Jumaat, 3 Februari 2012

Sampai Masa Tibalah Waktunya ~ Walimatul Urus Huzaifah & Azizah.


بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Firman Allah s.w.t ada menyebut,

" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri (jodoh) dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepada Nya, dan dijadikan Nya diantaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. "

[Surah Ar-Rum : 21]


Tanggal Satu Februari Dua Puluh Dua Belas ~ 12 Februari 2011M bersamaan 8 Rabiulawal 1433H pada hari Rabu telah berlangsung majlis Walimatul Urus Huzaifah Mohamad & Azizah Aziz di bagunan yang berwana biru dan kuning. 

Erti disebalik lafaz sakinah ~ " Aku terima nikahnya dengan si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinya RM______.__??? "

Erti kata yang sebenarnya adalah ~ " Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa sahaja dosa yang dia buat, dari dedah aurat sehingga tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau aku tidak didik sebaik-baiknya, maka aku fasik, dayus dan rela masuk neraka dan malaikat melibas aku hingga pecah badan aku. "

Makna ini yang cukup mendalam, berat sekali untuk aku nak ucapkan lafaz sakinah dan terima qabul itu. Lafaz sakinah bukan boleh dibuat main-main apatah lagi diambil lewa. Ianya bukan satu perkara yang riang ria atau gembira untuk diri aku ini tetapi satu tanggungjawab yang besar perlu aku tanggung itu. Layakah aku mengucapkan lafaz sakinah itu ???

Tapi, itu la... Tahniah aku diucapkan untuk saudara Huzaifah Mohamad dan pasangannya saudari Azizah Aziz.












 



















" Perkahwinan adalah penyatuan dua hati. Itulah hadiah yang Allah berikan untuk meraikan fitrah insani. Siapalah kita untuk menidakkan kehadiran fasa ini. Dengan izin Allah akan hadirlah fasa ini. Di dalamnya ada tanggungjawab bukan sekadar suka suka. Suka duka kehidupan pasti silih berganti namun di dalam perkahwinanlah wujud medan praktikal melebihi medan teori. Maka tidaklah asing jika hadith mengatakan sempurnalah setengah agama jika seorang hamba itu menikah."

[ Hadith hasan riwayat Al-Hakim dan Ath-Thabrani dari Anas Bin Malik]


-@#$%! ~ Kadangkala orang yang aku sayang itu suka menguji. Sekejap dia munculkan diri, sekejap dia menghilangkan diri. Apabila aku memerlukan dia, tiba-tiba dia menghilangkan diri bersembunyi. Apabila aku kononya tidak mahu ambil kisah, dia memunculkan diri. Senyuman yang muncul diwajah itu kekal sepanjang hari.


Tiada ulasan: