Adakah Cinta Bukan Milik Kita...??
Dalam
perhubungan impian, apa yang kita harapkan pastinya berkesudahan dengan
Happy Ending kan? Malangnya, seringkali kita sampai di penamat yg
berbunyi..
"..kita putus.."
"..sampai di sini.."
"..tak ada jodoh di antara kita.."
"..aku bukan utkmu..kamu berhak dapat yg lebih layak.."
Kita manusia. Manusia merancang. Allah juga merancang. Namun, "Wallahu
Khairul Maakirin."
( Allah lah sebaik-baik perancang segala rencana. )
Hubungan pula saya bahagikan kepada dua:
- Hubungan yang diredhai (dah nikah).
- Hubungan tak halal (belum nikah lagi).
Tapi kedua-dua hubungan ini juga tidak ada jaminan akan kekal.
Kedua-dua hubungan ini akan diuji. Siapa yang lemah, pasti tersungkur.
Siapa yang tabah, beroleh hikmah.
Cinta bukan milik kita. Sebab bukan milik kitalah, kita tak mampu kawal sepenuhnya.
Saya hanya nampak satu cara untuk kekalkan hubungan cinta. Gapai cintaNya melalui konsep Tawaqqi.
Means, hubungan tak halal automatik belum pasti ada jaminan boleh
berjaya sebab jauh dari cintaNya. Jika berjaya ke jinjang pelamin, itu
maknanya Allah mahu kamu dan pasangan berubah lebih baik serta siap
sedialah; kerna ada ujian-ujian di hadapan sebagai kaffarah dosa-dosa
kapel silam. Namun jika tak berjaya, itu bermakna Allah nak kamu kembali
muhasabah diri-hilangkan benteng yang menjadi hijab di antara kamu
dengan kecintaan kepada Allah. Ya, kesedihan awal-awal itulah kaffarah
dosa-dosa.
Yang dah kahwin, tarbiyyahlah pasangan utk
sama-sama jaga hubungan cinta dengan Allah. InsyaAllah kekal lamalah
hbgn itu. Jika diuji, ada hikmah. Diuji dengan kesusahan dan kemiskinan,
kecelakaan dan musibah. Jika tak diuji, pelik sebab kita hanya hamba.
Bercerai juga ujian. Namun, bersyukurlah sebab Allah beri masa untuk
kita kecap bahagia bersama-sama. Walaupun sekejap cuma.
Fahami konsep Tawaqqi.
Apa itu tawaqqi? Menurut Ibnu Kathir tawaqqi adalah kata asal untuk
taqwa. Bermaksud, "menjaga diri daripada perkara yang tak diingini."
Menurut Muhammad bin Allan, "taqwa ialah mematuhi perintah-perintah
Allah dan menghindari larangan-laranganNya dengan mengerjakan setiap
yang diperintah, tinggalkan yang dilarang, mengikut kemampuan." Manakala
Saiyidina Umar mengkiaskan hakikat taqwa sebagai "berjalan dengan
waspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak ataupun terpijak
onak dan duri."
Semalam kamu berjalan dengan
tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, bak kata
Saiyidina Umar: "..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan
duri.." Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan
permata,,,insyaAllah.... ♥
Cinta bukan milik kita. Setiap perpisahan tidak sia-sia.
Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa
cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin
esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si
dia yang setepatnya untuk kamu..
Ini untukmu yang sedang bersedih,dalam rangka menasihati diri sendiri…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan