebabkan aku sibuk dengan jadual yang sentiasa jeles dengan aku, jadi aku simpan sampai sekarang dan hari ini aku akan cite selongkar satu persatu.. mana nak tau, boleh ringan kepala sikit.

kalau tengok kembali di negara aku Malaysia..fuhhhhhhh bermacam-macam perkara yang berlaku sehingga aku pun dah lali dengan semua ne. kes rogol, buli, samseng, rempit, rompak, dan macam-macam lagi. kalau nak senarai sampai bila pun tak akan habis. dan yang terbaru, kes rogol kanak- kanak makin menular masyarakat Malaysia sekarang..apa nak jadi dengan negara aku pun tak tahu la. sifat belas kasihan, sayang- menyayangi antara masyarakat sudah terkubur dengan arus kemodenan " dunia di hujung jari anda ". salah siapakah perkara ini berlaku ?? tepuk dada tanya diri sendiri.


tegarkah anda???

nauzubillah..tak cukup di Malaysia, Mesir juga kena tempias. aku menjadi terkilan. di manakah pihak yang terlibat ?? kenapa anda berdiam diri ?? di manakah tanggungjawab anda kepada masyarakat anda sendiri ??? sanggupkah anda melihat masyarakat anda sendiri di perlakukan dengan sewenag-wenagnya ?? aku bukan lah yang terbaik. tetapi aku juga mempunyai perasaan seperti mana manusia yang lain.

befor exam month aku di kejutkan dengan berita seorang siswi Malaysia di ganggu oleh masyrakat tempatan Mesir. runtun hati aku apabila mendengarnya. apa yang di lakukan oleh pihak yang terlibat ??? janganlah " hangat-hangat tahi ayam sahaja". tegarkah anda sekiranya perkara sebegitu berlaku pada keluarga anda ? ataupun insan yang anda sayang ?? apakah perkara itu tidak menyentuh hati nuraini anda ??


tepuk dada tanyalah diri...


dunia sekarang sudah " tenat " dan " keronik " dengan kes-kes jenayah yang melanda tidak mengira bangsa, negara, dan masyarakat. di manakah nasib anak-anak kita di masa depan ??? terjaminkah kehidupan kita sekarang ?? Ya Allah.. kelu aku untuk menjawab segala persoalan yang timbul. mampukah aku ?? sanggupkah aku ?? relakah aku ??? melihat kaum HAWA di tindas tanpa pembelaan ?? yang di cipta oleh Allah sebagai pelengkap, penghibur, penawar, untuk kaum ADAM ??


 " Ya Rabb...lindungilah aku dan seluruh saudara-saudaraku di dunia ini dari malapetaka, bencana yang tak diingini...sesungguhnya aku insan yang lemah..aku mohon pada-Mu Ya Rabb..Yang Maha Menjaga Keamana dan Keselamatan.. " 


" mencegah lebih baik dari merawat "..persoalannya bagaimanakah caranya ?? peranan siapakah ?? apa yang perlu dilakukan ?? 

nah..di sini aku menjawab persoalan di atas.. bagi aku, kita sebagai masyarakat perlu memainkan peranan yang ada dalam diri kita. usah di tunding jari kepada yang lain. diri kita sendirilah yang harus peka dengan keadaan semasa. pihak yang bertanggugjawab juga perlu menjalankan amanah yang di beri oleh masyarakat kita. " yang berat sama di pikul, yang ringan sama di jinjing " seperti pihak kerajaan, badan-badan NGO serta persatuan-persatuan swasta. jangan kan pulak kita menjadi " harapkan pagar, pagar yang makan padi ". dan  terpenting adalah kembalilah kita kepada mukjizat yang paling agung dari Allah kepada hambanya. kerana di situlah Allah menerangkan pelbgai cara untuk mengatasi masalah.. al-Quaran adalah penawar duka nestapa



al-quaran jawapan segalanya...

lastly..untuk kaum HAWA di luar sana, sentiasalah berhati-hati dengan keadaan sekeliling anda. jadilah yang berani, tegas, kuat, bagi membela kaum sendiri.


***      untuk my.dear.wijdan dan budak warna-warni, hati-hati apabila keluar dari rumah.
sentiasalah tawakkal dan yakin pada Allah s.w.t.



Selasa, 22 Jun 2010

merindui selalu

20 jun 2010

aduhai hari ni aku kena penyakit lama lak, penyakit kemalasan tahap cipan tahap gaban penyakit tekanan darah rendah aku... ketiduran melabihi tahap yang dibenarkan... 

itu la,  ummi dah pesan makan tu ikut waktu , jaga kesihatan, jaga diri,  tapi masa paper last ni aku wat perangai tahap gaban...

dah la tidur dari petang sampai kemalam di campur dengan tahap kepanasan melabebih sebelum ni , pecah rekod da... suhu untuk hari ini adalah 45 darjah celcius...
wahai elektrik mngapa engkau tidak ada untuk hari ini sampai kemalam.....
dah la tidak tidur lepas tu aku menjadi penjahat di malam hari memancutkan air paip di koridor...
kepada bakhhhhhhhhhhhhhhhh dan tidak lupa juga kepada wanita-wanita di siswi 1 moga menikmati pancuran air di malam hari...


21 jun 2010

horeyyyyyyyyyyyyyyyy...
hari yang aku nantikan teramat menantikan...
last paper aku jawab exam hari ini, aduhai nk pecah kepala aku bila jawab exam untuk hari ni
suhu untuk hari ini di jangkakan berada di tahap 47 darjah celcius itu rujukan dari internit...

merindui
menyayangi
kejujuran akan terus bersama

harap dapat berbicara dengan untuk menyelesaikan masalah yang masih tidak hilang-hilang lagi 

moga kita berdua dapat menyelesaikan dengan cara elok ya

tolonglah berkata benar walaupun ianya pahit

cinta aku pada tuhan kerana aku adalah ciptaan -Nya...
cinta aku terhadap seseorang yang aku sayangi itu adalah kerana perasaan d
icipta -Nya...




Khamis, 17 Jun 2010

bila malam hati berbicara sendiri

Desir-desir angin angin bertiup sayu,
Didalam kelam ia  bergemersik,
Nada yang sungguh indah,
Irama yang sungguh sayu,
Kedengaran suara  yang lemah,
Sesiapa kedengaran terasa syahdu,
Kedengaran alam bercerita,
Ohhh...
Manusia betapa bertuahnya kamu,
Kamu diberi akal fikiran  tapi tidak digunakan,
Cintailah pada Ilahi,
Menyayangi sesama sendiri,
Itulah yang hakikki,
Kedengaran saban sepertiga malam,
Manusia yang beriman sujud kepada-Mu,
Ya Allah...
Aku hambamu,
Yang takut akan-Mu,
Yang berserah kepadamu,
Hanya kepadamu aku memohon,
Hanya kepada-Mu aku meminta,
Begitu syahdu kedengaran,
Begitu  menyuntuh jiwa sesiapa yang terdengar,
Permintaan seseorang hamba kepad pencipta-Nya,
Permintaan tulus dari hati,
Hati yang penuh dengan keinsafan,
ohh…
kenapa….
kenapa
Hati aku tidak sebegitu???
Bukan aku tidak mahu…
Tapi…

Ahhh…
Aku tidak tahu,
Jiwa aku merintih,
Hati aku menangis,
Aku dahagakan ketenangan,
Aku ingin minum dari telaga keinsafan,
Ingin makan dari buah kesyukuran,
Imipan aku cuma satu,
Menjadi seorang hamba seperti sepohon pokok yng subur,
Dimana ditanam keikhlasan,
Disemai ketulusan,
Disiram air keihsanan,
Menbentuk bunga keimanan,
Aku ingin jadi seperi itu,

Ya Rab,
Hanya kepadamu aku memohon,
Hanya kepadamu aku meminta,

Selasa, 8 Jun 2010

tabahkan hatiku ya.Allah, berkatalah benar walaupun ianya pahit

aduhai...
minggu yang aku hadapi macam-macam perkara...
macam-macam kerenah yang kena hadapi semasa minggu exam ni
aku tidak sempat nak  up-date blog untuk bulan jun ini...

tabahkan hatiku ya.Allah
berkatalah benar, walaupun ianya pahit

maafkan diri aku apa yang terjadi selama ini
semuanya akan diselesaikan selepas exam,

doakan untuk diri aku






ini buku ulum hadis tapi subjet ni masa semester 1, 


ohhhh exam...
 masa ini tengah study di masjid saidina hussien...
suasana exam di masjid saidina hussien,
 ramai dengan pelajar-pelajar dan orag ramai 
serta pelancong-pelancong asing yang sentiasa memenuhi masjid ini tidak kira masa dan waktu


aduhai... tempat exam aku yang tidak berubah untuk semester dua ini...
still berada di tempat yang sama, 
cuma sekarang ni musim panas, 
berpeluh siot masa 1st paper aku jawab subjet alquran
sampai x terkeluar lansung apa yang aku hafaz  jenuh memerah otak yang x berapa tinggi ram

lokasi - kuliah usulluddin, bawah garaj sebelah kuliah usulluddin


ohhh nota...
jangan layan diriku lagi pabila,
air mata membasahi pipi  dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
pabila,
aku x boleh nak baca buku,
adakah perasan x nak baca buku ini sebenarnya
kemalasan???
yang masi bersemadi untukku,
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik harapan mu itu,
kau juga mengharapkan ku
untuk berjaya...