Ahad, 16 Mac 2014

- Taubat



Pyramid Giza


Dikala ketemu orang yang tekun,

Betapa ingin diri ini dituntun,
Supaya tidak lagi iman turun,
Senangi jiwa melengkapi rukun,



Ketika umur sudah bertambah,
Maksiat diri belum berubah,
Terhadap goda tidak tabah,
Terhadap Allah kurang menyembah, 



Hati kecil telah berkata,
Ketika maksiat didepan mata,
Ketika suka dengan yang cinta,
Benteng di badan menjadi patah,



Tapi mengapa diri ini lemah,
Terasa diri tiada hikmah,
Ibadah yang ada rasa percuma,
Kerana mengulang dosa yang sama,



Diri ini ingin bertaubat,
Sifat yang liar bercampur jahat,
Atas perilaku yang sering memahat,
pada - Mu juga aku berhajat.



-----------------------------



Ya.Allah ampunilah dosa - dosa aku. Kedua - dua ibu bapa aku, keluarga aku dan orang- orang di sekeliling aku ini. 

Tiada ulasan: