Rabu, 23 Jun 2010

renungan kita bersama




mana satu gerangan budak warna.warni ???



hari ini kebuhsanan melanda diri aku.ohooooooooo..apa nak buat ??? toleh kanan..toleh kiri... chak !!! oh di sini rupanya k.z yang segak dan abe rifki yang pemalu.hahahaha. yang segak main game secara online dan yang pemalu lak tengok cita dekat komputer. uits.. abe rifki jangan jadi juling sudah la..huhuhu..

think !! think !! hehehe..jom kidnap leptop my dear wijdan sat. sapa suruh keluar tak ajak aku kan.. sedih la. huhuhu. sob..sob..sob..my dear wijdan keluar dengan budak warna-warni ( gelaran dari YDPah )pestttt..budak warna-warni tu kakak taughe aku tau. hohohoho.. jalan-jalan tu bebaik, jaga diri, jangan nak melawan cakap adik taughe ( aku la ) ha..tunggu apa lagi..sabar ye. aku nak selongkar apa yang ada dalam kepala aku nie sepanjang aku exam..tunggu..tunggu..

hurmmmmmmm.. 1 isu yang aku pikir sampai sekarang..perkara ini berlaku sebelum exam semaster 2 lagi. tapi di sebabkan aku sibuk dengan jadual yang sentiasa jeles dengan aku, jadi aku simpan sampai sekarang dan hari ini aku akan cite selongkar satu persatu.. mana nak tau, boleh ringan kepala sikit.

kalau tengok kembali di negara aku Malaysia..fuhhhhhhh bermacam-macam perkara yang berlaku sehingga aku pun dah lali dengan semua ne. kes rogol, buli, samseng, rempit, rompak, dan macam-macam lagi. kalau nak senarai sampai bila pun tak akan habis. dan yang terbaru, kes rogol kanak- kanak makin menular masyarakat Malaysia sekarang..apa nak jadi dengan negara aku pun tak tahu la. sifat belas kasihan, sayang- menyayangi antara masyarakat sudah terkubur dengan arus kemodenan " dunia di hujung jari anda ". salah siapakah perkara ini berlaku ?? tepuk dada tanya diri sendiri.


tegarkah anda???

nauzubillah..tak cukup di Malaysia, Mesir juga kena tempias. aku menjadi terkilan. di manakah pihak yang terlibat ?? kenapa anda berdiam diri ?? di manakah tanggungjawab anda kepada masyarakat anda sendiri ??? sanggupkah anda melihat masyarakat anda sendiri di perlakukan dengan sewenag-wenagnya ?? aku bukan lah yang terbaik. tetapi aku juga mempunyai perasaan seperti mana manusia yang lain.

befor exam month aku di kejutkan dengan berita seorang siswi Malaysia di ganggu oleh masyrakat tempatan Mesir. runtun hati aku apabila mendengarnya. apa yang di lakukan oleh pihak yang terlibat ??? janganlah " hangat-hangat tahi ayam sahaja". tegarkah anda sekiranya perkara sebegitu berlaku pada keluarga anda ? ataupun insan yang anda sayang ?? apakah perkara itu tidak menyentuh hati nuraini anda ??


tepuk dada tanyalah diri...


dunia sekarang sudah " tenat " dan " keronik " dengan kes-kes jenayah yang melanda tidak mengira bangsa, negara, dan masyarakat. di manakah nasib anak-anak kita di masa depan ??? terjaminkah kehidupan kita sekarang ?? Ya Allah.. kelu aku untuk menjawab segala persoalan yang timbul. mampukah aku ?? sanggupkah aku ?? relakah aku ??? melihat kaum HAWA di tindas tanpa pembelaan ?? yang di cipta oleh Allah sebagai pelengkap, penghibur, penawar, untuk kaum ADAM ??


 " Ya Rabb...lindungilah aku dan seluruh saudara-saudaraku di dunia ini dari malapetaka, bencana yang tak diingini...sesungguhnya aku insan yang lemah..aku mohon pada-Mu Ya Rabb..Yang Maha Menjaga Keamana dan Keselamatan.. " 


" mencegah lebih baik dari merawat "..persoalannya bagaimanakah caranya ?? peranan siapakah ?? apa yang perlu dilakukan ?? 

nah..di sini aku menjawab persoalan di atas.. bagi aku, kita sebagai masyarakat perlu memainkan peranan yang ada dalam diri kita. usah di tunding jari kepada yang lain. diri kita sendirilah yang harus peka dengan keadaan semasa. pihak yang bertanggugjawab juga perlu menjalankan amanah yang di beri oleh masyarakat kita. " yang berat sama di pikul, yang ringan sama di jinjing " seperti pihak kerajaan, badan-badan NGO serta persatuan-persatuan swasta. jangan kan pulak kita menjadi " harapkan pagar, pagar yang makan padi ". dan  terpenting adalah kembalilah kita kepada mukjizat yang paling agung dari Allah kepada hambanya. kerana di situlah Allah menerangkan pelbgai cara untuk mengatasi masalah.. al-Quaran adalah penawar duka nestapa



al-quaran jawapan segalanya...

lastly..untuk kaum HAWA di luar sana, sentiasalah berhati-hati dengan keadaan sekeliling anda. jadilah yang berani, tegas, kuat, bagi membela kaum sendiri.


***      untuk my.dear.wijdan dan budak warna-warni, hati-hati apabila keluar dari rumah.
sentiasalah tawakkal dan yakin pada Allah s.w.t.



2 ulasan:

budak warna-warni berkata...

sampai hati koraanngggg............
adik2ku nih...

kekuatan kasih sayang berkata...

gerangan budak ceria pula akan menyusul tidak lama lagi...
kpd budak warna warni smile slalu di sebalik penampilan ninja