Isnin, 26 April 2010

@<------>@

Burung jelatik sarang kedidi,
Sarang tempua sarang berjuntai;
Sungguhpun cantik sutera dipuji,
Belacu juga tahan dipakai.
Berbaju batik bujang kelana,
Duduk bermadah di tilam pandak;
Usah dipetik si bunga sena,
Warnanya indah berbau tidak.
Budak-budak mendayung perahu,
Sambil berdayung sambil bermain;
Macam mana bunga tak layu,
Embun menitis di tempat lain.
Cahaya redup menyegar padi
Ayam berkokok mengirai tuah
Jikalau hidup tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah.
Seri Andalas ke kota Ambon,
Hendak mencari asam paya;
Kasih ibarat setitis embun,
Ditiup angin berderai ia.
Mengapa bising di tepi laut,
Ombak menghempas berderai-derai;
Kusangka tuan beras pulut,
Bila ditanak nasi berderai.
Nasi dingin bersayur mumbang,
Sayur dimasak dalam belanga;
Kami tak ingin melihat kumbang,
Kalau kumbang merosak bunga.
Di sana merak di sini merak,
Merak mana hendak dikepung;
Di sana hendak di sini pun hendak,
Pusing belakang terajang punggung.
Tuan ketam padi pulut,
Saya ketam padi Jawi;
Tuan berkata sedap di mulut,
Saya mendengar sakit hati.
Dari Kuala Pahang ke Kuala Lipis,
Mari dibawa angin utara;
Berhadapan saja mulutnya manis,
Paling belakang lain bicara.
Berilah saya pisau raut,
Hendak meraut bingkai tudung;
Gila apakah ikan di laut,
Mengidam umpan di kaki gunung.
Buah cempedak buah nangka,
Ditanam orang dalam di dalam kebun;
Haram tidak disangka-sangka,
Buah delima menjadi racun.
Raja di gua jalan ke teluk,
Cantik halus rupa mukanya;
Ibarat buah busuk di pokok,
Hilang manis pahit rasanya.
Meninjau berpadi masak
Batang kapas bertimpal jalan
Hati risau dibawa gelak
Bagai panas mengandung hujan
Panjanglah rumput di permatang
Disabit orang Inderagiri
Disangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari
Pergi ke hutan memotong nibung
Parangnya tumpul tidak diasah
Petir berdentum kilat bersabung
Hujan tak jadi bajuku basah
Riuh rendah di tepi telok
Lihat orang duduk bertenun
Tengah malam ayam berkokok
Serasa tuan datang membangun
Terang bulan di Pulau Pinang
Anak Belanda turun ke kapal
Tengah malam bangkit terkenang
Air mata turun ke bantal.
Ribu-ribu jalan ke Kandis   
Landak membawa geliganya
Bondaku tinggal jangan menangis
Anakanda pergi membawa nasibnya
Singkarak kotanya tinggi   
Asam pauh dari seberang
Kekanda berangkat ditangisi
Badan terbuang di rantau orang
Selasih di tebing tinggi       
Kalau tinggi berdaun jangan
Anakanda pergi bonda tangisi
Alamat dagang mati beragan
Pisang kelat digonggong helang
Jatuh ke lubuk Inderagiri
Kalau berdagang ke tempat orang
Baik-baik membawa diri
Baju baru dalam almari         
Baju dijahit tuakng pilihan
Kalaulah pandai membawa diri
Ke mana pergi pun orang kasihan
Berbuah pokok setambun tulang
Jangan dibuat ramuan santau
Jikalau untung anakanda pulang
Jikalau rugi hilang di rantau
Kajang tuan kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang hamba terbuang lalu
Bengis sungguh orang pangkalan
Lalu-lalang perahu dihalang
Menangis dagang sepanjang jalan
Mengenang nasib di negeri orang
Sayang Singkarak kotanya tinggi
Asam pauh dari seberang
Awan berarak hamba tangisi
Dagang jauh di rantau orang
Asam pauh dari seberang    
Tumbuhnya dekat tepi tebat
Dagang jauh di rantau orang
Sakit siapa akan mengubat?
Dari ladang pergi ke gurun
Buluh duri melingkar kota
Hari petang hujan pun turun
Dagang berurai air mata
Lurus jalan ke Paya Kumboh
Anak Padang mandi-manda
Bagaimana hati tidak rusuh
Terpaksa tinggalkan ayahanda bonda
Cik Mahat menahan bubu   
Bubu dijemur di tengah halaman
Tingallah ayah tinggallah ibu
Anakanda merantau timba pengalaman
Apa digulai orang di ladang
Pucuk kacang sayur ketola
Apakah untung anak dagang?
Hari petang hatipun hiba
Telur cicak dalam dulang
Entah bertulang entahkan tidak
Sudah sampai negeri orang
Entah pulang entahkan tidak
Duduk berjuntai di atas batu
Sambil mengetuk si akar tuba        
Berdagang ke tempat yang belum tentu
Macam menempah maut kan tiba
Pungut teritip di tiang batu
Batu pecah dilanda karang
Beginilah nasib dagang piatu
Kain basah kering di pinggang
Lebah terbakar terbang sekawan
Hinggap di celah kayu berduri
Alangkah cabar rupanya tuan
Dagangan indah tidak terbeli
Belayar dilaut menaiki kapal
Kapal berlabuh di Teluk Sawar
Bukannya banyak membawa modal
Harapkan untung bila menawar
Orang Padang mandi di gurun
Mandi berlimau bunga lada
Hari petang matahari pun turun
Dagang berembai air mata
Ambilkan saya sebilah pisau 
Buat meraut bingkai lelayang
Hidup anakanda jauh merantau
Wajah bonda selalu terbayang
Bersiar-siar di tepi telaga   
Untuk berlibur hati yang lara
Kepada bonda yang jauh di mata
Hati anakanda rindu tak terkira
Tudung saji hanyut terapung
Disulam mari dengan benang
Hajat hati nak pulang ke kampung
Lautan lebar tidak terenang
Anak enggang di kayu tinggi
Patah ranting terbanglah ia
Anak dagang tak lama di sini
Sampai musim pulanglah ia
Dari mana hendak ke mana    
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana    
Dapat kita berjumpa lagi?
Pak Tani mengasah parang
Parang disimpan di atas para
Dagang seorang di negeri orang
Tiada teman tiada saudara

Limau lelang di tepi lubang
Petik benihnya di hujung dahan
Harimau garang duduk menyangkung
Kalau kau berani, lalu di depan
Angkut-angkut membuat sarang
Jatuh berderai diatas peti
Apa ditakut harimau yang garang
Sebelum ajal berpantang mati
Tinggi, tinggi rumah Chek Long
Di bawahnya dibuat kedai kain
Alangkah bisa ular tedung
Bolehkah di tangkap buat main?
Tinggi tinggi rumah Chek Long,
Dibawahnya dijual air pokok,
Gua tak takut ular tedung,
Kerana gua ular senduk.
Api-api sepanjang pantai
Nibung terlentang di Tanjung Tuju,
Niat di hati jikalau sampai
Niat cantik tentu tertumbuh
Orang kaya bersuka-suka
Membuang wang tiada berhingga
Kesian miskin apakah daya
Tiada makan tiada belanja

Sungguh indah pintu dipahat
Burung puyuh di atas dahan
Kalau hidup hendak selamat
Taat selalu perintah Tuhan
Halia ini tanam-tanaman 
Ke barat juga akan rebahnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Ke akhirat juga akan sudahnya
Redup bulan nampak nak hujan
Pasang pelita sampai berjelaga
Hidup mati di tangan Tuhan
Tiada siapa dapat menduga
Belatuk di atas dahan     
Terbang pergi ke lain pokok
Hidup mati ditangan Tuhan  
Kepada Allah kita bermohon
Daun tetap di atas dulang  
Anak udang mati dituba
Dalam kitab ada terlarang
Perbuatan haram jangan dicuba

Terang bulan terang bercahaya 
Cahaya memancar ke Tanjung Jati
Jikalau hendak hidup bahagia
Beramal ibadat sebelum mati
Asam kandis asam gelugur      
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur    
Teringat jasad tidak sembahyang
Kulit lembu celup samak  
Mari buat tapak kasut
Harta dunia janganlah tamak
Kalau mati tidak diikut
Banyaklah masa antara masa
Tidak seelok masa bersuka            
Meninggalkan sembahyang jadi biasa
Tidak takut api neraka?
Dua tiga empat lima
Enam tujuh lapan sembilan
Kita hidup takkan lama  
Jangan lupa siapkan bekalan
Kalau Tuan pergi ke Kedah            
Singgah semalam di Kuala Muda
Sembahyang itu perintah Tuhan
Jika ingkar masuk neraka

Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat
Pak Kulup anak juragan
Mati diracun muntahkan darah
Hidup di dunia banyak dugaan
Kepada Allah kita berserah
Letak bunga di atas dulang
Sisipkan daun hiasan tepinya
Banyak berdoa selepas sembahyang
Mohon diampun dosa di dunia
Encik Borhan seorang kerani
Terkemut-kemut bila meniti
Tinggalkan sembahyang terlalu berani
Sepertii tubuhnya takkan mati

Sayang-sayang buah kepayang
Buah kepayang hendak dimakan
Manusia hanya boleh merancang
Kuasa Allah menentukan
Masa berada di Pulau Jawa
Rakan diajak pergi menjala
Maha Berkuasa jangan dilupa 
Kuasa Allah tidak terhingga
Nyiur mudah luruh setandan
Diambil sebiji lalu dibelah
Sudah nasib permintaan badan
Kita di bawah kehendak Allah
Kemuning di dalam semak
Jatuh melayang ke dalam paya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa gunanya?
Harimau belang turun sekawan
Mati ditikam si janda balu
Ilmu akhirat tuntutlah tuan
Barulah sempurna segala fardu
Kera di hutan terlompat-lompat
Si pemburu memasang jerat
Hina sungguh sifat mengumpat
Dilaknat Allah dunia akhirat
Anak ayam turun sepuluh 
Mati seekor tinggal sembilan
Bangun pagi sembahyang subuh
Minta doa kepada Tuhan
Anak ayam turun sembilan
Mati seekor tinggal lapan
Duduk berdoa kepada Tuhan
Minta Allah jalan ketetapan
Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Duduk berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh
Anak ayam turunnya lima 
Mati seekor tinggal empat
Turut mengikut alim ulama 
Supaya betul jalan makrifat
Anak ayam turunnya lima 
Mati seekor tinggal empat
Kita hidup mesti beragama 
Supaya hidup tidaklah sesat
Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tengah lorong
Kalau sudah kehendak Allah            
Rezeki segenggam jadi sekarung
Bulu merak cantik berkaca 
Gugur sehelai ke dalam baldi
Jika tak banyak kitab dibaca
Jangan mengaku khatib dan kadi

Inderagiri pasirnya lumat
Kepah bercampur dengan lokan
Sedangkan nabi kasihkan umat
Inikan pula seorang insan
Sang puteri pergi berenang                 
Sambil berenang berdondang sayang
Jika hidup dikurnia senang
Jangan lupa tikar sembahyang

Ahad, 25 April 2010

26 MARCH 2010


26 MARCH 2010…
1719 – Maktabah Perlis.


Jangan biarkan diri kita hidup sendiri,

Nanti hidup kita umpama tidak berkemudi,

Carilah insan yang dapat membimbing hati,

Agar hati terjaga hingga kita bertemu Ilahi,

Hati itu kenal diri,

Sempurna ia sempurnalah diri,

Rosaklah ia binasalah diri,

Hanya iman dan takwa pencuci hati,

Agar diri sentiasa bercahaya ketika menemui Ilahi,

Hati adalah seketul daging dalam diri,

Terciptanya rapuh akan nafsu duniawi,

Kuatkanlah ia dengan mengingati Ilahi,
 
Sinarilah ia dengan tangisan taubat terhadap Ilahi,

Lembutkanlah ia dengan membaca Al-quranul Karim,

Agar ia sentiasa teguh dan tetap di jalan Ilahi,




kejujuran

kejujuran mencerminkan keikhlasan dan dari situ wujudnya kepercayaan...

___.:: kekuatan kasih sayang II ::.___

hati ini terus menyayangi kekuatan kasih sayang
lama mana pun masa tetap akan ku tunggu


Ada damak ada ipuh,
Naik ke bukit ada sumpitnya,
Emas perak senang disepuh,
Kalau besi nampak karatnya,

Aku berjalan diawal pagi,
Singgah sebentar dipohon tinggi,
Sudah aku cari kasih sayang ini,
Hanya engkau dihati,

Kalau tuan mendaki bukit,
Bukit didaki terlalu tinggi,
Sudah nyata kenyataan itu terbit,
Kasih sayang itu mengecewakan hati,

Mata indah tidak boleh sayu,
Jangan gugur seperti daun layu,
Aku bertanya sambil merayu,
Kasih sayang engkau masih dengan aku???

Bulan hulur matahari berdiri,
Tanam kapas di laman raja,
Inilah dia kenyataan sendiri,
Kasih saying bersamamu ke mana saja,

Burung putih terbang malam,
Hinggap mari di pohon cemara,
Hati aku di carik-carik,
Pohon kemaafan dari engkau,

Mari ke Mesir naik kapal terbang,
Hajat di hati dah pun melayang,
Kemaafan diberi dengan hati tenang,

Pohon selasih jangan tinggi,
Kalau tinggi berdaun jangan,
Sudah ada kasih sayng ini,
Menanti bertahun kasih sayang jangan,

Dari kodiang ke Kepala Batas,
Aku tunggu sebentar di Gurun,
Aku bertanya sebelum terbabas,
Wijdan sudikah ikatkan kembali apa yang dilepaskan,

Dewa-dewa mencari sakti,
Diam dalam gua batu,
Sedih kecewa di hati,
Luka berdarah hanya tuhan yang tahu,

Dalam hidup ini,
Ada perkara mengecewakan,
Walaupun semua dalam ingatan,
Hanya kasih sayang engkau aku perlukan,

Anak dara tumbuk pandan,
Hendak dibuat kuih hidangan kenduri,
Perkara yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ketepi,

Tanpa penyesalan untuk berubah,
Hanya kata maaf aku ungkapkan,
Tiada guna ungkapan indah,
Harap kasih sayang membimbing aku,

Anak haruan mudik berenam,
Lumba-lumba menyusul tebing,
Sama mencicah si hati kuman,
Susah senang sama membimbing,

Andai engkau terasa,
Telah aku paparkan,
Apa yang terjadi moga engkau dan aku tidak ulangi lagi,
Hati aku ingin kasih sayang yang satu,

" بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع الله لكما في خي "

Hendak kasih sayang yang satu,
Berdoalah pada Allah,
Nanti Allah bagi kasih sayang yang satu,

Turun bukit bila mendaki,
Rehat sebentar dibawah pokok,
Lelah di hati tidak hilang-hilang,
Hajat di hati ternanti-nanti kasih sayang dari hati,

Dewa-dewa melihat sakti,
Diam dalam gua batu,
Jangan kita susah hati,
Kelak Allah membantu,

Pergi ke seberang bermudik sampan,
Arus sungai mengalir pergi,
Menyusuri tebing membawa diri,
Mengharap kasih sayang bersama sekali,

Sudah dikatakan dari tadi,
Kasih sayang sentiasa bersamamu,
Sedih kecewa di dalam hati,
Hati yang berdarah hanya tuhan yang tahu,

Kecewa di dalam hati,
Hati yang berdarah hanya tuhan yang tahu,
Biar aku ubati hati tadi,
Aku berdoa pada yang dia yang satu,

Kalau kekanda bijak bestari,
Bolehkah saya mengetahui,
Apakah ia ubat merawat hati,
Setelah hati berdarah sekali,

Kekanda bukan bijak bestari,
Tuan puteri lagi disayangi,
Sedih kecewa dalam hati,
Boleh kita perbetul kembali,

Apakah taruhan wahai kekanda,
Agar kejadian tidak berulang,
Supaya tuan puteri tidak kecewa,

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,
Sudikah tuan puteri terima lamaran,
Terimalah sebuah Alquran sebagai lamaran kekanda,
Harap kita kembali bersama,

Tuan puteri hanya insan biasa,
Alquran pula teman suka dan duka,
Hanya Allah penentu segala-gala,
Mintalah petunjuk dari-NYA,

Pergi ke kuala mendayung sampan,
Sampan bocor tidak aku sedari,
Kasih sayang aku inginkan,
Sebuah Alquran lamaran buat tuan puteri,

Biji selasih permainan muda,
Daun sehelai dimakan kuda,
Jangan main-main dengan Alquran,
Kelak nanti dimurka tuhan,

Biji getah permainan desa,
Daun getah dibuat perhiasan,
Alquran sebagai tanda lamaran,
Pada tuhan aku berserah,

Buah pauh di atas peti,
Anak udang di tapak tangan,
Dari Iskandariah tuan puteri berfikir,
Kes lamaran ini main-main atau serius???

Sungguh cantik bunga melati,
Bersulam indah kuntum kekwa,
Sungguh benar hajat di hati,
Melamar tuan puteri dijiwa,

Jangan dimain kes lamar-melamar ini,
Nanti kecewa dilubuk hati,
Tuan puteri harap kekanda mengerti,
Minta petunjuk dari ilahi,

Main bola di padang bola,
Sebiji bola direbut-rebut,
Alhamdulillah petunjuk ilahi sudah dicari,
Lubuk hati berkata ya,
Melamar tuan puteri bukan main-main,

Demi sebuah kehidupan,
Tidak dapat tuan puteri katakan,
Petunjuk ilahi minta diizinkan,
Hanya Allah tuan puteri sandarkan,

Kehidupan yang nak dibina,
Pada ilahi meminta petunjuk,
Izin diberi pada tuan puteri,
Mata berkelip tidak sayu,

Dari Malaysia tuan puteri ke mari,
Mesir negeri pilihan keluarga,
Petunjuk ilahi jangan berhenti,
Tanyakan kembali pada hari konvokesyen nanti,

Hari-hari aku berasa,
Hati ini tenang dengan kebaikan,
Gelisah terhadap dosa dan kejahatan,
InsyaAllah kasih sayang tuan puteri pembimbing,

Terima kasih tuan puteri,

Jangan lupa Al-Khalik,
Jangan lupa Al-Rahman dan Al-Rahim,
Ketahuilah oleh mu wahai kekanda,
Doa adalah senjata hamba-NYA,
Kasih dan sayang sentiasa bersama,
Dari kejauhan tuan puteri berdoa,
Semoga Allah bersama kekanda,
Harapan keluarga lebih utama,
Tuan puteri hanya insan biasa,
Maafkan tuan puteri wahai kekanda,
Jawapan diberi mengecewakan jiwa,
Hari-hari kekanda merasakan,
Hati ini tenang dengan kebaikkan,
Gelisah terhadap doasa dan kejahatan keterlanjuran,
Terima kasih kekanda ucapkan,
Jawapan diberi tidak mengecewakan,
Tidak dapat kekanda ungkapkan,
Petunjuk ilahi dipohonkan,
Pada Allah kekanda doakan,
InyaAllah harapan keluarga diutamakan,
Kasih sayang tuan puteri membimbing kekanda,

selamat hari lahir



hari ini hari ahad bersamaan 25 april 2010. alamak!!! debushhhhhhhhh.. hahahhaha rupa-rupanya hari ini ulang tahun kelahiran diri aku sendiri cup... sat... bukan ku nk promote diri aku ni, tapi aku ok je... sila perbetulkan balik pembetulan yang korang buat..kalau takkkkk aku SAMAN.. hua hua hua


nak wish kat diri aku sendiri...bila diri aku kalau baca blog ne jangan ketawa, jangan nangis. nanti banjir rumah. hehehehhhe :




.:: sanah helwah untuk diri aku sendiri ::.

.:: sicher zu21 geburtstag ::.

.:: makin pendek umur diri aku sendiri mendekati janji allah ::.


.:: hope bertambah amalan kebaikan dan berkurang amalan yang tak ada kaitan ::.


diri aku minta maaf bebanyak-banyak lagi banyak sebab tak buat sambutan apa2 semalam. bukan tak mau wa,. tapi tahun nie dah masuk tahun ke-2 aku x sambut ari lahir siri sendiri... apa-apa pun untuk semua orang. lagi pun dalam facebook diri aku banyak berjuta-juta.. beribu-ribu orang bukan alien tau yang wish kat diri aku. so buat apa diri aku nak menyerabutkan lagi kepala kan ??? dalam friendster pun banyak. tak tengok lagi dalam YM dan e-mail. bukan berjuta-juta tapi bermilion-milion tak dapat nak kira dengan jari tangan habis jari kaki aku kira..so semua orang tak boleh marah. kalau marah aku tak mau kawan dah.. nak bawa diri jauh dari semua orang... huhuhuhu (>-<)


jiwa kacau



--- kepada diri aku sendiri ---



Jangan biarkan diri kita hidup sendiri,
Nanti hidup kita umpama tidak berkemudi,
Carilah insan yang dapat membimbing hati,
Agar hati terjaga hingga kita bertemu Ilahi,


Hati itu kenal diri,
Sempurna ia sempurnalah diri,
Rosaklah ia binasalah diri,
Hanya iman dan takwa pencuci hati,
Agar diri sentiasa bercahaya ketika menemui Ilahi,


Hati adalah seketul daging dalam diri,
Terciptanya rapuh akan nafsu duniawi,
Kuatkanlah ia dengan mengingati Ilahi,
Sinarilah ia dengan tangisan taubat terhadap Ilahi,
Lembutkanlah ia dengan membaca Al-quranul Karim,
Agar ia sentiasa teguh dan tetap di jalan Ilahi,









terima kasih... aku berharap kekuatan kasih sayang ini terus di sandarkan pada diri ku... aku juga mengharapkan kejujuran aku ini akan terus dan seikhlas hati aku...









yuna - dan sebenarnya





.:: kenangan aku bersama dengannya ::.
oh bulan
jangan layan diriku lagi pabila,
air mata membasahi pipidan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku



ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku



.:: adakah mata ini yang merenung??? ::.
saat kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh..oh..


dan sebenarnya..
dan sebenarnya..

kekuatan kasih sayang I





Wahai hati,
Maafkan diri aku ini yang lemah,
Pada hati nilai kesetiaan,
Pada penantian nilai kepercayaan,
Pada pengorbanan nilai kejujuran,
Pada cinta nilai kasih dan sayang,
Usah kau bertanya aku,
Mengapa aku harus begini,
Mungkin ini bukan masanya,
Kerana aku harus sendiri,
Kita memang pernah bersama,
Berjanji untuk selamanya,
Tapi apakan dayanya,
Ternyata aku mungkiri janji,
Itu yang aku pinta,
Kepercayaan dan kejujuran,
Itu yang aku rasa,
Kasih dan sayang,
Mungkin ini bukan waktunya,
Untuk kita saling mencintai,
Biarkan aku terus sendiri,
Kerana sendiri lebih baik,
Makin hari,
Aku makin kenal diri aku,
Apa yang aku suka ,
Apa yang aku tidak suka,
Apa yang aku mampu,
Apa yang aku tidak mampu,
Jatuh aku,
Bangun aku,
Aku akan terus kekal menjadi diri aku,
Suka aku,
Duka aku,
Masih lagi menjadi diri aku,
Aku tidak akan sedih kerana siapa-siapa,
Aku adalah diri aku,
Yang akan terus menemani diri aku,
Tidak akan langsung aku tinggalkan diri aku,
Itu janji diri aku kepada aku,

Sabtu, 24 April 2010

contoh kertas kerja (proposal)


KERTAS KERJA
SEKRETARIAT SAMBUTAN ULANG TAHUN  BEKAS PELAJAR
SEKOLAH RENDAH ISLAM 1
_____________________________________________________________________

1.0              PENGENALAN
Sambutan Ulang Tahun Bekas Pelajar Sekolah Rendah Islam 1 (SRI1) merupakan satu acara tahunan yang gilang-gemilang dan juga merupakan acara yang terbesar Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Rendah Islam sesi 2010/2011 dalam meraikan para bekas pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Pada tahun ini, Sekretariat Sambutan Ulang Tahun Bekas Pelajar di bawah kendalian bekas pelajar sesi 1996-2001 ingin menganjurkan projek mega ini. Sambutan Ulang Tahun Bekas Pelajar telah masuk tahun ke-15 dan sepanjang tempoh itu Sambutan Ulang Tahun telah mencetuskan pelbagai revolusi yang memberi impak mendalam pada seluruh warga SRI1 serta masyarakat luar. Sambutan Ulang Tahun mencerminkan imej SRI1 sebagai pusat pengembangan ilmu ilmu dan pembentukan insan modal yang berkualiti dan  mempunyai nilai tambahan yang sendiri. Perlaksanaan juga dapat dilihat sebagai wadah yang menghubungkan bekas pelajar SRI1 dengan organisasi, masyarakat luar dan pelajar serta kakitangan SRI1 sekarang. Program terbesar ini akan menghimpunkan semua bekas pelajar SRI1 dan akan disempurnakan oleh Menteri Besar Perlis.
Sambutan Ulang Tahun telah berjaya merealisasikan kesinambungan kerjasama dengan pelbagai organisasi di seluruh negara. Kerjasama yang dimeterai dari segi perkongsian maklumat, material, dan kewangan adalah bagi membolehkan Sambutan Ulang Tahun dapat dilaksanakan dengan penuh meriah dan jayanya. Selain itu, ia berjaya memartabatkan nama dan imej sekolah di mata masyarakat tempatan sebagai sebuah sekolah yang mampu melahirkan para intelektual berdedikasi, berketrampilan, berwawasan dan berkepimpinan.

2.0              MATLAMAT

Matlamat Sambutan Ulang Tahun Ke-15 adalah untuk menjadi badan organisasi pelajar yang menerapkan nilai-nilai kualiti, intergrasi dan intelek. Sambutan Ulang Tahun Ke-15 adalaah berteraskan jati diri mahasiswa/wi yang merangkumi aspek kepimpinan, kecermelangan akedemik, pengurusan organisasi yang profesional, pengesuaan teknologi maklumat dan pemuliharaan budaya bangsa. Di samping itu, ia juga boleh dijadikan satu tanda aras bagi semua program lain. Jesteru, Sekretariat Sambutan Ulang Tahun berperanan bagi menzahirkan dan melaksanakan setiap perincian yang telah digariskan seperti di atas secara menyeluruh.


3.0              MISI
Menjadi sebuah organisasi yang mampu melatih dan melahirkan individu yang berketrampilan, fleksibel dan dinamis disamping mengembangkan bidang kemahiran berorganisasi agar manfaatnya dapat dirasai oelh semua warga SRI1 terutamanya.

4.0              OBJEKTIF

4.1              Meraikan para bekas pelajar yang telah menamatkan pengajian di samping memberi penghargaan ke atas kecemelangan mereka.

4.2              Menonjolkan kecemelangan  bekas pelajar SRI1 di dalam bidang akedamik serta penguasaan teknologi semasa seiring dengan era globalisasi masa kini.

4.3              Memberi peluang kepada mahasiswa/wi universiti untuk melihat perkembangan dunia luar berdasarkan suasana pembudayaan ilmu di dalam kampus selain menimba pengalaman berorganisasi.

4.4              Menepati dasar utama pelaksanaan Sambutan Ulang Tahun Ke-15 iaitu program yang mencerminkan citra mahasiswa/wi dan universiti sebagai tempat menimba ilmu serta pusat pengkulturan masyarakat terpelajar.

4.5              Memberi ruang kepada mahasiswa/wi untuk memberi ilmu mereka kepada warga SRI1 dan juga masyarakat luar di samping menjalankan urusan berfaedah yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak melalui program-program berbentuk kerjasama.


5.0              TEMA

"Logikan Akal Luaskan Pemikiran"



6.0              ANJURAN

Sambutan Ulang Tahun Ke-15 akan dianjurkan oleh Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Rendah Islam sesi 2010/2011 di bawah kendalian bekas pelajar sesi 1996-2001, Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Rendah Islam sesi 2010/2011.

7.0              STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk lampiran A.

8.0              TARIKH DAN MASA

Sambutan Ulang Tahun Ke-15 kali ini ini akan berlangsung pada 13 Ogos 2010 (Isnin) selama 1 hari.

Pihak Sekretariat sambutan Ulang Tahun Ke-15 juga akan menjalankan program awalan iaitu program Pra-Sambutan sebelum tarikh sambutan Ulang Tahun ke-15 berlangsung.

Rujuk lampiran B.


9.0              TEMPAT

Sambutan Ulang Tahun Ke-15 akan diadakan di dewan induk SRI1 bertempat di lokasi-lokasi berikut :

9.1         Dewan Besar
9.2         Bilik Darjah
9.3          Kantin
9.4

10.0          PERASMI

Perasmian Sambutan Ulang Tahun Ke-15 akan disempuranakan oleh :
MENTERI BESAR PERLIS
11.0          PENYERTAAN DAN PENGLIBATAN

11.1       Pihak pentadbir, badan akedamik dan kakitangan SRI1.

11.2       Semua pelajar SRI1.

11.3       Persatuan Bekas pelajar SRI1.

11.4       Agensi kerajaan dan swasta termasuk syarikat perbankan.

11.5       Masyarakat setempat.

11.6       Mahasiswa/wi

12.0          KESELAMATAN

Kawasan tapak sambutan keseluruhannya adalah di bawah kawalan Unit Keselamatan SRI1, pihak polis diraja malaysia kawasan Kangar, pasukan bomba dan penyelamat malaysia kawasan Kangar.


13.0          ANGARAN BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C.


14.0          PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat-menyurat boleh diajukan kepada :
                                SEKOLAH RENDAH ISLAM 1
                                Tel          :
                                Faks       :
                                Email     :



LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI INDUK
SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-15
BEKAS PELAJAR SEKOLAH RENDAH ISLAM 1
1.
Guru Besar SRI1
2.
Penolong Kanan 1
3.
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4.
Penolong Kanan Kokirikulum
5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.
Penasihat Sekretariat Sambutan Ulang Tahun Ke-15
18.
Pengerusi Exco Sekretariat Sambutan Ulang Tahun Ke-15
19.
Pengarah Eksekutif Sekretariat Sambutan Ulang Tahun Ke-15
20.
Pengurus Tadbir Sekretariat Sambutan Ulang Tahun Ke-15
21.
Pengurus Kewangan Sekretariat Sambutan Ulang Tahun Ke-15


STRUKTUR ORGANISASI PELAKSANA
SEKRETARIAT SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-15


PENAUNG



PENGERUSI



PENYELARAS



TIMBALAN PENYELARAS



PENASIHAT



PENGERUSI EXCO SAMBUTAN ULANG TAHUN

























MAJLIS PENGURUSAN TERTINGGI
SEKRETERIAT SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-15


EX-OFFICIO



PENGARAH EKSEKUTIF



TIMBALAN PENGARAH EKSEKUTIF I



TIMBALAN PENGARAH EKSEKUTIF II



TIMBALAN PENGARAH EKSEKUTIF III



TIMBALAN PENGARAH EKSEKUTIF IV



TIMBALAN PENGARAH EKSEKUTIF V



PENGURUS TADBIR



PENOLONG PENGURUS TADBIR I



PENOLONG PENGURUS TADBIR II



SETIAUSAHA KERJA



TIMBALAN SETIAUSAHA KERJA I

TIMBALAN SETIAUSAHA KERJA II



PENGURUS KEWANGAN



PENOLONG PENGURUS KEWANGAN I



PENOLONG PENGURUS KEWANGAN II



PENOLONG PENGURUS KEWANGAN III



EKSEKUTIF PERHUBUNGAN AWAM



EKSEKUTIF PROGRAM



EKSEKUTIF KEBUDAYAAN DAN KESENIAN



EKSEKUTIF PEMASARAN



EKSEKUTIF EKSPO DAN PEMASARAN



EKSEKUTIF TEKNIKAL



EKSEKUTIF CENDERAMATA DAN PENERBITAN



EKSEKUTIF PUBLISITI DAN MEDIA



EKSEKUTIF PAMERAN



EKSEKUTIF TEKNOLOGI DAN DOKUMENTASI



EKSEKUTIF SUKAN DAN REKREASI



EKSEKUTIF KESELAMATAN DAN PENGANGKUTAN



EKSEKUTIF KEBAJIKAN DAN TUGAS-TUGAS KHAS































LAMPIRAN B

PROGRAM SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-15

Bil.
Nama Program
Tempat
Penglibatan

1
SRI 1 book of Record



2
Pidato Sambutan Ulang Tahun Ke-15



3
Tower Construction Chanllenge



4
Bicara Ad-Din



5
Forum



6
Sehari Bersama Pemimpin



7
Soduku Challenge



8
Choral Speaking



9
Permainan Rakyat



10
Konsert nasyid



11
Kaligrafi



12
Tilawah Al-Quran



13
Festival Pantun



14
Sajak dan Puisi



15
Catur































LAMPIRAN C

BELANJAWAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-15

ANGGARAN PENDAPATAN                                                                                         RM  
1.
PERUNTUKAN

2.
SUMBANGAN

3.
PEMASARAN

4.
CENDERAMATA

5.
JUALAN BARANGAN CENDERAMATA

6.
YURAN PROGRAM

7.



JUMLAH
RM          XXXX


ANGGARAN PERBELANJAAN                                                                                          RM                                                                                                                                                         
1.
PENGURUSAN

2.
PERASMIAN DAN SAMBUTAN

3.
MAJLIS PENUTUP

4.
PUBLISITI

5.
TEKNIKAL

6.
SUKAN

7.
T-SHIRT (RM 20 P 450 helai )

8.
PENGANGKUTAN

9.
PROGRAM

10.
JAMUAN

11.
BUKU CENDERAMATA

12.
CENDERAMATA JUALAN

13.
CENDERAMATA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-15

14.


15.


16.


17.


18.


19.


20.


21.


22.



JUMLAH
RM              XXXXX



15.0          PENUTUP

Berdasarkan kepada matlamat, misi dan objektif Sambutan Ulang Tahun Ke-15 yang telah digariskan, jelas menunjukkan bahawa tanggungjawab yang harus dipikul setiap ahli jawatankuasa Sambutan Ulang tahun Ke-15 amat besar antara dalam usaha :
1.       Memupuk integrasi di kalangan masyarakat intelektual yang mendokong aspirasi dan falsafah universiti.
2.       Menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap gerak kerja kami agar dapat dijadikan contoh bagi seluruh warga SRI1.
3.       Memberi sumbangan dan komitmen dengan sepenuhnya, terutama untuk menjaga imej dan nama baik SRI1.
Sekretariat Sambutan Ulang Tahun Ke-15 amat mengharapkan kerjasama dari semua pihak bagi memastikan perjalanan gerak kerja berjalan lancar seterusnya menjayakan Sambutan Ulang Tahun Ke-15 dengan penuh gilang-gemilang. Segala bentuk sumbangan, kerjasama dan keprihatinan yang diberikan amatlah kami hargai. Harapan kami agar kertas kerja ini dipertimbangkan dan diluluskan dengan sempurna.Akhir kata, segala kerjasama yang diberikan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

(TENGKU MOHAMMAD ZHUHRIE TENGKU NOOR HADI)
Syariah Dan Undang-undang
Universiti Al-Azhar

Disemak oleh,

 ( BAIZULIANA BAHAROM )
Pendidikan Bahasa Arab
Univesiti Pendidikan Sultan Idris


Disahkan oleh,

(NAZATUL ANIS MAT FAUZI)
Pendidikan Bahasa Melayu
Universiti Pendidikan Sultan Idris