Selasa, 12 April 2011

Bicara Tanpa Suara


aku teringat apa yang selalu dikatakan pada aku sebelum ini. banyak perkara telah aku berbicara. aku menulis kembali apa yang aku ingati dan aku cuba ingati kata-kata untuk diri aku yang lemah ini dalam memperbaiki perhubungan aku. kasih sayang selalu menjadi topik perbualan aku bila bersama. tidak terlepas juga mengenai tanggungjawab aku pada kejujuran diri aku untuk kehidupan ini.   pesanan pada diri aku " kejujuran mencerminkan keikhlasan dan dari situ wujudnya kepercayaan ". aku berusaha mengapai kejujuran dengan izin Allah. demi sebuah kasih sayang yang masih dalam pembinaan ini, aku tidak mahu merasa mudahnya mencari pasangan hidup. aku berusaha mencari amanah yang begitu besar untuk mencari kejujuran itu. daripada tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapanya yang akan beralih kepada seorang suami atau seorang isteri bila ijab qabul dilafazkan. 

tabahkan hatiku ya.Allah

Tiada ulasan: