Isnin, 25 Oktober 2010

manusia hanya merancang tuhan juga yang yang menentukan



dalam kehidupan seharian kita ini sering mengaturkan rancangan supaya tiada halangan atau sekatan dari rintangan yang tidak diketahui yang akan di hadapi oleh diri kita ini tidak akan mengubah apa2 perancangan yang telah ditetapkan. namun ianya hanya sebuah perancangan yang belum lagi berlaku kejadian itu. ianya boleh berubah, diubah, dan terubah. tiada yang pasti dalam sebuah perancangan yang dirancangkan.
adakah perlu berhenti merancang ???
biarkan takdir menentukan segala perjalanan ???

pastinya tidak ... 
ketidak pastian dalam perancangan amat memerlukan diri kita merancang. bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam kehidupan seharian kita ini. kehidupan yang penuh dengan kejutan memberi ruang persediaan kepada diri untuk merancang.

perancangan dan persediaan merupakan dua elemen yang peting untuk diri kita menyusun strategi perjuangan dalam kehidupan ini yang penuh dengan ranjau dan onak berduri. andai tidak kemas merancang atau membuat persediaan pasti dengan mudah kita akan menyerah kalah dalam kehidupan ini.

aku pernah bertanyakan mengenai perancangan kepada seorang sahabat aku. apa yang diperkatakan olehnya, perkara yang tidak dirancang akan diruntuhkan oleh kejahilan yang dirancang. 

jalan yang dirancangkan tidak dibentangkan bersama permaidani merah, ianya tidak seindah seperti malam oscar, ianya bukan mudah seperti berjalan kaki. ianya payah seperti diri kita mula2 belajar berjalan, sentiasa berdiri dan jatuh. ianya sukar apabila ianya menjadi sukar, maka diri kita ini hendaklah yakin dengan Allah ahawa kita berada dalam jalan yang benar. Allah tidak membebankan hambanya yang berjuang di jalan-Nya dengan ikhlas.


adakah diri kita ini benar sebenarnya beriman dengan Allah sepenuhnya tanpa diuji???
ujian tidak akan pernah berhenti. kita tidak boleh berhenti merancang biar pun setiap perancangn itu tidak pernah berjaya atau dilaksanakan. perancangan akan memberi diri kita visi tentang masa hadapan, menjadikan insan yang mengetahui arah tuju kehidupan. sebagai hamba Allah hendak la terus berusaha selagi yang mampu seterusnya bertawakal kepada Allah dan berah kepada-Nya. sesungguhnya Allah itu lebih besar perancangan-Nya.

*perhatian untuk diri aku.
- berusaha dengan sebaik-baiknya.moga Allah akan memberi jalan yang mudah untuk diri aku ini... tabahkan hatiku ini ya.Allah
 








1 ulasan:

amu mejie berkata...

kita merancang dan Tuhan juga merancang.....dan Tuhan sebaik2 perancangan.....

sentiasa takdir itu mengatasi tadbir.....tp harus syukur~

teruskan bekarya~.....two thumbsup~