Untuk yang sedang bersedih...
Beramallah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan
amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghalang jalanmu.
Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan
setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.
Wahai jiwa yang sedang layu…
Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa
keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta
Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan
sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya..
Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah…
Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya
merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan. Kadangkala manusia
tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak,
tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya
akan diperoleh dengan banyak memberi.
Untukmu yang sedang luka..
Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun
suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah
tahu siapa yang akan terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah
nyanyian sucimu.
Hai pemilik hati yang patah..
“…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..”
Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati
diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah.
Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang
Menebar Cinta!
Kawanku yang dicintai Allah..
Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan
sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang
bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang
disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh
dari rasa syukur.
Ini untukmu yang sedang bersedih,dalam rangka menasihati diri sendiri…