Ahad, 25 Mac 2012

Semua Orang Tidak Sempurna.


Aku tidak faham. Sangat-sangat tidak faham. Kenapa ada manusia yang suka cari kelemahan orang lain tapi kelemahan diri sendiri dia tidak nampak. Jangan pandai nak mengkritik tapi tidak mahu untuk membantu. Dalam sesuatu program yang kita buat memanglah  akan ada  kelemahannya tambah-tambah kalau program tu merupakan program yang sepenuhnya dikendalikan oleh orang baru dan mereka yang belum biasa mengendalikan program.

Kalau yang ada banyak pengalaman pun tapi kalau berlagak ibarat semua benda dia tahu pun payah jugak. Buat orang lain meluat lagi adalah. Dalam program apa pun, kalau dah diamanahkan tugas apa-apa hatta tukang angkat kerusi sekalipun, buatlah atas kapasiti kamu sebagai tukang angkat kerusi. Jangan pandai-pandai nak ambil tugas orang lain pulak. Lepas itu kritik orang lain tidak buat kerja sedangkan kamu yang pandai-pandai ambil alih tugas orang.
Serius... Perangai orang yang suka mengkritik tidak kena tempat ni bagi aku sangat menjengkelkan. Kita jangan pandai nak kritik orang sesuka hati kalau kita tidak berada dalam posisi orang itu. Program apa pun kalau ada sesuatu perkara yang berlaku di luar jangkaan bukanlah kehendak orang itu pun.

Kalau ada kelemahan cakap baik-baik bukan dengan cara menghambur kata-kata kesat. Kalau orang lain buat macam tu dekat diri kamu mesti kamu terasa hati bukan. Silap-silap lepas habis program sambung gaduh balik.
Lagi satu, tak payahlah perasan diri kita ini bagus. Ibarat kitalah yang perfect, mantap, berdedikasi lagi terpuji, bijak pandai dan kitalah segala-galanya. Kalau rasa diri itu bagus, cuba-cubalah bantu kawan-kawan lain yang yang tak berapa nak bagus ini.

Susah ke ???
Tak susahkan ???
Setiap orang ada kelemahan masing-masing. Paling penting orang itu bersedia untuk berubah dan belajar daripada kesilapan lepas.

Ingatlah, kita semua ini pun bukanlah sesempurna mana.

Tiada ulasan: