Selasa, 12 Oktober 2010

Mengutip Kenangan : sepupu sepapat>>> b22 blok 8 jalan kenari felda chuping perlis


Perhatian kepada sepupu sepapat, marilah dengar isi hati dan buah fikiran aku.
(ada ke sepupu aku baca blog ni??? huhuhu>>> )


Rindu tak zaman kita kecil-kecil dulu ??? Ingat tak betapa bestnya kita masa dekat. kampung ketika mana kita masih ada bersama. kumpul ramai2. Kalau masa bulan puasa dulu, bila berbuka penuh dapur rumah tok yang luas tu. Budak kecil akan duduk hujung-hujung dekat dengan pintu. Kalau malam raya, meriah sangat. Orang-orang dewasa masak ketupat, lemang, dodol, tapi kita duk main bunga api ramai-ramai. Bila musim durian, kita pakat-pakat balik kampung tunggu durian gugur sampai di rumah ja, itu pun kalau tok bawa g dusun baru leh tunggu durian gugur. Kita main apa entah benda permainan dekat sawah belakang umah tok masa hari raya dulu. Kita main dekat kawasan sekolah. Banyak sangat lagi kenangan. Seronok,kan??? Tapi sejak semua dah meningkat dewasa, kita jarang berkumpul ramai-ramai macam dulu. Kalau jumpa pun, sempat tengok muka je, tak sempat duduk sama-sama macam dulu. Setuju ??? Dengan ini, aku nak ajak kita anjurkan family gathering. Nak tak ??? Kita pilih destinasi, tetapkan masa dan lantik ajk. Ada yang dah setuju. Nanti kita bincang sungguh-sungguh ya. tapi kena la tunggu aku dan fauzan pulang ke malaysia.