Rabu, 30 Jun 2010

Pertunangan atau Khitbah




بسم الله الرحمن الرحيم





sebagai tanda....





ianya untukmu....





Sebagaimana yang umum ketahui, maknanya sahaja menggambarkan perbezaan jelas antara Khitbah (meminang, melamar) dan pernikahan. Meminang tidak lain hanya sebagai pemula kepada perkahwinan. Mungkin juga sebagai sebuah pendahuluan.




Dalam kamus bahasa dunia,

istilah “khitbah” (pertunangan) 

dan

istilah “zawaj” (perkahwinan) dibezakan dengan jelas.

Menurut kata adat, turut membezakan antara lelaki yang sudah bertunang dengan yang sudah berkahwin. 
Manakala, syariat dengan jelas membezakan perlakuan hasil daripada perbezaan kedua istilah tersebut.



Maka, khitbah (bertunang) merupakan perbuatan mengumumkan keinginan untuk menikahi, sedangkan zawaj (berkahwin) adalah sebuah akad nikah yang mengikat dengan utuh melalui perjanjian-perjanjian syari’e perihal batas,syarat,hak dan akibat di dalam menjalani kehidupan berumah tangga.




ALLAH SWT telah menyatakan di dalam Al-Quran perihal kedua-dua perkara tersebut;




"Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita (yang
suaminya telah meninggal dan masih dalam 'iddah) itu dengan
sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini
mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan
menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu
mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali
sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma'ruf
(sindiran yang baik). Dan janganlah kamu ber'azam (bertetap
hati) untuk beraqad nikah sebelum habis 'iddahnya."

[Al-Baqarah: 235]




Pelangsungan khitbah walau hanya sebagai sebuah upacara, ia tidak memberi hak kepada si peminang (lelaki) atau wanita berhubung dalam keadaan mendapat kemurkaan ALLAH SWT. Contoh misalan berdua-duaan di kawasan sunyi, bersentuhan, melayani ungkapan-ungkapan cinta demi memenuhi keinginan syahwat atau namakan sahaja larangan yang jelas diharamkan oleh ALLAH SWT sebelum akad nikah dijalankan. Ia tetap haram.




Lalu dihadirkan tujuan pengharaman di sisi Islam dalam hal campur gaul lelaki-wanita samada dalam tempoh bertunang atau sebagai kenalan;




1. Jika dahulu tumpuan boleh diberikan kepada pelajaran dengan sepenuhnya, tetapi apabila berpacaran, isu dan masalah menambah beban diri. Bahagia yang kononnya diharap sebagai motivasi agar lebih berjaya dalam pengajian, rupanya menjadi pendorong kepada kegagalan yang sengaja dirancang.




2. Bayangkan, salah laku moral seperti seks bebas, pelakuan larangan yang memalukan diri dikongsi, diceritakan si teman lelaki kepada teman-teman rapat. Natijahnya, apabila sigadis bersama bersosial bersama rakan-rakan teman lelakinya, maka pandangan “kemurahan diri” gadis tersebut menjadikan dirinya tidak dihormati.




3. Si gadis yang dulunya bersungguh merelakan jiwa dan raganya diserahkan untuk keserakahan nafsu lelaki yang dayus, akhirnya bila hubungan haram terputus, menderitalah si gadis yang kehilangan mahkotanya. Lalu, menjadi tekanan berpanjangan demi penyesalan.




4. Apakah mungkin gadis yang dahulunya diusung ke sana ke mari oleh teman lelakinya, dilihat-ditangkap khalwat di tempat awam akan mendapat tempat di kalangan umum. Andai dulu di Kolej atau Universiti, gadis dan jejaka itu diketahui akan kemungkaran yang dilakukan mereka atas nama cinta.
Apakah cerita mereka terhenti begitu sahaja???
Berkemungkinankah gadis tersebut mendapat simpati atau rasa cinta dari sang lelaki lain untuk memperisterikan diri???




Justeru, khitbah difahami sebagai satu cara menghalangi agar si wanita yang suci daripada dipinangi oleh lelaki lain.


Sabda Rasulullah SAW;


“Tidak boleh seseorang meminang pinangan saudaranya, sehingga peminang sebelumnya meninggalkannya atau mendapatkan izin daripada si peminang tersebut”

[HR Bukhari]



Wanita yang dipinangi tetap sebagai orang asing (bukan mahram) bagi si peminang sehingga akad nikah berlangsung melalui kebenaran neraca syara’ melalui lafaz-lafaz tertentu.




Selagi akad nikah melalui ijab dan kabul tidak terlaksana, maka semestinya perkahwinan itu tidak pernah wujud samada menurut syara’, adat atau undang-undang. Tidak halal bagi keduanya untuk berduaan tanpa disertai oleh teman si gadis. Jika syara’ mengatakan bahawa lelaki yang baru mengahwini seorang wanita, lalu menceraikanya sebelum dcampuri, maka mahar yang wajib diberi adalah separuh harga. 


Sebagaimana firman ALLAH SWT;


"Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu
mencampuri mereka, padahal sesungguhnya kamu telah
menentukan maharnya, maka bayarlah seperdua dari mahar yang
telah kamu tentukan itu, kecuali jika isteri-isterimu itu
memaafkan atau dimaafkan oleh orang yang memegang ikatan
nikah ..."

[Al Baqarah: 237]




Bagi peminang yang meninggalkan pinanganya, tidak wajib ke atas lelaki tersebut menerima ketetapan wajib melainkan hukum adat dan moral yang tercalar. Justeru, mana mungkin kebenaran diberikan kepada lelaki untuk memperlakukan wanita pinangan sebagaimana diperlakukan kepada orang yang telah menjalani akad nikah.




Maka, samada kepada lelaki atau wanita usah dibuai dengan ungkapan yang meluntur iman. Contohya, apabila pasangan tetap mempertahankan syara’ untuk tidak melanggari tatasusila sebagai bukan mahram. Usah layu dipujuk rayu demi nafsu. Kononya, berjumpa selalu tidak mengapa; “kerana I dan U tak lama lagi akan bersatu!”




"... Barangsiapa melanggar hukum-hukum Allah, mereka itulah
orang-orang yang zhalim."

[Al Baqarah: 229)



Justeru, awasilah para wali, ibu dan bapa-bapa kepada anak-anak yang masih di dalam tempoh pertunangan. Hanya disebabkan keenakkan melayani nafsu yang sementara sifatnya, terus berlangsung kehidupan yang perit hasil pelakuan dosa terdahulu.




Andai barakah daripada ALLAH SWT melalui takwa tidak diperolehi insan, bagaimana proses kelangsungan kehidupan? Kitakah yang menetapkan kejayaan perkaheinan? Urusan akidah, akhlak anak-anak? Atau sengaja ALLAH SWT Yang Maha Mulia lambatkan balasan. Ketika usia lanjut, walau harta bertimbun tetapi ALLAH SWT turunkan balasanNYA dalam keadaan tidak disangka-sangka...





"Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, serta
takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka
adalah orang-orang yang mendapat kemenangan."

[An Nur: 52]




nantikan kehadiranku bersama dia yang ditentukan (^_^)