Selasa, 31 Ogos 2010

maaf... umi dan abah, hati abang berkata ini sebenarnya.



Kepada ayahanda yang dikasihi dan bonda yang aku cintai… Apa khabar dengan keluarga di Malaysia??? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa. Abang pun tak berapa jelas mengapa abang nak tulis surat ni kepada umi dan abah. Rasanya sepanjang hidup ni, tidak penah abang untuk membincangkannya dalam bentuk surat. Dipendekkan cerita, abang sebenarnya untuk meminta redha umi dan abah untuk bernikah. Mungkin umi dan abah terkejut apabila abang cakap macam ni.  Abang bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Abang nak nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurna sebahagian daripada agama. Selain itu, dengan nikah, abang akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada Allah.

Kadang-kala, abang rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah. Abang bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi abang nak umi dan abah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina.
ALLAH SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)
Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.
Bagi pendapat abang,  pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat. Di universiti abang, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk. Mengenai calon, abang xda lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau umi dan abahbagi abang green light, masalah calon, umi dan abah jgn risau (bagi tempoh 1 hari @ 24 jam), yang penting umi dan abah bersedia. Abang minta maaf, calon tu abang yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna umi dan abah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk abang. Umi dan abah mungkin akan bertanya bagaimana pulak abang akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang abang nikahi nanti.
Seperti yang abang katakan awal-awal tadi, abang nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh abang belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka abang akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada.
Kalau abang telefon dia, abang dapat pahala, abang rindu kat dia, abang dapat pahala, abang bagi hadiah kat dia, abang dapat pahala malahan kalau keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, abang nak tanya pada umi dan abah, adakah umi dan abah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah.
Sekarang pilihan di tangan kita… Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan abang masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka abang akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka abang akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah umi dan abahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).
Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi umi baju sebagai hadiah, takkan umi tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Umi akan terima juga. Kalau nenek menjamu umi dengan makanan, umi jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau umi dan abah masih kurang jelas, umi boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Umi dan abah jgn risau, sebelum abang nak nikah, abang akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri abang. Kalau dia menyetujuinya, Alhamdulillah, kalau tak abang tangguh dulu. Apa-apa pun, abang tegaskan sekali lagi, abang nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa. Abang tengok semua sepupu abang nikah awal dalam umur 22 tahun. Abang cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu abang tua nanti, abang tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak abang nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah.
Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). Abang juga harap, anak-anak  abang nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini. Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda ni, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Abang tak nak abang akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan umi dan abah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul. Abang sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan abang dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi tak tahu la sampai tak kat rumah tahun lepas.
Insya.ALLAH dalam risalah tu abang ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam. Diharap umi dan abah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Abang nak umi dan abah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi abang, kalau abang membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab abang pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja abang membicarakan hal nikah ni ketika mana abang baru berusia 21 tahun (dalam tahun Islam, abang dah 22 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat abang ini. Diharap umi dan abah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Abang tidak memaksa umi dan abah untuk menyetujui seratus peratus apa yang abang katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.Kalau boleh jgn bagitau adek-adek dan saudara yang lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan abang ini atas beberapa faktor. Insya.ALLAH, kalau ada apa-apa nanti, abang akan maklumkan kepada mereka.
Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan umi dan abah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti. Akhirul kalam, doakan abang di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat.

Tiada ulasan: