Isnin, 4 April 2011

lafaz sakinah

" Wanita dimasyhurkan kerana tidak ditonjolkan. Ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan "

" DUNIA ADALAH PERHIASAN. SEBAIK-BAIK PERHIASAN DUNIA IALAH WANITA YANG SOLEHAH " - riwayat Muslim




tanpa disedari, pesona cinta saat jari terhiris dan terluka. baru diam mulut aku, seperti diamnya mulut yang tidak diketahui apabila dirik au merasakan pesona asyiknya cinta. andai dulu mulut ini yang sering berbicara bermadah mengatakan cinta itu salah, kini tiada lagi. diam terkunci, terkatup, tertutup. tiada lafaz yang terkata. kuasa cinta memadamkan segala-galanya.

aku ingin menangis... 
aku ingin menangis...
aku ingin menangis...

aku ingin air mata aku mengalir. bukan kerana bahagia, tetapi kerana merana, meronta, kerana aku rasa bersalah, kerana aku tahu ini semua salah. aku tinggalkan jiwaku jauh dari Allah. aku butakan mataku dari petunjuk dan hidayah. aku pekakkan telinga dari kata nasihat, ceramah dan khutbah. 

tabahkan hatiku ya.Allah, aku ingin menangis... aku ingin menangis... aku ingin menangis... apa erti cinta ??? andai aku diserang rasa bersalah ??? apa erti cinta ??? andai diri aku membenci mereka yang benar-benar mencintai diri aku ???

Tiada ulasan: